Blog ini diadakan khusus untuk menunjukkan kecintaan dan menjadi catatan untuk permulaan baru pasukan emas harimau Malaya yang bangkit kembali..
Wednesday, July 6, 2011
Penentuan Takhta Liga Super Malaysia 2011
Malam ini bakal menjadi detik penentuan bagi tiga pasukan untuk bergelar Juara Liga Super 2011..Kelantan, Terengganu dan Selangor perlu menang jika mahu menjuarai Liga Super pada tahun ini..Kelantan pastinya mahu menang Trofi Liga Super pertama mereka yang juga merupakan trofi kejuaraan liga yang pertama bagi The Red Warriors sejak Liga Malaysia ditubuhkan..Terengganu pula yang mengamalkan corak permainan menyerang mahukan kejuaraan Liga Super sebagai tambahan kepada Piala FA mereka yang dimenangi ketika menentang The Red Warriors..Selangor, walaupun memiliki harapan yang tipis, tetap mahu menang setelah kecewa dalam kancah Piala FA
Kelantan
Skuad The Red Warriors akan bertemu Sabahawks di Stadium Likas dalam aksi terakhir liga yang merupakan perlawanan paling mudah berbanding pesaing-pesaing mereka..Kelantan yang seri dalam perlawanan mereka menentang Sabah dalam pertemuan di Kota Bharu pasti mahu menang demi mengesahkan kejuaraan biarpun seri sudah memadai..Skuad The Red Warriors ketika ini kelihatan agak terumbang ambing prestasi mereka, apatah lagi dengan NorShahrul Idlan Talaha masih belum cergas sepenuhnya..Jika tiada sebarang kejutan, Kelantan secara meritnya bakal menjulang trofi liga Super pada tahun ni..Namun dalam bola sepak, apa pun boleh terjadi..
Selangor
Di antara ketiga-tiga pasukan, The Red Giants memiliki laluan yang paling sukar kerana terpaksa berdepan dengan Skuad Seladang di bawah bimbingan Norizan Bakar..Pertemuan All Star ini bakal menyaksikan pertembungan taktikal di antara K.Devan dan Cikgu Jan..Perak yang bakal bermain di hadapan penyokong sendiri sudah semestinya sukar untuk ditundukkan..Di Shah Alam dalam pertemuan pertama, Selangor menang 1-0 melalui jaringan skipper Harimau Malaya, Safiq Rahim..Selangor perlu mengharapkan Kelantan tewas bagi mereka merangkul trofi Liga Super..
Terengganu
Skuad Peteh pula akan berdepan skuad Felda United di Stadium Cheras..Felda United walaupun tidak menentu prestasi mereka, tetap merupakan ancaman..Dibarisi pemain-pemain seperti Hamsani Ahmad, Liew Kit Kong,Juzaili Sameon, Khairunnisam Sahabuddin dan Azi Shahril Azmi tetap mampu mencipta kejutan..Pertemuan mereka di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyaksikan Skuad bimbingan Irfan Bakti ini hanya mampu menang 1-0 melalui jaringan Abdul Hadi Yahaya..Terengganu hanya mampu memenangi Trofi Liga Super jika Kelantan tewas dalam perlawanan menentang Sabah dan Selangor tewas menentang Perak
Prediction: Kelantan Juara Liga Super 2011
Kasut Emas
Persaingan bagi merangkul top scorer dalam liga Super 2011 turut menjadi perhatian dengan persaingan juga di antara Kelantan dan Terengganu..Dua striker Kebangsaan iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahaya bakal bertarung untuk merebut kasut emas Liga Super 2011..Mat Yo menjaringkan 17 gol setakat ini sementara Hadi menjaringkan 16 gol..pesaing terdekat mereka adalah Abdul Manaf Mamat juga dari Terengganu dengan 12 gol..jika Mat Yo dan Hadi tak score malam ni dan Manaf dapat score 6 bijik barula die boleh menang..
Prediction: Abdul Hadi Yahaya (Terengganu)
Saingan Liga Super bakal menutup tirai malam ni, so, kita boleh ubah fokus kita ke Perlawanan Harimau Malaya terutamanya dalam pertembungan menentang musuh ketat yang juga jiran terdekat kita iaitu Singapura..
-Tanah Tumpahnya Darahku-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment