Wednesday, June 20, 2012

Tendang Thursday: Save KLFA



Hari Selasa yang lepas, perlawanan di antara KL vs Kelantan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Hang Jebat yang merupakan Home sementara pasukan KL terpaksa dijalankan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV kerana ketiadaan wang untuk host home game. Hasil jualan tiket perlawanan ini KAFA serahkan kepada KLFA atas usaha untuk menyelesaikan krisis kewangan yang dihadapi oleh KLFA. Persoalannya, adakah setiap perlawanan Home game Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai The City Boys akan diadakan di venue Away? Dan berapa banyak pula team sanggup membantu KLFA? Aku tak rasa semua akan tolong kerana setiap pasukan (kecuali beberapa seperti Kelantan) mempunyai masalah kewangan mereka sendiri.



Ini satu perkara yang menyedihkan dan memalukan bagi pasukan yang terletak di Ibu negara Malaysia dan dikelilingi syarikat-syarikat gergasi tetapi tidak mampu mencari penaja untuk menjana kewangan? Ia seperti seorang manusia yang bekerja di kilang F&N tapi mati kehausan. Apakah tiada inisatif atau usaha dari pihak KLFA untuk menyelesaikan krisis kewangan ini? Jika ada, nampaknya usaha itu masih tidak cukup dan perlu lebih effort. Seriously.



KL sebelum ini ada ramai player berstatus bintang. Azman Adnan, Safee Sali, Lim Teong Kim,Subadron Aziz, Azrul Amri Burhan, Shebby Singh dan antara yang latest adalah Yong Kuan Yong yang ada di dalam skuad Ong Kim Swee ketika Harimau Muda menang pingat emas bola sepak Sukan SEA 2011 yang lepas. Striker utama negara, Safee Sali pun pernah bermain untuk Kuala Lumpur pada tahun 2003-2005.

Ketika Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Tan Sri Elyas Omar menikmati zaman gemilang di mana menang Piala Malaysia tiga kali berturut-turut iaitu dari 1987-1989. Kali terakhir Kuala Lumpur memenangi piala adalah pada tahun 1999 di mana mereka menang Piala FA.



Persoalannya, bagaimana pasukan seperti Kuala Lumpur boleh mengalami masalah kewangan? Kuala Lumpur boleh dikatakan antara sleeping Giant dalam Bola sepak Malaysia? Adakah Kuala Lumpur akan mengalami nasib yang sama seperti Leeds United dan Nottingham Forest di England? Both team merupakan antara gergasi di liga bola sepak England suatu masa dahulu dengan bergelar juara liga dan Eropah terutamanya Nottingham Forest yang bergelar Juara Eropah 2 kali berturut-turut ketika dipimpin Brian Clough. Sekarang Nottingham dan Leeds tidak lagi bermain di liga utama, tetapi tersekat di Liga Championship, namun ada tanda kebangkitan terutamanya dari Leeds yang sebelum ni menanggung kerugian besar di bawah Peter Risdale. Leeds kini sedang bermain di Liga Championship di England dan berusaha untuk naik ke EPL selepas bermain di League One selama 3 tahun.

Sama dengan apa yang bakal terjadi kepada KL. Kuala Lumpur dikatakan bakal jatuh bankrap dan ada rumours mengatakan KLFA akan bubarkan pasukan kerana kekurangan dana. Jatuh ke liga perdana itu sudah pasti selepas KL tak menang dalam semua perlawanan Liga Super tahun ni. Tapi untuk disband team kerana tiada dana itu utter bullshit. Diharap perkara ini mampu diselesaikan dan KLFA akan put more effort untuk mencari dana. Be creative. Ramai anak kota yang mahu membantu tapi tidak tahu bagaimana caranya. Jangan duduk di ofis goyang kaki sahaja, keluar dan reach out kepada semua anak kota di luar sana. Semoga KL akan dapat diselamatkan.

Save KLFA

2 comments:

  1. Banyak bekas Pemain KL dah berkelana di luar negara. Lim Teong Kim kini menjadi jurulatih Belia bawah 19 FC Bayern Munich di Germany. Baru baru ni Pulak, Shebby Singh dilantik menjadi penasihat global Dan Pengarah bola sepak Blackburn rovers FC yang baru je kena relagated ke liga championship di England. Ramai jugak bekas star KL yang menjadi coaching staff untuk pasukan lain. Azmin Azram Abdul Aziz kini jurulatih pen jaga gol Selangor, Abdul ghani Malik kini assistant coach Sime Darby FC, raja azlan shah raja shoib kini bernama MSN tak silap, Jadi technical director. Yang lain entah ke mana. Alangkah baiknya jika bekas Pemain tersebut menerajui KLFA. Sekarang ni KLFA dipolitikan, stadium digadaikan. KLFA harus sedar Bahawa, Mereka tidak boleh berharap pada Geran FAM Dan DBKL. Mereka harus berusaha untuk cari sponsor. Bukan satu je sponsor, tapi Kalau boleh SAMPAI 10 sponsor. Baandaraya Kuala lumpur yang tersegam indah dikelilingi dengan bangunan tinggi yang menempatkan syarikat syarikat badan kerajaan, syarikat multinasiaonal Dan juga syarikat antarabangsa. Malah tidak satu pun yang Maju hulurkan sumbangan. Apa salahnya donate atau sponsor sedikit Kepada bola sepak KLFA yang menjadi kebanggan buat Semua Rakyat Kuala Lumpur pada satu ketika dahulu. Tak salah nak beli club cardiff city FC ke queens park rangers ke, tapi ingat Dulu, yang kita ni orang Malaysia. Invest dekat Malaysia Dulu, barulah pergi global. Disinilah kita dilahirkan, tanah tumpah darah kita sendiri. So to you all CEOs, big businessman in KL, or in Malaysia, please Save KLFA! I'm sure if you donate some money, your businesses will become more profitable and you will be proud of KLFA with your company logo on the team's jersey. Ayuh anak KL, mari kita unite bersama, mari kita pertahankan KLFA Dari dibubarkan. Mari kita selamatkan stadium keramat KLFA di Cheras. Mari kita buat poster SAVE KLFA Dan tampalkan di seluruh tempat Awam di KL. mana tau budak budak pavi tu sedekah sikit ke. Poster ni boleh la kita tampalkan dekat bus, taxi, bus stop, kita juga boleh buat charity drive ke supaya kesedaran Rakyat KL tu dapat dirasai.

    Tan Sri Elyas Omar Patut dilantik menjadi Presiden Kehormat KLFA, Shebby Singh, Safee Sali boleh jadi Duta KLFA atau ambassador. Abdul Rashid Hassan Dan Jamsari Sabian boleh Jadi coach penjaga gol, manakala mat zan mat aris yang dipecat Terengganu boleh Jadi head coach atau manager. Dengan kembalinya bekas Pemain KL, mungkin KLFA Akan digeruni lagi seperti dahulu.

    Kepada admin website KLFA tolong lah update website tu. macam mana nak attract fans Kalau info pun dah lapuk.

    Akhir kata, Save KLFA. SAMPAI MATI KUALA LUMPUR. KUALA LUMPUR TETAP DIHATI!

    ReplyDelete
  2. Pada 26 June 2012, Sudah pasti lah pasukan Kuala Lumpur, ibu Kota negara Malayisa, Akan Bermain di Liga Premier Musim hadapan. Berbaki tinggal lima perlawanan, Dan Tiada sebarang kemenangan diperolehi Musim ini di liga super, maka pihak pengurusan KLFA harus berbuat Sesuatu yang serious untuk memantapkan jentera pasukan untuk Musim hadapan. Semua individu Dari presiden hingga lah ke Pemain harus bertanggungjawab. KLFA buat masa ni Hanya perlu menghabiskan baki perlawanan liga, Dan di harap selepas Tamat liga, pihak Klfa perlu mencari penaja untuk Musim hadapan. Masa amat panjang bagi Mereka Dan tidak Ada Alaskan bagi Mereka untuk kata masa diberikan amat suntuk. Mereka tidak Akan layak ke Piala Malaysia. Justeru, liga premier yang Hanya Akan bermuda Awal tahun depan, KLFA mempunyai masa yang Banyak untuk mencari penaja. Harap Mereka memanngil Semula Kidman Man Zan Mat Aris untuk Jadi head coach. Atau pun manager. Saya rasa manager klfa Musim ini tidak Ada credibiliti.
    Untuk Pemain import pula, ambil lah Pemain disekitarkan ASEAN atau Asia. Jangan lah ambil import awang hitam afrika yang murah tu. Pemain Asia Dan ASEAN Banyak berkualiti. Majukan bola sepak Asia Dan ASEAN. Diharapkan Musim hadapan KL Akan Jadi kuat Dan Mampu memberi cabaran, Dan boleh naik Semula ke liga super Musim berikutnya.

    ReplyDelete