90 minit yang mengecewakan..itu je yang mampu aku ungkapkan..Kita tak kalah..kita seri..Seri sebenarnya membuatkan Harimau Muda pilih jalan susah untuk mara ke peringkat seterusnya..Bukan nak kata kita tak boleh, tapi susah..especially kalau kita main macam tadi..
Penjaga gol,defend aku tak nak usik apa-apa sebab diorang dah buat kerja diorang iaitu pastikan tak bolos..dan sekali sekala tolong attack melalui Fandi Othman dan Asraruddin Putra..Midfield first half terlampau deep..Gurusamy dengan Syukur belum serasi rasanya..dan kita takde creative player tadi..Creative player yang mampu membuat killer pass..Syahrul Azwari..aku suka tengok dia main..Skillful,berani nak attack..Ada skali tu dia gentel sekali 2-3 player singapondan..Cerah masa depan budak ni..Cuma kena tough kan badan..Striker jangan cerita..aku kecewa..First touch, control ball, shooting..aku rasa A.Thamil Arasu je yang shoot..Fakri? dont let me start on him..Aku tak nak kritik player Malaysia..Ramai dah orang yang jadi tukang kritik ni..Tapi kalau tengok Fakri main, aku rasa macam nak maki..Semua serba tak menjadi..Aku rasa if Izzaq yang main, at least dia boleh guna body dia untuk hold up ball untuk Baddrul Bakhtiar..
Baddrul Bakhtiar bagi aku Man Of the Match..Free kick dia ala Ronaldo..Padu tapi on target..First timer dia sket lagi nak masuk gol..Kalau dia terus main macam ni untuk semua game, dia mampu bawak pegi team Malaysia..Yang lain kena step up to the plate..Especially striker..Takkan nak harap midfield je score..Please prove me wrong..especially Fakri..Overall, Harimau Muda kena tunjukkan yang latihan kat Slovakia bukan sekadar makan angin..Kalau tak, aku berani jamin ramai lalang yang akan keluar statement kata Latihan kat Slovakia tu membazirkan duit rakyat..
Kepada Coach Ong, we are still on your side..We need to wake up..2nd half dah ada improvement berbanding first half..Tapi takkan nak tunggu 2nd half baru nak attack?Kita kena serang dari mula! bagi cuak sikit team2 yang nak lawan kita!! Kita pemenang pingat emas Sukan SEA dan Juara Asia Tenggara!!Diorang takut dengan kita!! Tunjukkan taring sebenar kita masa lawan Thailand nanti! Selamanya Harimau Malaya!!
-Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment