Sunday, July 3, 2011

Review: Harimau Malaya vs Taiwan vs Referee

Ok,kalau korang bace headline aku, mesti korang pelik sebab ade tambahan..well, if korang tengok game lawan Taiwan tadi,korang akan faham..rasenye nasib malangla ref tu sebab kena maki n sumpah seranah dengan penyokong Harimau Malaya arini..

Ape-ape pun aku mulakan dengan ucapan tahniah buat skuad Harimau Malaya kerana berjaya layak ke peringkat seterusnya untuk Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 Peringkat Asia..tapi berdasarkan persembahan anak-anak buah Dato' K.Rajagobal dalam dua perlawanan menentang Taiwan ini, masih banyak perlu diperbaiki..Harimau Malaya perlu menguatkan mental mereka jika mahu lebih hebat..Kita boleh lihat tadi bagaimana kita tertekan apabila diasak dan berdepan dengan pemain-pemain Taiwan yang suke bersimulasi dan pengadil yang mudah percaya dengan lakonan pemain Taiwan..Sebenarnya benda ni boleh elak,kalau kita main macam biasa, control posession, mereka takkan ada peluang untuk diving..Sebagai contoh, Sepanyol dan Barcelona, pemain pasukan lawan sibuk mengejar bola hingga tiada peluang nak diving..Kita dah ade taktikal yang mirip Sepanyol,iaitu dengan hantaran pendek dan posession control..tapi perlu diperkemas lagi..

Sharbinee perlu lebih tenang..ape yang membezakan Apek dan Sharbinee pada penilaian aku adalah Apek lebih tenang dan mampu mengawal barisan pertahanan..Sharbinee walaupon seorang shot stopper yang bagus, masih perlu mantapkan lagi komunikasi dengan barisan pertahanan dan mengawal tempo permainan..Adakalanya beliau boleh melambatkan game,tapi tidak..Walau bagaimanapun, die tetap hero kerana berjaya menepis sepakan penalti pemain Taiwan..

Pemain Taiwan, aku malas nak cakap banyak..Mungkin sebab diorang dekat dengan Hong Kong, so diorang berlakon banyak kuat..kena touch sket berguling..macam sepakan penalti ketiga..Pemain Taiwan tu ketara menjatuhkan badan, tapi sebab ref tu cibai, so die bagi penalti..Kepada pemain Taiwan, kami tak perlu bantuan ref untuk menang..so, belajar balik apa itu Fair Play..dan kepada ref dari Vietnam tu,if kau mengadili game Malaysia kat Bukit Jalil, siapla ko..

Kepada pemain Malaysia, now da lepas 1st round..so, kita perlu mantapkan lagi pasukan bagi berhadapan dengan musuh ketat kita iaitu The Lions@Singapura..so,marilah kita mengasah taring kita untuk membaham sang singa!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment