Monday, July 18, 2011

Preview:Harimau Muda vs Singa London


Khamis ni rakyat Malaysia akan sekali lagi dapat melihat perlawanan pertunjukan di antara Harimau Malaya menentang Singa London..ape yang lainnya kali ni adalah Harimau Malaya ini terdiri daripada pemain daripada Harimau Muda dan pemain2 'import'..bukanlah import dari luar kerana pemain-pemain ni orang Malaysia juga cuma dah lama tak main untuk Malaysia ataupon pertama kali main untuk Malaysia..Antara pemain yang diserap masuk oleh Coach Ong Kim Swee adalah Hairuddin Omar, Amri Yahyah,Farizal Marlias,Badri Radzi, Daudsu Jamaluddin,S.Subramaniam dan Joseph Kalang Tie..yang lain aku tak berapa sure..tapi mereka akan memperkuatkan barisan muda Coach Ong untuk menentang Chelsea yang dibimbing oleh pengurus baru Andre Villas Boas..



Sekali lagi kita tengok kalau Stadium akan penuh cuma tak tau biru Malaysia atau Biru Chelsea..tapi aku rase Player Malaysia akan pakai jersi kuning hitam kerana anak-anak buah Coach Ong ni terbalik dengan skuad senior..diorang lagi uuumph kalau pakai jersi kuning..Barisan pejuang kita akan menentang pemain-pemain bagak seperti Drogba, Torres,John Terry, Anelka, Lampard,Ashley Cole dan ramai lagi..Aku berharap sangat Wan Zack Haikal dapat mengayamkan Ashley Cole sama seperti ape yang Amirul Hadi buat masa lawan Arsenal n Liverpool..Barisan serangan plak kita ada Hai-O dan Amri yang kedua-duanya ada pengalaman membolosi gawang kelab dari England dengan Hai-o membolosi gawang Chelsea dan Amri menjaringkan 2 gol menentang MU..

Ramai pemain dari Harimau Muda tak dapat bermain kerana diserap skuad senior dalam perlawanan menentang Singa Seberang Tambak..Khairul Fahmi, Fadhli Shas,Muslim Ahmad, Mahali Jasuli,Ahmad Fakri Saarani dan K.Gurusamy tak dapat diturunkan..oleh sebab itulah Coach Ong memanggil pemain-pemain senior untuk perlawanan ni..Ini merupakan platform terbaik mereka untuk menarik hati peminat dan K.Rajagobal untuk masa depan..



Mesti best tengok Piya bertarung di tengah menentang Frank Lampard..Daudsu pon da lame tak main..Hai-O dulu pernah buat bekas Player Chelsea,Robert Huth bermandi darah lepas berlaga kepala..dan Amri Yahyah,sudah semestinya 2 gol menentang MU..menewaskan Penjaga Gol Belanda, Van Der Sar dan Penjaga Gol England, Ben Foster dalam satu game..Pendedahan ini sangat berguna untuk anak-anak buah Coach Ong..Apatah lagi lepas ni mereka akan berlepas ke Slovakia untuk bermain dalam liga di sana..so,It's a good exposure for them..

Aku mengimpikan stadium bakal penuh dengan jersi Harimau Malaya,tapi aku tau that's too much to ask..Jawapan yang sama akan diberikan..dari zaman dulu lagi ayat tu aku dengar..So,aku tak boleh nak cakap banyak..Siapa makan cili dia terasa pedas..aku ambik ayat yang sering digunakan oleh Ultras-If you're ashamed to stand by your colours, You better seek another flag..And buat orang2 yang kate Ultras tak passionate sebab tak turun game lawan kelab2 EPL ni, let me tell you this, they will be going to Singapore eventhough they know to get a ticket is almost impossible..Would you do the same?Pikir-pikirkanlah..Apa-apa pon aku ucapkan Good Luck to Coach Ong and his boys untuk game lawan Chelsea ni..Buktikan bahawa Harimau lagi kuat dari Singa!!
Aumm!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment