Thursday, June 2, 2011

Preview Malaysia VS Hong Kong (Round 2)

Malam ni, Skuad Harimau Malaya akan menentang tanah tumpah darah Jackie Chan, Jet Li dan ramai lagi bintang-bintang citer kung fu yang kite dok tengok..Perlawanan ini diadakan sebagai persiapan kita untuk menentang Taiwan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia nanti..Awal tahun haritu Harimau Malaya dah ajar budak-budak Hong Kong ni kat Stadium Shah Alam..so, malam ni konfirm Hong Kong ada misi tersendiri untuk membalas dendam..



Malam ni beberapa pemain baru akan diberikan peluang oleh King Raja..dalam ramai-ramai, aku teringin nak tengok performance Abdul Hadi Yahaya..Bagi yang tak kenal siapa die, Hadi merupakan salah seorang dari trio serangan pasukan Terengganu..Beliau merupakan antara top scorer dalam Liga Super..Gandingan Hadi, Ashaari Samsudin dan Manaf Mamat telah menjadikan Terengganu antara pasukan yang disegani dalam Liga Super..Bagusla kalau kita ada striker ramai, at least kita tak terlampau bergantung kepada Safee dan Mat Yo..beberapa striker yang kita ade sebelum ni agak mengecewakan..Fakri dan Izzaq Faris masih terlalu muda dan tak berapa menjadi..So, keputusan Coach Rajagobal membawa Hadi adalah satu tindakan yang tepat..



Tapi yang aku still tak paham adalah, kenapa sampai sekarang Piya(Badri Radzi) tak dipanggil..Bukanla nak kate aku ni fan Kelantan, tapi ape yang aku tengok Piya merupakan antara midfield terbaik yang kita ada..Corak permainan Piya mampu memberi option yang berbeza kepada Skuad Harimau Malaya..Bukan nak kate Safiq Rahim, Amar Rohidan or Gurusamy tak bagus, just kalau tengok pada prestasi, Piya antara pemain yang konsisten, samada menjaringkan gol atau mencipta gerakan..It seems that FAM seakan-akan menganak tirikan pasukan Kelantan, sedangka mereka menerajui liga dan merupakan juara Piala Malaysia musim lepas..Tengok betul-betul, berapa ramai pemain kelahiran Kelantan yang bermain untuk Skuad Harimau Malaya?Apek, Mat Yo dan Chanturu..Mat Yo dan Chanturu diserap sebelum mereka bermain untuk Kelantan lagi..Apek pun bermain untuk skuad muda Malaysia ketika Piala CYC (ketika beliau belum bersama Kelantan)..Sedangkan pemain-pemain dari pasukan-pasukan tangga terbawah diambil..Tapi itu hanya persepsi aku, mungkin King Raja ada sebab dan cara beliau yang membuatkan beliau mengambil pemain-pemain yang ada..



Last skali, aku agak kecewa kerana aku terpaksa mengharapkan perlawanan antarabangsa lain untuk mengisi malam minggu aku..Kerana tiada siaran langsung untuk perlawanan menentang Hong Kong..Katanya takde syarikat TV Hong Kong yang berminat nak siarkan..Ape nak buat, Astro dah cuba, tapi orang Hong Kong lagi minat tengok filem dari tengok bola agaknya..atau pun diorang tau team diorang nak kena tibai lagi..ape-ape pun aku ingin mengucapkan selamat berjaya kepada skuad Harimau Malaya yang aku cintai!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment