Jumaat lepas, terjawabla sudah siapa yang ke separuh akhir saingan Piala Malaysia 2011 tahun ni..Terengganu, Selangor, N.Sembilan dan T-Team berjaya menewaskan lawan masing-masing untuk layak..So, dengan itu, di separuh akhir nanti Terengganu akan menentang Selangor, dan N.Sembilan akan fight dengan T-Team..
Selangor yg tengah semangat dengan Misi 33 diorang mula nampak taring setelah permulaan yang slow dalam kempen PM tahun ni..Selamber je diorang beat Perak kat Stadium Ipoh..Amirul Hadi dan Safiq Rahim mula menunjukkan form yang gempak sama macam main untuk Harimau Malaya..Malangnya Amri Yahyah takkan dapat main semi-final nanti..Namun begitu, jangan pandang rendah pasukan yang akan diorang jumpa kat Semi Final nanti..Terengganu..Sang Penyu yang berjaya menewaskan Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dengan selamber..setelah menang kat tempat sendiri dengan agregat 3-1, ramai yang menjangka Terengganu akan tercekik kat Stadium Sultan Muhammad IV..Tapi diorang dengan selamba sumbat 2 gol untuk menjarakkan diri dari Kelantan..Terengganu tahun ni memang ganas..attacking diorang sedap..Diorang tak harapkan Hadi Yahaya semata-mata..Gandingan Ashaari, Manaf n JKT sangat uuuummmmppph..ditambah pulak dengan defend yang mantap..Marzuki,kapten Terengganu memang hebat..Rasanya susah nak cari defender kat Malaysia ni yang tinggi macam dia..Maybe King Raja boleh try die untuk Harimau Malaya..
Game lagi satu pulak bakal menemukan Negeri Sembilan dengan sebuah pasukan kelab iaitu T-Team..Negeri Sembilan ada ramai star yang mampu mengubah permainan..Dengan Farizal Marlias sebagai Penjaga gol, Aidil Zafuan dan Shukor Adan di bahagian pertahanan,Hairuddin Omar dan Zaquan Adha di bahagian Serangan (tak campur Rita Rudaini n Ayu Raudhah lagi tu..haha), Negeri Sembilan nampak mantap..Tapi T-Team nak cuba mengulangi pencapaian MPPJ sebagai satu-satunya pasukan kelab yang berjaya menang Piala Malaysia..T-Team tak kurang hebatnye..dengan barisan bekas-bekas pemain Malaysia seperti Rosdi Talib, Indra Putra Mahyuddin dan Nor Farhan, T-Team ada ramuan yang cukup untuk menang..
So, 1st Match akan berlangsung pada hari Selasa dan timbal balik pada hari Sabtu..Adakah sejarah akan tercipta dengan 2 pasukan dari Terengganu bakal berentap di Final?atau N.Sembilan dan Selangor akan merencatkan perancangan 2 pasukan dari pantai timur itu? Segalanya akan terjawab nanti..
-Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment