Thursday, October 6, 2011

Besok kita makan daging kanggaroo!!

Disebabkan aku dah pernah post preview Malaysia vs Australia sebelum ni, so ni bukan preview die..Just nak ingatkan korang game esok adalah pada pukul 5 Petang kat Astro Arena 801 unless korang ade duit nak pergi Australia..atau korang student kat Australia..

Rasanye dah lame kite tak tengok gandingan Mat Yo n Safee Sali..so, game ni mesti best..mungkin kita dapat tengok gandingan Shahrul n Safee a.k.a SAS ni macam dala final Piala AFF Suzuki yang lalu..banyak player baru yang King Raja nak cuba..antaranya, Joseph Kalang Tie @ JKT yang akan diletakkan di posisi Safiq Rahim..Selalunya JKT ni main wing time kat Terengganu, tapi untuk game ni ada ura-ura dia bakal diletakkan di Central Midfield..

Selain tu, captain armband bakal diberikan kepada Norhafiz Zamani Misbah..Ini disebabkan ketiadaan Safiq dan Aidil Zafuan..Lepas tu kita ada Wan Zaharul Nizam @ Kecik dan Yong Kuong Yong, player dari KL(City Boys)..Kalau letak diorang kat Wing mesti best..Baru ade pace n trickery..bagi pening sket defend Australia..Kanggaroo mana boleh kejar harimau..

Setakat ni, ramai star Australia tak main untuk game ni..Mula-mula kata semua akan main, tapi tiba-tiba semua plak tak main...Harry Kewell dan Brett Emerton dilepaskan sebab nak bagi diorang dapat serasikan dengan team baru diorang (Both baru join A-League atau Liga Australia) dan Tim Cahill (Everton) dan Mark Schwarzer (Fulham) tercedera..mungkin betul, mungkin tidak..tapi Australia masih ada player-player lain yang hebat yang membolehkan mereka muncul Naib Juara time Piala Asia hari tu..

So, apa-apa pon jomla kita berikan sokongan padu walaupon diorang jauh dari kita..Jauh tak bermakna kita tak boleh bagi sumbangan right?So, jom kita gegarkan mana-mana mamak dan berikan ngauman terhebat kita supaya kita boleh tumpaskan Australia sama macam tahun 1992 dulu!!!Aummmmmmm!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment