Final Piala FA England dah lepas. Liverpool vs Chelsea. Penuh semua kedai mamak and kedai makan yang pasang big screen. Member aku selaku tokey stall DAM Burger kat Setapak tersenyum girang. Customer ramai. Supporter Liverpool dan Chelsea yang aku sure bukan datang dari area Merseyside atau London memenuhi semua meja yang ada. From Rasta TTDI sampailah ke A.Malik di Setapak penuh dengan baju merah dan biru. Habis game, Chelsea menang 2-1. Baju biru gembira, baju merah hampa. Tokey kedai A-Malik Setapak sampai kena pukul.
Well, aku bukan nak highlight pasal final FA Cup. But apa yang aku nak highlight adalah kegilaan rakyat Malaysia terhadap bola sepak di England. Ya, England. Tak boleh nak sebut eropah. Sebab berapa ramai yang tengok Final Copa Del Rey kalau Real Madrid dan Barcelona tak bertemu di final? Berapa ramai yang tengok final Italian Cup? French Cup? German? So, kebanyakan peminat bola sepak di Malaysia berkiblatkan England. That is why bila apa-apa, kita akan comparekan dengan EPL. Tak habis habis kita target nak player Malaysia main EPL. Tak dapat EPL, Championship,League One or Two England jadilah. Maybe sebab kita pernah dijajah oleh British, maka dengan itu kita lebih tertumpu kepada England.
England memang dah lama diikuti oleh rakyat Malaysia, dari zaman Liverpool kuasai liga, ke zaman Manchester United dan Fergie Fledgling, Arsenal melalui whole season unbeaten, Chelsi jadi Chelski dan sekarang Man City bakal kuasai liga. Setiap tahun, liga England bertambah menarik. Menarik tak bererti terbaik. Apa sebenarnya tarikan Liga England sampai kita tergila-gilakan player di sana? Maybe ada yang boleh kita laksanakan di Malaysia?
Well, first adalah kehebatan mereka mempromosikan brand Liga mereka. Aku suka berfikir dari sudut marketing. Produk tak hebat tak apa, asalkan marketing bagus. kalau marketing kau bagus, kau boleh jual aiskrim kat kutub utara dan jadi jutawan. Kenapa aku kata marketing atau promotion mereka bagus? Well, kalau relegation dog fight diorang pun boleh buat kita teruja, padahal bukan team besar, meaning marketing strategy mereka berjaya la kan? Wigan,QPR, Bolton, Blackburn. Kita boleh kenal player mereka lebih dari player kebangsaan kita. Mereka menjual produk mereka dengan bagus. Setiap perlawanan dipromosi dengan bagus, contohnya, setiap season kita disogokkan dengan promo menarik setiap kali ada pertembungan di antara big 4. Kadang-kadang 2 minggu sebelum game pun dah promo. Biarpun in the end game macam tahi, seri 0-0 atau menang 1-0 kerana own goal pun dah mampu buat semua kedai mamak penuh dan semua kedai makan yang baru nak bukak, terkial kial pasang astro.
Pernah kita kisah Cologne kena relegate? Kita tak kisah pun apa jadi kat La Liga unless berkaitan dengan Real Madrid dan Barcelona. Kita tau tak Malaga sekarang macam Man City? Paris St Germain di Ligue One Perancis pun berhabis banyak, beli Javier Pastore, dan cuba memulakan revolusi walaupun sekarang Montpellier lead, bukan Lyon, Marseille atau Lille, tapi Montpellier, tapi kita tak inzal pun?Serie A, Juventus dah berjaya menjulang scudetto ke 30 mereka mengatasi AC Milan, berapa kerat je yang ghairah sambut? Borussia Dortmund yang kekalkan kejuaraan season lepas dengan cemerlang? belum kira liga Belanda yang Ajax menang lagi or Liga Belgium yang balik balik tengok kat berita TV3 pasal Anderlecht je.
So, itu bermakna promosi EPL sangat bagus. Satu benda yang perlu dikaji, dipelajari dan dipraktikkan di Malaysia i think.Bukan aku suruh promosi maksudnya aku nak suruh diorang terpacak duduk TV tengok. Well, maybe pada orang yang jauh atau rakyat Malaysia di luar negara. But cuba kita jadikan setiap pertembungan tu satu benda yang menarik. Media kena mainkan peranan. Kita pernah buat masa Final Piala Suzuki, Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura dan Final Sukan SEA. Masa tu kedai makan penuh dengan jersi Harimau Malaya, Stadium Bukit Jalil dihadiri 100,000 penyokong walaupun kapasiti sebenar yang boleh sumbat adalah 80,000 orang. Keghairahan tu ada, tapi mati kat situ je. FAM atau Astro Arena perlu wujudkan satu divisyen khas untuk promosi game di Malaysia. Ini balik balik pun highlight bila team atas bertemu sesama sendiri macam Singapura lawan Selangor, Singapura lawan Kelantan. Dah macam tak ada modal. No, kalau kau pandai market, kau akan dapat cari info berguna untuk promosikan setiap perlawanan. Banyak fakta dan history yang boleh dicari, pendek kata jangan malas. Tapi tanggungjawab bukan sekadar di tangan FAM dan media. FA negeri pun kena mainkan peranan. Letak sekurang-kurangnya satu billboard di setiap daerah di negeri masing-masing. Bagi info perlawanan minggu tu. Peminat mungkin boleh buat zine dan edarkan di stadium Bagi peminat dan penyokong rasa close dengan team. Biar mereka rasa mereka sebahagian dari team tu. Kelantan ada buat semua tu.
Kalau rakyat Malaysia boleh kena player dari kelab bawah EPL macam Wigan, Wolves, QPR, Norwich, Swansea bahkan dari Championship macam Cardiff City, Leicester City, Swindon bahkan Brighton and Hove Albion, tak ada sebab untuk kita tak boleh jual produk atau brand kita sendiri. Kita sekarang dah ada player import, kemasukan Singapondan sedikit sebanyak memberi kelebihan dari segi promosi untuk Liga Malaysia. ATM yang sekarang dah macam Man City pun membantu ditambah pula dengan Sime Darby menjadi kelab pertama layak ke Final Piala FA. Semuanya dah tersedia, cuma tak ada orang atau tak ada usaha untuk menjualnya atau create brand bagi promote Liga Malaysia. I would be honored kalau aku diberi tugas tu, tapi kini aku hanya mampu tolong kat sini je. Well, all football lovers yang menyayangi bola sepak Malaysia, if diorang tak nak buat, kita buat. Kita tolong promote. If ada individu yang rajin, buat Video dan post kat facebook. Bloggers, kita buat preview, review untuk game. Bagi history, biar supporter kenal the player and dapat knowledge pasal liga Malaysia. Work together and we will succeed. Au Revoir.
-Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment