Saturday, April 7, 2012

Review: TSAM vs FAM. Suruh Presiden Letak Jawatan dikira Derhaka Pada Sultan?

Annuar Musa kena gantung 2 tahun 6 bulan. Lepas tu kena bayar kos untuk mesyuarat. Part kena bayar kos makan minum and elaun untuk mesyuarat tu yang tak tahan. Dah macam FAM tak ada budget untuk organise mesyuarat. Haha.

Ok, let's stop this. So, now apa yang berlaku selepas ni? Berapa ramai lagi FAM nak gantung kerana mengkritik mereka?Siap presiden keluar statement lagi. So, hanya Presiden and Setiausaha Agung je boleh kritik. One thing is, no matter jahanam mana pun FAM, diorang berdua takkan kritik. Orang lain selain diorang akan kena ban habis-habisan. Biar jadi example. So, that means, orang dalam persatuan tak boleh kritik. So, that leaves orang di luar persatuan. maybe sesiapa yang kena ban tu boleh bersatu and buat coup de tat untuk jatuhkan Presiden and rombak FAM? Siapa yang buat macam tu and ada kredibiliti i'm sure akan dapat sokongan rakyat marhaen pencinta bola sepak Malaysia.

Lepas all the TSAM vs FAM saga, aku selak-selakla paper and tengok TV. Well, i can say ada penyokong dan pembangkang. Ada yang sokong dan ada yang bantah.Yang aku tau, penyokong supaya Presiden FAM letak jawatan lagi ramai dari orang yang bantah atau dalam erti kata lain sokong FAM. Adala interview kat TV3 yang buat vox pop orang ramai tanya apa pendapat pasal Himpunan 404. Kelakar tengok jawapan diorang. Jawapan orang yang tak tengok bola atau tak mengikuti bola sepak Malaysia. Sesiapa yang follow mesti tau kekejaman FAM selama ni. Dah berapa ramai kena ban sebab kritik benda yang betul, (once again aku nak ingatkan, aku tak sokong apa yang TSAM buat, tapi aku lagi tak sokong apa yang FAM buat selama ni). if kritik dari dalam tak boleh, what options are we left with? Ruang untuk berbincang memang tak adalah. If ada pun, memang tak jalan punya. So, that's why diorang buat demo. Nak bagi orang-orang kat dalam bangunan FAM tu sedar akan kemarahan rakyat marhaen yang mencintai bola sepak Malaysia.

And then, ada pulak golongan yang marah budak-budak macam aku yang dok kritik presiden FAM. Diorang kata golongan macam kitorang ni derhaka. Come onla pakcik. Kot ye pun dah tak sabar nak naik ke peringkat MT dalam parti, jangan tunjuk kebodohan. Kitorang tak menentang Sultan, kitorang menentang Presiden FAM. Ada dua perbezaan yang sangat besar kat situ. Bukan buat demo depan istana, tapi buat demo depan Wisma FAM. Two different things there! Golongan macam nila yang menjahanamkan Sukan. Mencampur adukkan politik dengan Sukan. Adoi.

So, apa kesimpulannya.Aku pun tak tau. TSAM dah tak boleh buat apa-apa. Actually, semua yang dalam FAM tak boleh buat apa-apa. Yang kat bawah takut kena ban, so tak boleh nak buat apa-apa. Aku faham, if kena ban, nak bagi makan anak-bini camne ye dak? Nak harapkan yang kat atas, memang diorang takkan buat apa-apa. So, that leaves us, orang luar FAM untuk ajar. What should we do? Any ideas people?

-Tanah Tumpahnya Darahku-

2 comments:

  1. datang stadium utk stiap game,bawak mesej "FAM Rombak"

    pakai baju shirt anti FAM.

    ReplyDelete
  2. Naaah. No point. Dah pernah orang buat. Even siap buat banner. Kena buat something bigger.Orang-orang FAM ni sangat degil.

    ReplyDelete