Malam ni malam penentu buat beberapa team untuk layak ke Suku akhir Piala Malaysia..nampaknye Piala Malaysia tahun ni menarik n lain macam sikit aura dia..team-team besar bergelut untuk layak, n team-team underdog pulak memberikan saingan sengit..Team seperti Selangor dan Kedah terpaksa bertarung dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk layak..seri atau kalah, outla diorang..Kedah terpaksa berhadapan dengan pasukan yang telah pun layak ke peringkat Suku Akhir iaitu Perak dan berharap Sabah kalah..nampak susah, tapi kemungkinan untuk Perak let go their foot off the pedal sangat tinggi sebab diorang dah layak..baik diorang rehatkan pemain n siap untuk suku akhir..
Atas kertas, game Selangor malam ni nampak macam lagi senang dari Kedah..tapi atas kertas jela..Selangor yang melancarkan Misi33 nampaknye begitu yakin masa awal-awal Piala Malaysia hari tu..tapi siapa mampu menduga, KL yang berada di kelompok bawah liga Super kini belum kalah lagi dalam saingan Piala Malaysia? City Boys sekarang 2nd place belakang T-Team yang dah layak..so kire pemenang Derbi Lembah Klang ni akan layak ke Suku Akhir..Anak-anak buah Razip Ismail mesti nak lakukan upset dengan menundukkan Red Giants..tapi selepas pemecatan K.Devan, Selangor nampak macam dah up sket..tak taula if up sebab lawan PDRM yg merupakan team lemah..Yang aku tau, masa kat Stadium Selayang, KL patut menang..sepatutnya KL dapat sepakan penalti tapi ref tak bagi..If time tu KL menang, KL dah layak ke peringkat suku akhir..tapi tak dapat, so KL perlu tewaskan atau at least seri untuk layak..Selangor kena menang..Not to be biased or anything, tapi since aku lahir, tinggal,sekolah n kerja kat KL, so aku support KL la walaupun aku belajar kat UiTM Shah Alam dlu..
So, adakah Piala Malaysia tahun ni akan jadi seperti kebiasaan dengan team-team besar mendominasi atau pasukan-pasukan underdog akan muncul juara sepertimana MPPJ pernah buat?Malam ni bakal menjadi penentu..kepada semua peminat bola sepak tanah air, marilah kita menghangatkan saingan Piala Malaysia tahun ni..masih belum terlambat..
-Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment