Thursday, April 14, 2011

Website FAM berwajah baru, isi yang lama...


Alhamdulillah, website FAM kini sudah berwajah baru..kalau tak sebelum ni, same je..memang nampak tahap malas orang FAM ni..Setakat ni aku tengok, okla..tapi masalahnya, rupa die baru,adela penambahan sedikit sebanyak,tapi info-info masih mengecewakan..Contohnya, masih takde senarai pemain-pemain kebangsaan..daripada Skuad utama sampaila ke Skuad bawah 17..Yang ada hanyalah gambar.Sepatutnya FAM kena ada update biodata pemain-pemain yang berdaftar dengan FAM..bukan semua FA negeri ada list pemain..Kalau tak pun, letakla info pasal-pemain kebangsaan..Nak tau jugak, sape namenye..Kira macam komersial kan la sikit..sekurang-kurangnya orang boleh mengenali dengan lebih dekat pemain-pemain kebangsaan..Jangan dok letak list staff FAM je..Pemain-pemain Harimau kita tu kira staff jugak tu..


Itu belum tengok jadual perlawanan lagi..Hampeh!! same je!!website je cantik, tapi update jadual perlawanan takde..Jadual yang ada dok tunjuk game 2009 itu pon untuk skuad bawah 19..2009 tau!!da berapa tahun da!Come onla FAM, takkan tukar rupa je,pengisian kenala update jugak..Rakyat Malaysia nak tau jugak kot-kot ade game-game Harimau Malaya dekat2 ni..Contohnya, macam friendly match lawan Chelsea, Liverpool dan kemungkinan Arsenal, peminat nak tau jugak, tarikh sebenar dan juga venue..dan juga untuk Kelayakan Olimpik dan Piala Dunia nanti, kat mana venue dia?mungkin ada yang tak tau tarikh, jadi tolonglah update jadual..Janganla malas..Kalau stadium kosong, jangan nak salahkan peminat kalau diorang tak datang sebab tak tau..Mungkin jugak FAM boleh letak Hall of Fame untuk bekas-bekas pemain kebangsaan..Kira arkib untuk sejarah bola sepak tanah air la jugak..Letak biodata bekas-bekas pemain, video, artikel atau ape-ape yang boleh menambah pengetahuan rakyat Malaysia mengenai sejarah bola sepak tanah air..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment