Wednesday, February 22, 2012

Review: Harimau Muda vs Jepun: Good bye London.

4-0. Maka dengan ini, berakhirla game kat laman sendiri bagi Harimau Muda.Ada lagi satu game, tapi kat Syria. So, pendek kata, game malam ni, game penutup bagi kita kat SNBJ. Lepas ni boleh fokus untuk defend Piala AFF Suzuki pulak. haha.

Ok, apa yang kita boleh dapat secara keseluruhannya daripada game malam ni. Dari observation aku yang datang agak awal ke stadium, stadium agak terisi malam ni. Crowd yang datang agak ramai for a mid week game. Aku dah pergi semua game qualifier olympic, dari 1st game lawan Pakistan lagi, so malam ni agak ramai yang datang. Some rumors spreading yang ada tiket2 free dihulur. Well, if ada duit, maybe people can provide free tickets. Maybe orang yang bagi tiket free tu ada niat baik untuk tolong bagi penuh stadium. But hopefully benda ni takkan selalu dibuat. Lama-lama nanti orang semua sibuk tunggu tiket free je. Better guna duit tu untuk tolong promote and tingkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia untuk datang support.

Ok, itu satu. One thing yang buat aku rasa seronok is most supporters bertahan sampai habis game. Walaupun dah kena 4 gol, mereka masih lagi stay. And apa yang impressive adalah bila dah dekat hujung game, semua orang follow chant 'Selamanya' budak-budak Ultras. Something yang tak pernah berlaku as i recall. Ultras or not Ultras, semua bersatu untuk menyatakan sokongan kepada anak-anak buah Coach Ong Kim Swee yang tak berbelah bagi. We may loose the game, but i see it as a morale win. Why? sebab nampak perubahan pada penyokong. Dari segi jumlah yang hadir dan semua bertahan sampai habis game. Dari segi penyokong, kita dah berjaya. Hopefully benda ni akan berterusan. 

Aku tak nak cakap pasal game sangat, that one, korang boleh baca kat paper besok okay? So, kepada semua penyokong yang hadir, terima kasih dan tahniah kerana hadir and support Harimau Muda. It was a wonderful journey. From Shah Alam to Bukit Jalil. We can say good bye to London now. Harimau Muda must learn all the mistakes from this journey and train harder to be better for the future. For all the supporter, remember this, " You dont need a reason to support the team, you just need PASSION".

-Tanah Tumpahnya Darahku-

1 comment:

  1. great post bro...im passionate enough utk sing along with UM throughout the match..
    hadirin mlm tu bole la digelar "SUPPORTERS" instead of "penonton" seperti slalu...
    SELAMANYA HARIMAU MALAYA

    ReplyDelete