Monday, June 27, 2011

Preview: Harimau Malaya vs Chinese Taipei@Taiwan


Hari Rabu ni, Skuad Harimau Malaya bakal berdepan dengan Taiwan untuk Kelayakan Piala Dunia peringkat Asia..Kalau diikutkan pada ranking dan prestasi semasa, kita sepatutnya mampu menang dengan selesa..tapi ini bukan main congkak atau dam aji, ini bola sepak..bak kate-kate hikmat yang selalu berkumandang, bola itu bulat, apa-apa pon boleh jadi..so,Skuad Harimau Malaya perlu beraksi sebaik mungkin dan tidak mensia-siakan peluang yang ada..Striker perlu menjaringkan gol, midfield perlu menguasai permainan, Defender perlu menghalang semua serangan yang datang dan Goal keeper perlu memastikan gawang tak bolos..cukup empat benda ni, konfirm menang..



Chinese Taipei atau Taiwan FA ni asalnye sebahagian dari FA China..tapi pada tahun 1954, mereka menyertai FIFA dan bergerak sendiri sebagai Chinese Taipei..Mereka pernah mendaftar menggunakan nama Taiwan dan Republik China dulu..Walaupun nampak macam bodo2 alang je team ni, tapi mereka pernah mendapat tempat ketiga ketika Piala Asia 1960..so, jangan ingat diorang ni tak reti main bola..Rata-rata pemain die ketika itu berasal dari Hong Kong..



Chinese Taipei bermain di Stadium Chungshan yang terletak di ibu negara mereka iaitu Taipei..ia boleh memuatkan seramai 20,000 orang..so, kalau kita penuhkan SBJ tu, konfirm terkencing player2 taiwan ni..


Setakat ni, pemain-pemain kita cukup mantap..baik dari striker,midfield,defend sampaila ke Goal Keeper..Rasenye kalau Idlan Talaha tak baik injured lagi, Dato' King Raja akan meletakkan Safee Sali bergandingan dengan Hadi Yahaya..tapi kemungkinan besar, Baddrul Bakhtiar yang akan partner Safee kerana Safee dan Hadi memiliki corak permainan yang terlalu serupa..Midfield takkan ada perubahan sangat cuma mungkin Amar Rohidan bakal bersaing dengan Shakir Shaari untuk posisi tengah..Safiq Rahim,Chanturu dan Amirul Hadi akan bermain macam biasa..Posisi pertahanan agak menarik sebab kita ada ramai player..Aku suspect Mahali dan Asraruddin akan bermain..cume Pertahanan tengah aku tak pasti..Mungkinkah Farisham Ismail akan main?atau King Raja akan gunakan Muslim dan Fadhli Shas macam Piala AFF Suzuki..Aku tak pasti sama ada Aidil dah baik injured atau belum..Walaupon Sharbinee menunjukkan prestasi yang cemerlang, posisi Penjaga gol aku rase tetap akan menjadi milik Khairul Fahmi Che Mat..So, formasi kita adalah 4-1-3-2 aku rase..atau mungkin 4-1-4-1..



Formasi macam mane pon kalau takde semangat juang yang tinggi dan sokongan padu peminat Harimau Malaya, skuad kita takkan mampu menunjukkan prestasi yang mantap..oleh itu, jom kita ramai-ramai gegar Stadium Bukit Jalil untuk membantu Skuad Harimau Malaya membaham Taiwan dan seterusnya layak ke pusingan seterusnya..Come on Malaysian!!!!Aummmmm!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment