Wednesday, December 28, 2011

Pre Season Games - The Usual Problem

Okay..probably ada yang tunggu recap part 2..tapi ni bukan recap part 2..Just another rambling rant from me..I just wanna talk about Pre Season Liga Malaysia..So, apa yang korang tau pasal pre season besides transfer window pemain import? How much do you know about player tempatan yang berhijrah? How much do you know pasal result friendly Pasukan-pasukan dalam Liga Super or Liga Perdana? How much yang korang tau through mainstream media iaitu TV and Newspaper?

Jawapannya mungkin lebih mendekati angka kosong kan? Probably kalau korang nak tau apa2, korang akan tengok kat Social Media macam Facebook, twitter or even blog macam yang aku buat ni..Betul atau tidak? satu kemudahan bila ada social media ni, FA negeri or Supporters Group boleh update dengan peminat dengan cepat dan pantas..Its a good thing..But itu aku tak perlu nak highlight sangat..The thing is, kenapa mainstream media tak berminat nak highlight pre season Liga tempatan?

Kalau kita tengok liga luar time pre season, diorang pun ada friendly macam kita jugak..Transfer window pun sama..But tengok coverage diorang camne kat media kita..TV, surat khabar, semua heboh..padahal friendly je pun..Game-game yang tak penting..Tapi dia punya highlight, mak aih, boleh penuh back page la (sukan kan kat page belakang)..Nasib baik ada sosial media dan online media..

So, kenapa benda ni berlaku? FA tak cooperate dengan media ke?or media yang tak minat sebab takde news value? tapi unity cup Kelantan vs Persebaya ada tunjuk..itu marketing strategy yang bijak dari Kelantan FA..FA lain? takkan buat friendly senyap2 je?Pre season memangla untuk build up team and naikkan fitness balik..tapi marketing department pun sepatutnya time ni dah start promote pasukan..Dah tau duit takde, time ni la nak promote..tarik peminat sebelum liga mula..tengok macam ATM..Siap buat press conference untuk perkenal pasukan..Sabah pulak, pegi melawat daerah2 untuk perkenalkan pemain supaya lebih rapat dengan peminat..

Media pulak..Aku pun media jugak..and i am trying to my best to help untuk up kan populariti liga Malaysia..but aku bukan bos, yet aku akan cuba the best i can..Media kena jugak bantu naikkan populariti liga Malaysia..game Liga Belgium yang takde orang nak tengok boleh tunjuk, tapi game friendly pasukan Liga Super tak nak tunjuk pulak..Ada orang Belgium ke duduk Malaysia ni? ke nak tunggu setiap negeri ada TV,radio n surat khabar sendiri baru nak buat? macam dulu Selangor punya game, orang Selangor boleh dengar kat Selangor FM..aku tau sebab aku pernah praktikal kat situ..probably setiap negeri kena ada media sendiri barula coverage dia lebih meluas..

Masalah coverage ni bukan perkara baru..memang dah lama..samada Liga Malaysia ataupun pasukan kebangsaan.. Tunggu final Piala barula semua canang konon diorang Media rasmi..time awal2 semua sibuk liga luar..Haih..Bilala nak berubah..So, kepada semua pengguna sosial media, gunakanlah sosial media yang ada untuk dapatkan berita-berita terbaru Liga Malaysia..nak follow aku kat twitter pun boleh..tapi korang kena tahanla aku punya tweet yang meraban sementara nak tunggu update pasal bola..haha..follow aku @NizamArchibald..promote sket!!haha..kepada semua pembaca, teruskan menyokong liga tempatan walaupun takde coverage meluas dari media!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment