Monday, June 18, 2012

Nazmi, Beira Mar dan Penumbuk Sulung




Pagi Ahad yang tenang. Aku bersiap untuk pergi kerja. Ya, aku bekerja di hari Ahad. Orang lain sedang enak diulit mimpi, aku dah bangun mandi, panaskan enjin dan bertolak ke PWTC. Sambil konon mendengar seminar agama, aku sempat bukak surat khabar, sebab seminar tu dalam Bahasa Arab, dan memang Bahasa Arab aku A1 time SPM. Paper pertama aku bukak adalah Harian Metro atau Metro Ahad. Metro ni dah memang aku tau tabloid. Front page mesti nak meletup sebab nak jual surat khabar diorang. I was shocked. Sebesar-besar alam, cerita pasal Nazmi Faiz dengan perempuan. Adoi.

Selepas settlekan kerja, aku dengan pantas drive ke Stadium Shah Alam untuk tengok match Malaysia U22 vs Qatar U22. Tapi match pukul 4.30pm dan aku sampai ke Shah Alam pukul 2.30 pm. So, aku singgah ke Stadium Melawati untuk tengok Cheer Competition dulu. Walaupun aku tak paham apa-apa pasal routine Cheerleading ni, aku duduk jelah tengok untuk support adik kawan aku. Sambil tu, jenguk twitter. Macam-macam tweet keluar pasal front page Metro Ahad. Of course la mostly mengutuk tindakan Metro sebab keluarkan cerita tak berfaedah.

Aku terlambat ke match sebab tunggu result Cheerleading. Aku masuk je stadium, aku tengok score board. Wah, Malaysia dah leading 1-0. Aku tengok kat tengah padang. Eh? Aku salah game ke? Aku tengah tengok bola ke tinju? Aku yang agak lost bersorak gembira bila orang bagitau seorang player Qatar kena red card. Dia punya seronok memang tak ingat dunia. Aku pun terus ke tempat duduk aku sambil membelek twitter dan nak update bagitau apa yang berlaku. TIba-tiba aku terbaca pulak tweet cakap Nazmi pun kena red card! Aku terus tengok ke tengah padang. Shit! memang Malaysia pun main 10 orang and Nazmi tak ada. Aku terus blame Metro.

Aku yang agak lost masih fikir apa jadi dan siapa score gol Malaysia. Aku tanya semua orang siapa score. Semua kata tak tau. Even some budak UM. Tapi bila tanya kenapa Nazmi kena red card, semua tau. Rupanya si Nazmi pergi tumbuk player Qatar lepas player Malaysia kena tackle. Gangster budak Nazmi ni. Maka, game bersambung dan Qatar mula mencuba nak dominate perlawanan. Tapi Malaysia tambah lagi gol melalui Rozaimi Abd. Rahman. Pergi youtube, tengok budak ni dribble player Cina. Gila mantap. Malaysia menang 2-0.




After a few days, aku baru dapat tengok video Nazmi tumbuk player Qatar tu. Entah apa yang rasuk Nazmi sampai dia sanggup berlari dari tengah padang untuk tumbuk player Qatar tu. Betul marah dia. Maybe player Qatar tu provoke time perlawanan sampai buat Nazmi cari point nak kenakan. I don't know. Hanya Nazmi boleh jawab. Probably the pressure, ditambah pulak dengan gossip dekat Metro Ahad. Yelah, kalau orang sebar cerita kau, kau pun konfirm mengamuk kan?

Persoalannya, kenapa pada perlawanan terakhir Nazmi sebelum dia berangkat ke Portugal, perlu Metro sebarkan berita macam ni? That kid is starting his journey in Europe and trying to make the nation proud but yet you are trying to make him fall. Apa ni oi? Don't you have like ghost and sex news to publish rather than ruining the career of an 18 years old kid who is trying to make the country proud?

Ada suara yang mengatakan bahawa, Nazmi patut biasakan diri sebab kat Europe lagi teruk. Well, matlamat tak menghalalkan cara. Let's say, aku hisap ganja, lepas tu polis tangkap aku, and aku jawab, jiran depan rumah aku ambik heroin or any drugs yang lagi teruk, korang rasa polis tu lepaskan aku and tangkap jiran aku tak?

Plus, kita sesama Malaysia, perlu ke kita nak jatuhkan sesama sendiri? Why can't we just cherish the moment and be proud of him? Why not you write about his journey? You see how the Korean and Japanese press when Park Ji Sung and Shinji Kagawa were signed by Man United? Did they publish stories about Park and Kagawa's private life? I don't think so.

So,kepada Harian Metro, salam jari tengah kepada anda. Sudah-sudahlah busuk hati kat orang. Ubahlah cara penulisan korang. Fokus on real news. Banyak lagi news kat luar tu untuk korang tulis. Banyak lagi orang susah yang boleh korang tolong. Tolong orang, bukan jatuhkan orang. Please,please.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment