We're going to the finals!!!! wooohoooo!!! Walaupun game hari ni cam agak kureng berbanding lawan Indonesia..tapi aku faham..2 game dalam masa 3 hari tambah training lagi memang memenatkan..ditambah pula dengan perlawanan terakhir melawan Indonesia, so semua kudrat kita dah habis dalam game tu..boleh nampak pada stamina player..diorang bukan malas..cuma dah tak larat..Korang bayangkan korang main futsal malam ni, besok petang korang training..lusa tu korang main futsal petang pulak..konfirm pancit..serious..penat beb..Mental n fizikal..
Tapi dalam game ni, star dia bukanlah striker, walaupun striker yang gol..Bukan midfield..Tapi barisan pertahanan..Kekentalan barisan pertahanan sangat penting..especially dalam keadaan penat macam tu..Kena sentiasa fokus dan tak boleh leka..Kenapa aku kata striker n midfield bukan star? well, if striker n midfield terlepas bola, diorang masih boleh harapkan pertahanan dan keeper..tapi kalau pertahanan dan keeper terlepas nak harapkan siapa? Cara kita clear bola, handle crossing memang mantap..kita dah tak clear ikut arah telur..clear kita semua kepada pemain kita..satu peningkatan..dulu kita clear ke depan je walaupun takde pressure..
Sebelum minit ke-85, aku percaya semua rakyat Malaysia yang tengok konfirm menggigil..tak senang duduk..Selagi tak gol, selagi tula kita semua resah..Macam-macam cara kita cuba..Hari ni Syahrul Azwari looked out of pace..still laju, tapi tak selaju masa lawan Indonesia..Supposedly Izzaq Farris main untuk hold ball..tapi maybe coach Ong tak expect Myanmar akan main macam ni..Maybe dia ingat Myanmar akan main defensive..That's why dia guna Fakri untuk gunakan speed and energy dia..Unfortunately Myanmar had other thoughts..First half Myanmar cuba attack..Nasib baik defender dan Apek mantap..
Second half, Myanmar hampir-hampir nak score..tapi Super Apek bak kata kawan aku, berjaya gagalkan cubaan dia dengan satu reaction save..Selamat..Akhirnya pada minit ke 85, Izzaq Faris cross kepada Irfan Fazail, tapi sepakan dia ketepi pulak..nasib baik Fakri alert dan score..Well, aku rasa majoriti rakyat Malaysia termasuk aku maki-maki si Fakri ni..He was so frustrating to watch..First touch, decision making out..Yes, dia ada speed and dia bersemangat atau bos aku kate SEXCITED, tapi setiap kali dia tackle buat aku risau..macam WCQ lawan Singapore, dia tackle double footed and kena red..Fakri ni ada temper sikit..bahaya..Well you still have a lot too prove to us Fakri..Score the winner in the finals, and u'll get the support..seriously..
So, time post ni ditulis, Indonesia belum lawan Vietnam..aku malas nak tengok game diorang..lantak diorangla..Harimau Muda tak kisah jumpa siapa pun..If kita memilih lawan, tandanya kita takut which we are not!! We are the defending champion and the King of ASEAN!! Bring em all!!!
-Tanah Tumpanhya Darahku-
No comments:
Post a Comment