Sementara anak-anak buah Coach Ong melawan Singa London,anak-anak buah King Raja pula bakal berhadapan Singa Seberang Tambak..Apa persamaan dua Singa ni?due-due ada orang putih main untuk diorang..haha..Singapura yang juga merupakan jiran tetangga a.k.a musuh ketat kita dulu merupakan kuasa besar kat Asean..Diorang ni dah banyak kali menang Piala Tiger..kita baru sekali..tapi Singapura yang tak ramai penduduk mengambil jalan mudah dengan menaturalisasikan pemain-pemain luar..dengan cara tu, diorang dapat menguatkan team diorang..tapi itu cerita dulu..Lepas diorang terkeluar awal daripada saingan Piala AFF Suzuki yang dimenangi oleh Harimau Malaya kebanggaan kita, diorang telah membubarkan skuad senior diorang..satu tindakan yang agak drastik tapi difahami..So, team yang ada sekarang merupakan team baru, tetapi masih ada pemain-pemain lama seperti Aleksandr Duric dan Sha Jiayi..due import yang banyak membantu team seberang tambak ni..
Persengketaan Malaysia-Singapura tak sehangat Malaysia-Indonesia..tapi sebenarnya sejarah kita dengan Singapura boleh tahan jugak..tapi dulu permusuhan kita lebih kepada di antara Selangor dan Singapura..Kedua-dua pasukan berebut gelaran Juara Liga Malaysia dan Piala Malaysia..tapi lepas diorang keluar dari Liga Malaysia,permusuhan tu dah agak kendur..mungkin kerana kurang provokasi dari kedua-dua pihak..tak macam Indonesia..Media Singapura tak macam Indonesia yang sangat passionate pasal team diorang..Even orang Singapura sendiri mengaku n kate media singapore just copy n paste berita dari internet kalau berkenaan The Lions..Bahkan kita boleh bandingkan masa kita menang Piala AFF Suzuki dengan time diorang menang..sambutan kita sangat gah..Tapi diorang macam nak tak nak je..
Hari tu Singapura mengadakan perlawanan latihan menentang Taiwan semata-mata nak tengok kebolehan Malaysia..apa diorang tak lawan je Arsenal n Liverpool?kan lagi diorang boleh spy kita..Diorang ada hantar spy mase Harimau Malaya lawan kelab England,tapi tak taula sumber aku ni betul ke tak..Tapi lepas diorang menang 3-2 lawan taiwan, diorang rase diorang boleh menang besar..Agak-agakla..Bahkan Singapura hanya memberikan 500 tiket kepada Penyokong Malaysia untuk menyaksikan perlawanan di Stadium Jalan Besar..celaka betol..macam tu, kita bagi 500 jugakla kat diorang masa main kat SNBJ..biar diorang ternganga tengok SNBJ full house..
Walaupon tiket adalah amat musatahil untuk didapati, aku salute Ultras Malaya kerana tetap akan hadir ke sana..Kalau tak dapat tiket, diorang akan chant dari luar stadium..inilah semangat yang kita nak..Itulah yang kita panggil true fan..So, pada orang-orang yang mempersoalkan kesetiaan dan semangat mereka,inilah jawapan mereka kerana aku yakin orang-orang yang bersuara tu takkan buat macam UM..
Apa-apa pun aku harap Harimau Malaya mampu membawa balik bekalan selesa sebelum berentap di stadium keramat kita, Stadium Nasional Bukit Jalil..Good luck to our hero..Buktikan Harimau Malaya raja rimba, bukan singa!!
-Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment