Sunday, July 17, 2011

Review: Malaysia vs Liverpool


Semalam, aku dan member2 pergi ke SNBJ untuk menyaksikan sejarah tercipta..Skuad Harimau Malaya yang luka selepas menentang Meriam London kembali untuk berentap dengan skuad Burung Bangau dari Merseyside..keputusannye?ye kite kalah..tapi,kite kalah melawan..Mungkin orang akan terus mengutuk Harimau Malaya kerana tewas, tapi mari kita lihat dari satu sudut yang positif..

Kita bolos kerana pertahanan alpa dan ini perkara biasa kerana kita dah tukar ramai player sampai tempo n corak permainan terganggu..Persefahaman pon kurang..so, tak boleh blame sangat..tapi kalau pertahanan kita tak bolos semudah tu, kita akan menang besar lawan Liverpool..serius..First half memang mula2 kita cam slow..hinggakan pengadil 'menghadiahkan' sepakan penalti kepada Liverpool yang diambil 2 kali oleh Charlie Adam..agak pelik, player yang setinggi dan setegap Andy Carrol boleh jatuh dengan mudah lepas diasak oleh Asraruddin..Referee mungkin saje bagi sebab Liverpool kan..walaupon sebelum insiden tu, Baddrul Bakhtiar dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh pertahanan liverpool..Biasala, HOME TEAM KAN SELALU DAPAT ADVANTAGE..tapi sebelum tamat perlawanan, Harimau Malaya berjaya menggigit sayap bangau melalui sepakan percuma bertaraf internasional oleh our beloved skipper, Safiq Rahim..betul-betul depan mata aku..a moment to be remembered..

2nd half..both teams buat pertukaran yang banyak..sedikit menganggu tempo dan corak permainan..2nd half ni problem sket..kita bolos 5 gol..tapi kita fight..mula2, liverpool berjaya menjarakkan diri dari skuad Harimau Malaya 4-1..tapi Super Safee berjaya membantu kita merapatkan jurang kepada 4-3..tengah syok kita kontrol game dan attack, kita bolos 2 bijik..frust aku..

Dari apa yang aku tengok time perlawanan, pemain kita dah meningkat..taraf kita dah semakin tinggi hinggakan Assistant Manager Liverpool, Steve Clarke menyatakan bahawa Safiq dan Safee merupakan pemain yang hebat..tengok je mase game, bila Safee dapat bola,3 orang pemain liverpool mark die..takut betul diorang dengan kelibat Safee Sali..So, dari satu sudut, kita boleh lihat bahawa kita mampu menyaingi pasukan Eropah..kalau dulu, kita kalah teruk dan permainan tak cantik..tapi sekarang kita mampu hold posession dan meng'ayam'kan pemain2 liverpool..salute to King Raja and his boys!!

Ok,kalau korang tengok 2nd para,korang akan perasan aku buat satu ayat ni semua huruf besar..itu aku nak highlightkan..kenapa aku saje cakap liverpool home team tapi bukan Malaysia?well, if korang turun stadium or tengok tv korang akan faham..sekali lagi SNBJ bertukar menjadi stadium luar..haritu jadi Emirates..kali ni jadi Anfield plak..aku malas nak cakap banyak pasal supporter yang sarung jersi luar..aku tau dah alasan diorang..so,aku nak petik ayat member aku yang aku copy.."umpama kau keje 7E tp pakai baju McD...bos ko tanya napa u dtg keje pakai baju Mcd??and nanti ko jawab la takper la bos janji saya ada bwk baju 7E..."so?ape kate korang?n alasan kate pakai jersi luar tapi hati tetap Malaysia itu bullshit belaka..if hati kau support Malaysia, camne korang boleh bersorak bagai nak gila bile gawang kita dibolosi?setiap kali kita dibolosi, hati aku macam kena siat2..dahla bolos, lepas tu satu stadium bersorak macam menang world cup..what the hell?itu ko panggil support?Yang aku perasan, bila Safiq n Safee score, diorang tak lari ke arah penonton seperti biasa..tapi diorang lari ke tengah padang atau celebrate dengan team mate..kenapa nak lari ke arah penyokong sedangkan diorang semua tak 100% behind them?betul tak?

Yang penganjur pon lagi satu..susah sangat ke nak pasang lagu Negaraku?ade kawan aku bagi alasan kate mungkin sebab lawan kelab..nonsense!!ini Malaysia dan yang tengah berjuang tu pemain Malaysia..kalau lagi You'll Never Walk Alone korang boleh main sampai 7 kali, ye 7 kali, aku kira, lagu Negaraku sekali pon tak boleh pasang?!! What the hell?come onla penganjur..kalau nak buat camtu,pegi main kat Anfield..bukan kat SNBJ..jangan mengagungkan sangat team luar sampai menganak tirikan pasukan negara sendiri..Serius, semalam aku rase macam aku dekat Anfield..okla, bayar tiket rm58 dapat pegi Anfield..haha..

Tugasan seterusnya untuk anak-anak buah King Raja adalah menentang Singapura 23 Julai ni..Walaupon Chelsea datang, kita perlu fokus untuk menentang Singapore..so,kita bagi pendedahan kepada anak2 buah Coach Ong..Pada supporter liverpool,arsenal dan chelsea,korang boleh bayar mahal tiket lawan team2 tu, so make sure korang datang game lawan Singapore nanti..takde alasan untuk korang tak datang..tiket tak mahal n ini kalau korang bagi alasan team2 tu bukan selalu datang, ingin aku ingatkan bahawa ini first time Harimau Malaya berjaya ke peringkat kedua Kelayakan Piala Dunia!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment