ok..khamis ni kita akan bertemu lagi jiran kita Singapura-pura..Hari tu kita kalah 5-3..tapi takpe..kita selaku ekor Harimau Malaya perlu yakin bahawa Harimau Malaya mampu bangkit kembali..dari Sukan SEA sampaila ke Piala AFF Suzuki, kita selalu kalah dulu..tapi last2 kita menang..so, jangan loose hope..teruskan sokongan kita, InsyaAllah Malaysia akan menang..
Aku dah beli tiket aku..online lagi,kena caj ekstra siap..tapi takpe..aku pejamkan je mate..Ini untuk Harimau Malaya..Biar mahal mane, aku tetap akan beli..tapi aku tak beli VIP la..coz aku penyokong..so, aku nak duduk dengan rakan-rakan seperjuangan..aku tak perlu layanan VIP..aku nak bersama saudara-saudara aku..
Tiket hari ni je dah sold out..bahkan, diorang terpaksa jual tiket untuk esok pada hari ni..penangan Harimau Malaya..kalaula time game lawan Pakistan, Hong Kong, Taiwan n Lebanon macam ni kan bagus..tapi xpela..asalkan mereka datang sokong Harimau Malaya..dalam pukul 5 tadi aku pegi Bukit Jalil untuk redeem tiket aku..kesian orang yang datang dari jauh n penat tak dapat tiket..kat paper tulis sampai kul 7, tapi pukul 2 dah abes..ramai orang dah mula angin..Aku cube tenangkan diorang..tapi diorang tetap angin..last2 orang kaunter tu terpaksa jual tiket untuk orang yang online kepada orang2 yang dah datang..lain kali, kalau tau nak jadi camtu, jangan cakap jual sampai pukul 7..cakapla sampai pukul 2 je..ish2..n aku kesian sebab probably ade orang2 celaka yang beli tiket banyak2 n jual balik tiket tu a.k.a ulat..itu yang paling celaka..n one more yang celaka adalah orang2 yang diberi subsidi tiket..aku rase, itu tak patut berlaku..kesian orang lain nak tengok n sanggup berhabis duit, tapi ada lagi orang yang dapat tiket free..
so, pada yang tak beli tiket lagi, silela cepat sebelum habis..mari kita penuhkan stadium pada hari Khamis ni..kita gegar cukup2!!!Singapura, standby, kitorang Harimau Malaya mau langgar sama lu!!!
P.S: ini bukan preview macam biasa..sorry..
-Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment