Blog ini diadakan khusus untuk menunjukkan kecintaan dan menjadi catatan untuk permulaan baru pasukan emas harimau Malaya yang bangkit kembali..
Tuesday, June 14, 2011
Preview: Harimau Malaya vs Myanmar 18 Jun
Jumaat ini bakal berlangsung perlawanan persahabatan yang menemukan skuad Harimau Malaya menentang Myanmar..Kalau sebelum ni, ape-ape perlawanan yang melibatkan Malaysia diadakan di Stadium Bukit Jalil dan Stadium Shah Alam, untuk game kali ni, ia diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di Kota Bharu Kelantan..Bagi yang rajin bace blog aku, mesti da updated sebab aku da ulang brape kali pasal venue ni..Perlawanan akan diadakan pada 18 Jun 2011 iaitu pada hari Sabtu..sekarang ni ramai ultras-ultras dan peminat Harimau Malaya dah berkira-kira nak gerak ke SSM IV..kalau supporter kelantan n Terengganu boleh jalan jauh ke KL untuk tengok team diorang main kat Bukit Jalil, takkan kita yang kat KL ni tak bley gerak ke KB..betul tak?
Myanmar (dulu dikenali sebagai Burma) Football Federation ditubuhkan pada tahun 1947.. MFF menyertai FIFA pada tahun 1952 dan AFC pada tahun 1954..Liga tempatan di Myanmar mula dilancarkan pada tahun 1952..Myanmar pada suatu masa dahulu merupakan antara kuasa besar di Asia sebaris dengan Iran dan Korea Selatan pada era 70-an..Mereka pernah memenangi pingat emas Sukan Asia (1966,1970), 5 Pingat emas Sukan SEA (1965-1973) dan menjadi naib juara Piala Asia pada tahun 1968..Pada siapa yang rase Myanmar ni team lemah, think again..
Malangnya pertengahan era 70-an, prestasi Myanmar mula merudum..lebih kurang sama macam apa yang berlaku di Malaysia..Masalah rasuah berleluasa, peminat menjauhi liga tempatan dan macam-macam lagi..
Skuad Harimau Malaya dah bertembung banyak kali dengan Myanmar terutamanya di Pesta Bola Merdeka..Myanmar pernah menjuarai Pestabola Merdeka sebanyak 3 kali dengan kali terakhir pada tahun 2006 apabila mereka menewaskan Indonesia 2-1..Kali terakhir Skuad Harimau Malaya menewaskan Myanmar di Pestabola Merdeka adalah pada tahun 2007, di mana kita menang 3-1 ketika Skuad Kebangsaan dilatih oleh B. Sathianathan..
Jadi kepada anda yang di KB atau berminat ke KB, penuhkanlah Stadium Sultan Muhammad ke IV..berikanlah sokongan padu kepada Harimau Malaya..biarlah ini juga menjadi persediaan buat para peminat untuk memberi sokongan padu dalam pertemuan menentang Taiwan untuk Kelayakan Piala Dunia nanti..masa ni lah kita nak naikkan semangat pejuang-pejuang kita..yang penting, jagalah etika..kalau boleh no more mercun and laser..mari kite tunjuk yang kita ni manusia bertamadun..Hidup Harimau Malaya!!Aummm!!
-Tanah Tumpahnya Darahku-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment