Tuesday, December 27, 2011

2011 Recap - Part 1

Okay..Here's what you've been waiting for..Well, actually takdela dinantikan sangat pun..heh..Here's what happened dalam tahun 2011 ni.. 2011 dikatakan tahun terbaik untuk bola sepak Malaysia..why? Well, in case korang lupa walaupun korang tak sepatutnya lupa, kita memulakan tahun 2011 sebagai Juara Asia Tenggara lepas kita membantai Indonesia di Final Piala AFF 2010..itu adalah highlight tahun 2010, tapi mood dia dibawa ke 2011 sebab kita menang time hujung tahun..So, supposedly mood peminat bola sepak Malaysia tinggi..

Januari: 
Bulan Januari kita dipenuhi dengan banyak friendly match.. antara yang menjadi lawan kita adalah Singapura dan Thailand ( Skuad Olimpik)..Harimau Muda menang menentang Singapura tapi kalah pada Thailand..

Februari:


Skuad Juara ASEAN, Harimau Malaya menentang Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam.. Disebabkan main kat Shah Alam, so 2 player yang dah biasa main kat Shah Alam score..Captain marvel Safiq Rahim dan Amirul Hadi Zainal score untuk Harimau Malaya jinakkan team kesayangan Jet Li dan Jackie Chan 2-0..

Lepas tu, anak-anak buah Coach Ong Kim Swee memulakan journey diorang untuk ke London dengan perlawanan menentang Pakistan... Harimau Muda yang dah memang sedia hebat, dengan mudah kalahkan The Greenshirts 2-0..saja nak bagi sama banyak dengan abang-abang senior katanyee..


Mac:

Bulan ni kureng sket..sebab ntah camne , FAM yang bijak tak dapat cari negara yang nak friendly dengan Malaysia..So, dengan mudah, diorang pegi cari kelab kat Singapondan untuk adakan friendly dengan Harimau Malaya yang gempak..seri 1-1..Aku malas nak ulas banyak sebab ini bukan perlawanan yang sepatutnya untuk Juara ASEAN..

April dan Mei:

Tak banyak game melibatkan Harimau Malaya atau Harimau Muda sebab time ni busy dengan Liga Super..Cuma yang aku ingat adalah FAM menolak jemputan Arab Saudi untuk adakan friendly sebab ada game Liga Super..So, Arab Saudi buat friendly lawan Korea Utara kat Malaysia..FAM sanggup penatkan player untuk game lawan 2 Kelab Inggeris sebelum perlawanan Kelayakan Piala Dunia lawan Singapondan, tapi tak sanggup stopkan liga Super untuk friendly lawan Arab Saudi yang rajin masuk World Cup..Pandai kan FAM?

Jun: 
Ok, Jun best..banyak game..Jun dimulakan dengan Perlawanan Kelayakan Piala Dunia..Harimau Malaya sekali lagi jumpa team kesayangan Jet Li dan Jackie Chan..Perlawanan berlangsung kat Hong Kong untuk away..Kita seri 1-1..Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya score untuk Malaysia..

Dalam bulan ni jugak Harimau Malaya adakan perlawanan persahabatan di luar Klang Valley..Iaitu jauh di Pantai Timur..Harimau Malaya melawan Myanmar di Stadium Sultan Muhamad IV di Kota Bharu, Kelantan..Macam biasa, menang 2-0 jugak...Gol dijaringkan oleh Amirul Hadi dan Baddrul Bakhtiar.

Ok, itulah dia half untuk tahun ni..Untuk half lagi sampai ke hujung tahun, aku akan update korang lagi dalam next post..overall, untuk permulaan tahun 2011, dapat kita tengok Malaysia sangat mantap..Banyak kemenangan yang kita capai..tapi masalahnya tetap sama walaupun kita bergelar Juara ASEAN..promosi dari pihak Media (especially untuk friendly game dan kelayakan Olimpik) sangat mengecewakan..Kehadiran penonton ke stadium pun sama..Aku takkan ulas panjang2 setiap bulan, so kalau nak, korang boleh refer post2 aku yang lepas2..Untuk part 2, harap bersabar ye!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-



No comments:

Post a Comment