Tuesday, July 12, 2011

What's happening next season?

Hari ni berlangsungya satu mesyuarat yang penting yang menentukan hala tuju bola sepak negara..Semuanya untuk memastikan bola sepak Malaysia terus mantopppp...Ok, ape yang diorang bincangkan?setakat yang aku tau, ade 3 benda..

  1. Pemain Import kembali- Setelah lame menghilang, pemain import akan kembali mewarnai kancah liga bolasepak Malaysia..Mungkin lepas satu demi satu pasukan kita menarik diri dari Piala AFC, FAM akhirnya membuat keputusan untuk mengembalikan pemain import..Tapi ada syaratnye..pemain import dari negara-negara Asean dan yang bernaung di bawah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mestilah pemain dari divisyen satu manakala dari benua-benua lain seperti Eropah, Amerika Latin dan Afrika pemain perlu sekurang-kurangnya dari divisyen dua..Selain itu, dalam tempoh dua tahun ni, pemain2 dari Liga Singapura, Thailand dan Indonesia tak dibenarkan diambil..sebab ape, aku tak tau..
  2. Skuad Harimau Muda akan bermain dalam Liga Singapura tahun depan-sebelum ni mereka pernah bermain di Singapura tapi hanya untuk Piala FA mereka..Skuad muda Singapura akan menggantikan tempat Harimau Muda dalam Liga Super..
  3. Liga Super akan kekal 14 pasukan- sebelum ni ade rumours kate Liga Super akan jadi 12 team sahaja..oleh itu mengamukla PKNS dan Sarawak sebab dah penat berjuang untuk layak, tapi tiba-tiba nak kansel plak..aku pon marah camtu..tapi nasib baik mantain 14 team dengan Perlis dan Pahang akan turun ke Liga Perdana..
so, dengan terjawab segala benda ni, diharap Liga Super akan bertambah mantap..secara tak langsung akan melahirkan batch2 baru Harimau Malaya yang mampu menaikkan nama negara..Janganla lepas ni banyak pulak suara-suara sumbang..kita wait and see dlula..jangan terus terjah bro..yang penting sokongan kita masih diperlukan..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment