Blog ini diadakan khusus untuk menunjukkan kecintaan dan menjadi catatan untuk permulaan baru pasukan emas harimau Malaya yang bangkit kembali..
Saturday, May 21, 2011
Gomo Kelate Gomo!!
Tahniah kepada Kelantan kerana dipilih sebagai venue untuk perlawanan pemanas badan skuad kebangsaan menentang Myanmar pada bulan depan..Mungkin ada yang kate, ala, friendly je..tapi pikir positif..at least,peminat-peminat bola di Kelantan, dapat tengok Harimau Malaya main..ni asyik orang KL dengan Selangor je..ape kate, orang2 KL n selangor pegi Kelate pulok..Kalau peminat-peminat Harimau Malaya dari Kelantan boleh bersusah payah ke Bukit Jalil dan Shah Alam, why not kite plak yang pegi sane?Sekali-sekala cuti2 Malaysiala..boleh jalan-jalan melawat negeri orang..asyik tengok KLCC je..sekali-sekala pergi KB plak..haha..
Apa yang aku tau, kalau rakyat Kelantan menyokong team kebangsaan macam diorang sokong The Red Warriors, stadium konfirm penuh and visiting team will have a hard time..sebab macam kita selalu tengok, fan-fan Kelantan memang fanatik..Diorang sangat vokal and mungkin ada kalanya terlebih, tapi atmosfera die sangat menakutkan bagi pasukan-pasukan pelawat..It's a good thing FAM buat camni..bagi peluang rakyat di negeri-negeri lain melihat skuad harimau Malaya dengan lebih dekat..Lepas ni, pergila tour stadium lain plak kat Malaysia ni.
Tahniah juga kat Kelantan kerana mereka bakal mendapat Stadium baru yang berkapasiti 40,000 orang..Untuk sekarang, Stadium Sultan Muhammad IV boleh muat 20,000 orang je..tapi aku rasa 40,000 pon macam tak cukup je..kalau dapat dalam 60,000 pon ok kot..Kalau Bukit Jalil pon boleh penuh dengan supporter Kelantan kalau diorang terlibat dalam final, apatah lagi home game..Stadium baru ni dikatakan bakal dibina di Pasir Puteh..ada yang merungut sebab jauh dari Kota Bharu..tapi kena ingat supporter Kelantan bukan asal Kota Bharu je, tapi seluruh Kelantan..so, secara logiknya, mungkin sesuai untuk pembangunan bandar Pasir Puteh tu sendiri sebab dikatakan diorang nak buat Pasir Puteh jadi bandar sukan..apa-apa pon tahniah kepada Pasukan Kelantan..diharap dengan rezeki yang mencurah ni, makin ramai anak muda di Kelantan yang berpotensi bakal menjadi tonggak untuk skuad Harimau Malaya!!
p.s: bile piya nak sarung jersi Harimau Malaya?
-Tanah Tumpahnya Darahku-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment