Friday, October 28, 2011

Post Marah Final Piala Malaysia 2011

Ok..aku masih nak ulas pasal tiket final Piala Malaysia ni..ada yang setuju dan (ramai) ada yang tak setuju..Harga RM 50 untuk final?aku dah buat tinjauan dengan (boleh tengok kat link ni http://mobtv.my/current_affairs-329.html ) orang ramai berkenaan hal ni..ada yang kata tak patut sebab terlampau tinggi, ada yang kata tak sesuai sebab padang macam haram dan ada jugak yang kata mahal sebab taraf bola sepak kita belum capai standard eropah untuk letak harga melambung..Walau apa pun alasan diorang, ia tetap berpaksikan pada satu keputusan yang sama iaitu HARGA TIKET TERLAMPAU MAHAL..

FAM mula-mula bagi alasan kos membaiki padang..lepas tu tambah plak dengan alasan Persatuan Negeri setuju..lepas tu tambah lagi alasan untuk kos-kos lain..lepas semua alasan tu tak boleh pakai, diorang guna ayat pancing baik punye, " Pasukan kesayangan anda dah masuk final, takkan tak nak sokong, sokonglah pemain-pemain yang dah berpenat lelah"..ayat merayu + gertak pada supporter..Oi FAM bodoh, kalau diorang boikot Final tu, bukan sebab team diorang, tapi sebab korangla bahalol!!!  Maybe ada segelintir yang bukan penyokong kuat pun, yang jenis sokong bila masuk Peringkat Kalah mati atau even worse yang sokong bila final je..Tak percaya? Cuba perhati betul2, kenapa bila final n main kat SNBJ atau Shah Alam yang jauh beribu batu stadium mesti penuh..tapi bila main kat home ground time Peringkat Kumpulan, Stadium kosong? Tapi aku tak marah or salahkan supporter ni..Cuma diorang ni la yang akan menyebabkan supporter lain merana..Supporter yang dari awal sokong..Sebab diorang ni beli n tak kisah dengan tiket2 yang mahal yang dikeluarkan oleh FAM, supporter2 tegar yang akan jadi mangsa..Diorang mestila tak kisah, diorang beli time final je..Yang tengok dari awal dah habis duit banyak dah..

Ada jugak yang masih menyebelahi FAM dalam hal ni dengan menggunakan alasan patriotik..Meh sini abang cerita dengan cara mudah bagi adik2 faham pasal harga tiket ni.. Ok, korang anggap FAM tu sebagai penjual ayam, bola sepak tu ayam, and kita penyokong pembeli ayam..Final tu ibarat raya.. Setiap kali raya, harga ayam naik ikut suka hati..time2 orang nak sangat ayam harga naik..sekali dua ok la, tapi kalau tiap kali naik apa cerita?Tak ke orang marah? naik mendadak plak tu! so, konfirmla orang marah kan sebab time nak ayam sangatla harga dia naik..cuma beza ayam dengan bola sepak ialah, kalau ayam naik harga, kita boleh suarakan  kepada pihak berwajib..Menteri boleh suarakan benda ni..Bola sepak? mana boleh!! Menteri dah bersuara pun diorang boleh buat bodoh..Orang kat Parlimen dah bising2 pon diorang buat bodoh jugak..FAM adalah satu-satunya persatuan sukan yang tak boleh ditegur!! Mana orang tak marah!!! FAM tak pernah nak dengar suara peminat, yang diorang tau, nak peminat datang stadium, diorang kaut untung..itu je!mana pernah diorang pentingkan peminat..bila peminat lari, diorang kata tak patriotik!! padahal puncanya diorang!!

Sorie if Post aku kali ni agak mengamuk..memang aku tengah mengamuk dengan FAM ni..Kepada rakan-rakan yang terus memboikot dan akan berkumpul untuk suarakan bantahan pada FAM kat luar stadium malam ni, my spirit is with you..keep it up brothers..aku akan cuba join korang nanti..teruskan menyokong Harimau Malaya dan bola sepak Malaysia tapi bukan pentadbiran FAM yang masih bodoh sombong..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment