Monday, May 21, 2012

Tendang Tuesday: Nazmi Faiz Mansor Signs for S.C Beira Mar


Tengah aku sibuk main twitter, sambil main PES, sambil main FB, sambil dengar lagu, aku dikejutkan dengan tweet dari penulis Sokerleaks bahawa Nazmi Faiz Mansor dah sign contract dengan SC Beira Mar. Aku dah macam " What the tuuuut?" Seriously? Aku rasa macam tak percaya. Aku pun cer gugel pasal berita ni. Punyalah bersepah aku cari info. Finally aku bukak website Beira Mar sendiri. And sah! Nazmi Faiz Mansor dah sign kontrak dengan Beira Mar! What an awesome news!



Ok, fine, mungkin korang tak paham bahasa portugis. This is where Google translate digunakan ye kawan-kawan semua. Headline dia berbunyi begini "Nazmi menandatangani kontrak dengan Beira Mar". Terima kasih google translate. But, the important news is that, finally, we have a Malaysian playing in one of Europe's best league! Well, probably ramai akan kata "alah, Liga Portugal je pun. Kelab bawah pulak tu". Oi, SC Beira Mar main liga utama Portugal ok? Ingat senang ke nak dapat main kat Europe? Plus, Nazmi dapat atas usaha gigih dia sendiri. Dia pergi trial pun sebab ada scout tengok dia main bagus dalam S-League. Suatu kisah dongeng bukan sahaja untuk Nazmi Faiz, but kepada seluruh rakyat Malaysia.

Nazmi Faiz, before Sukan SEA, tak ada siapa pun kenal dia. Main untuk Harimau Muda B. Lepas tunjuk prestasi cemerlang dalam competition di Vietnam, beliau dibawa masuk ke skuad Sukan SEA selepas ramai tonggak utama Harimau Muda A injured. Lepas tu, dia dah tak pandang belakang. Now, dia dah sign contract dengan S.C Beira Mar. Aku nak tulis apa pun, aku tak tau. I'm too excited with this news!

For now, dia belum main skuad utama lagi. But it's okay. I know Nazmi akan berusaha untuk masuk ke skuad utama S.C Beira Mar and he will play for Beira Mar in the Portuguese League. Mark my word. Apa yang kita rakyat Malaysia perlu lakukan adalah berdoa untuk kejayaan Nazmi. He deserved it. Hopefully pengalaman dia di S.C Beira Mar akan membawa sinar kepada Harimau Malaya. Plus, S.C Beira Mar ada announce kata diorang berminat dengan 3 orang lagi player dalam Harimau Muda A and will announce bulan Ogos nanti. Hopefully semua akan terima nasib yang sama macam Nazmi. 

To, Nazmi Faiz or some calls him Nazmi Bieber ( aku pun tak tau kenapa), Good luck and give it your best. Jangan pernah mengalah dan kekalkan semangat Harimau Malaya. Kami di Malaysia akan terus doakan kejayaan anda and hopefully lepas ni Astro boleh tunjuk Liga Portugal ye! 

-Selamanya Harimau Malaya

4 comments:

  1. Great Dude.......i love a didicated blog for Harimau Malaya !

    ReplyDelete
  2. Ole ole Nazmi Faiz Mansor....i wonder what the portugese will call them...Mansor ? " Now Mansor gotta the ball....and he score GOAL..GOAL PORTOGOAL !!! Syoknye ake tak le tido beb....macam aku yang gi Beira Mar

    ReplyDelete
  3. keh keh keh sebut jugak tu penulis Sokerleaks. bangga i kejap.haha nice entry!

    ReplyDelete