Wednesday, November 23, 2011

Dari Jakarta ke Bukit Jalil: Harimau Muda vs Syria

Kembali ke bumi yang nyata..konfirm ramai yang akan cakap macam tu selepas kekalahan Harimau Muda ke atas Syria malam semalam..Yup, kita kalah..Tiada apa yang boleh mengubah fakta bahawa kita kalah..but one thing, kita dah memang tau yang perjalanan kita dalam Pusingan Kelayakan Olimpik ni sesuatu yang sukar..Dalam 12 pasukan yang layak untuk peringkat Kumpulan Kelayakan Olimpik ni, kita ranking paling rendah..so we are expected to loose..

Tapi apa yang boleh kita lihat semalam adalah semangat dan determination skuad Harimau Muda..Selepas mengharungi 6 perlawanan dalam tempoh seminggu lebih, diorang terpaksa pulak lawan Syria..Kalau ikutkan jadual sebenar, diorang kena lawan sehari selepas Final Sukan SEA..Gila bukan? Kalau ikutkan realitinya, diorang bukan setakat tak mampu nak berlari, nak berdiri atas padang pun dah tak larat..but they know their job, so diorang tetap berusaha memberikan tentangan..

Perlawanan didominasi oleh Syria..Midfielder Nazmi dan Guru nampak tak larat but usaha jugak..Sekali sekala melancarkan serangan..terutamanya Nazmi yang sangat impressive..tengok kat TV dengan depan mata sangat lain..mata aku asyik fokus kat dia je..probably lepas ni boleh buat satu post untuk dia je..heh..walaupun Wan Zack tak main kat Sukan SEA dan sepatutnya paling fit dan bertenaga, tapi kita jangan lupa yang dia baru baik injured..Kesemua pemain dah berusaha bermati-matian..paling ketara nampak budak-budak ni letih adalah masa 2nd goal Syria..Satu pass yang nampak sangat letih oleh Muslim sedangkan sebelum tu dia sangat impressive menahan asakan Syria..

Now aku nak sentuh sikit pasal penonton..Satu benda yang best adalah tiada botol, mercun atau apa-apa bahan api yang masuk dalam stadium semalam..Even ultras pun tak bakar flare..mungkin sebab peraturan baru AFC yang melarang semua benda tu atau Harimau Muda akan dibatalkan kelayakan..So, good for the and good for us..kedua, time Harimau Muda menang Sukan SEA, semua orang melompat gembira..Mencanang diri bagaikan peminat Harimau Muda..pendek kata Harimau Muda trendingla kat Twitter..daripada takde siapa kenal player Harimau Muda to boleh hafal line up..Malangnya, keghairahan tu mati kat situ je..Stadium masih tak penuh..Aku rasa kecewa..aku jangkakan selepas hype tu, semua orang akan berpusu-pusu ke stadium untuk saksikan game ni..TIME MENANG MEMUJI, TIME KALAH MENGEJI, TIME ADA GAME MENYEPI..itulah perangai fan kita..

Then ada pulak tu peminat yang maki-maki player..diorang paham tak betapa penatnya budak-budak tu?diorang ni memang datang semata-mata nak tengok kemenangan sahaja..so, if tak menang diorang akan maki n kutuk habis-habisan..Come on guys, being a supporter means you support till the last minute no matter what the result is!!ada pulak tu yang lepas kena 2nd goal,terus balik..Stupid you know..kalau macam tu jangan datangla!!Serius, aku marah betul dengan supporter macam tu..

Apa-apa pun pada yang datang dan memberikan sokongan tak berbelah bagi kepada Harimau Muda, you guys are the best..We need more supporters like you..tak kisahla, korang Ultras ke, Team Malaysia ke or just a plain supporter like me who'll always be on your team's side..So, harap-harap Ahad ni SNBJ akan dipenuhi dengan Penyokong tegar Harimau Malaya/ Harimau Muda..Tiada lagi alasan tak boleh datang sebab kerja..time tu cuti..n gaji pun dah masuk rasanya..So, people please lend your support to our boys! Diorang dah membanggakan negara, so now is the time for us to show our appreciation!! Go Harimau Muda!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment