Wednesday, May 9, 2012

Wednesday Wiki: Nazmi dan S.C Beira Mar




Hari ni kecoh dengan news bahawa pemain tengah Harimau Muda yang menjadi fenomena selepas menunjukkan permainan cemerlang pada Sukan SEA 2011, Nazmi Faiz Mansor telah dilamar oleh kelab Portugal. Ramai yang tertanya tanya kelab mana Nazmi bakal main? ada ura-ura kata bekas kelab Cristiano Ronaldo. Maka ramailah yang teka kata Sporting Lisbon. Ada jugak yang malas nak ambik tau, takut macam kes dulu, banyak rumors but in the end tak ada apa pun.

But now, secara rasminya dah keluar statement bahawa Nazmi Faiz telah berjaya menarik perhatian kelab Portugal, S.C Beira Mar dan akan pergi menjalani pemilihan di sana Ahad ini. I must remind you that ia hanya selection. Belum konfirm masuk lagi. Bukan nak menjatuhkan or apa, takut ada yang mengharap and then end up mencaci macam kes Safee Sali dan Safiq Rahim. Kes Nazmi ni lain sikit. Apa bezanya? sama je, selection jugak you say? no, sangat berbeza. Nazmi dipanggil apabila ejen dan scout kelab tersebut melihat permainan beliau di liga Singapura. Safee dan Safiq dipanggil atas kapasiti owner Cardiff rakyat Malaysia.




S.C Beira Mar kini menduduki tangga ke-12 daripada 16 pasukan di Liga Sagres Portugal. Antara bekas pemain terkenal yang pernah bermain di kelab ini adalah Eusebio dan Antonio Sousa. Tak kenal siapa Eusebio? Dia digelar Black Panther dan antara tonggak utama Portugal dan Benfica dahulu. S.C Beira Mar bermain di estadio Municipal de Aveiro. Apa yang menariknya jersi utama pasukan ini sama macam jersi Harimau Malaya. Nickname mereka adalah Auri Negros atau dalam bahasa Inggeris Gold and Blacks.



If nak kata kelab ni tak top, ingatlah ini kelab Eropah. Boleh jadi tempat yang bagus untuk Nazmi mempelajari benda baru dan meningkatkan tahap permainan beliau. One thing pasal generasi sekarang adalah aku rasa mental toughness diorang lebih dari player dulu. Aku tak rasa Nazmi akan rindu nasi lemak or roti canai Malaysia if dia dapat main sana. Lim Teong Kim pernah cakap, dulu time Akmal Rizal main kat Eropah, dia lack mental toughness. Aku rasa Nazmi wont be like that.

Nazmi ada talent and youth on his side. Dia mesti menggunakan peluang ni sebaiknya. Jangan balik unless untuk melawat keluarga time pre-season. Dalam erti kata lain, gunakan peluang tu sebaiknya dan dapatkan kontrak bermain di sana. Jangan  balik empty handed. Kami di Malaysia tahu anda boleh melakukannya dan buktikan anak Malaysia bukan calang-calang. Kita dah mampu sampai ke angkasa lepas, jadi kita mampu juga bermain di Eropah. Hoki dah layak ke Piala Dunia Remaja, dah sampai masa bola sepak tunjukkan belangnya.

Kepada Nazmi, kami mendoakan kejayaan anda. We believe in you and we will support you all the way! do your best, and make us proud! Selamanya Harimau Malaya!

-Tanah Tumpahnya Darahku-


No comments:

Post a Comment