Tuesday, June 5, 2012

Wednesday Wiki: Selamatkan Kuala Lumpur FA


Aku resah sepanjang malam. Penat. Walaupun puas gelak ketawa lepas tengok premiere Madagascar, tapi aku rasa something tak best. Walaupun aku tidur lambat, aku bangun awal. Aku bangun terlampau awal for my liking. Aku terus pergi ke PC. Bukak twitter. Suddenly, terbaca something tak best. Team KL nak dibubarkan. Read that correctly. Dibubarkan. Bukan diturunkan ke Liga FAM or anything, but terus dibubarkan. Gone. Tak ada. Nada. Kapish! And i was like DAFUQ???

Ini kah nasib bekas Juara Piala Malaysia 3 kali?Bubar terus? Disband? Rupanya dah berbulan gaji player tak dibayar? Presiden KLFA Dato' Astaman Aziz kata, kalau tak dapat sponsorship atau bantuan kewangan, konfirm KL akan disband. DAFUQ? Oi! Aku tengah try untuk tak mencarut this week, but benda ni dah buat aku mencarut 2 kali dalam satu entri. Apa ni? oi! Apa ni??

Aku boleh main blame game kalau nak, tapi pusing-pusing kena batang hidung sendiri jugak. Aku jugak yang salah. Aku tak pergi tengok game KL. Ye, main kat Melaka, tapi kenapa aku tak cukup passionate enough untuk pergi? Kenapa? WHYYYYY?? Orang lain boleh pergi, kenapa aku tak boleh nak pergi?Apa aku buat selama ni? Ye, aku banyak berblog pasal Harimau Malaya, tapi coverage untuk team tempat lahir aku sendiri, aku tak buat. Apa ni? Aku tulis untuk Goal.Com, tapi aku tak pernah cover game KL? PKNS and Selangor aku cover, Singapore aku cover, tapi kenapa aku tak pernah ada effort untuk KL?Sial!

For now, aku hanya mampu berblog. Nak tolong dari segi financial, aku bukan seorang berpangkat besar. Paling kuat pun mungkin aku dapat sponsor 10 orang untuk tengok game KL. Tapi sampai bila aku nak bagi tiket free dan buat orang gembira dengan tiket subsidi tanpa hidupkan passion di hati diorang. Aku mengaku aku tidak setegar budak-budak KL Ultras. Aku tak sampai tahap diorang yang sanggup pergi game Home(yang tak berapa nak Home) dan Away bersama KL. Aku tak pernah pergi Stadium Hang Jebat tengok KL main. Aku just tengok kat TV or paling kuat tengok game diorang kat Stadium SNBJ masa lawan Selangor itupun atas kapasiti media.Aku tak cukup passionate. Aku sedih. Maafkan aku KL.

Mungkin dah tiba masanya. Selagi aku boleh berjuang. Aku akan cuba. Hari tu aku dah try bangkitkan isu Stadium Cheras. Now, rupanya KLFA sendiri perlu dibantu. Tapi aku tak mampu buat benda ni sorang. Aku perlukan bantuan dari seluruh anak KL. Anak KL, korang tak nak ke tolong KL? Sampai bila kita nak tolong Manchester United, Liverpool dan kelab-kelab Eropah yang dah sedia kaya? Sampai bila kita nak abaikan team yang ada depan mata kita, yang cuba sedaya upaya nak naikkan nama KL? Team yang kalau menang Piala, kita jugak yang bangga? Anak KL, sampai bila kita nak berkiblatkan Eropah bila ada anak-anak muda depan mata yang boleh kita sokong saban minggu di stadium? Kalau bukan kita tolong, siapa lagi?


Kredit kepada facebook.com/thecityboys dan kualalumpurultras.blogspot.com


Nak harapkan syarikat besar, memang taklah. Diorang ni duduk je kat KL, tapi duit ke Kelab Eropah. Aku tak tau itu salah diorang, atau salah KLFA tak pandai cari penaja. Stadium kosong tak ada penyokong, salah siapa? Aku tak nak main blame game lagi. Aku tak nak. Benda tu takkan settlekan apa-apa. Now tengah giat Kempen Selamatkan Kuala Lumpur FA.Daripada sibuk main tunding jari, ada baiknya kita sama-sama unite dan tolong KLFA. Kalau kita boleh Unite bila tengok game EPL, mungkin dah sampai masanya kita lupakan yang kita supporter MU, Liverpool, Arsenal,Chelsea hatta Man City or any other clubs and try to help a team in our own backyard. A team that we should be proud of. Jom anak KL! Kita Selamatkan KL! How? For now, i don't know any other thing than unite. Aku akan try dapatkan update and give info on how kita boleh tolong. Mungkin fund raising or any other thing. Atau korang sendiri boleh bagi cadangan. I have a hand, and you have another. Put them together, and we become stronger. Anak KL, jom selamatkan KLFA.

-Sampai Mati Kuala Lumpur-

9 comments:

  1. tahniah :D harap dapat bersua dengan kamu satu hari nanti di stadium bersama. :)

    ReplyDelete
  2. Bole xx isu kan pekara ni kpade ahli politik.. Nak pilihanraya ni.. Cuba try :) ak bg cdagan jee.. Slah silap hrap dtgur bukan dcaci :)

    ReplyDelete
  3. gua orang pahang, tapi tobat pon gua sedih kalo KLFA team dibubarkan atas sebab takdok pitih, haram jadah, apa yg KL punya politikus buat utk bantu KLFA, mane pergi semua org2 kaya KL yg sanggup melabur duit di eropah tp tempat sendiri haram jadah taknak sappot...

    ReplyDelete
  4. Cadangan? Give them awareness... post up lebih banyak pasal game KL juga pasnih dalam blog ko. Ramai follower pe.... sikit sebanyak mana la tau sangkut sowang dua, pon kire terbaik dah tuh... kan? hehe.. just cadangan la.

    ReplyDelete
  5. Dekat kuala lumpur ni sebenarnya Banyak tau syarikat. Ada glc, Mnc, sme pun Ada. Syarikat besar kecil Semua Ada. Syarikat luar negara pun Ada. Tapi kenapa kl, ibu Kota negara Malaysia, tak Ada satu sponsor pun? Setakat nak mintak geran Dari FAM and dbkl memang berzaman lah. Ni tahun 2012? Abad ke 21. Ni Bukan liga amateur. Team liga FAM pun Ada sponsor. Ni kl duk dalam liga super pun Susah nak secure at a least satu sponsor. Apa cer? Serious, kl ni Banyak kot company. Saya cadangkan agar presiden, timbalan Dan naib presiden Dan Semua exco klfa agar pergi ke satu syarikat let say, maxis lah kan. Since maxis punya headquarters sebelah KLCC. Pergi ke pejabat maxis, buat pengenalan apa klfa ni, apa achievement klfa then mintak la sponsor. Tak payah Banyak. Mintak 100,000 pun cukup. Then pergi lah company lain Contoh proton ke. Atau mana mana company yang dekat kl atau lembah Klang ni lah kan. Serious lah sponsor penting kot. Klfa kena convince kan company ni yang Mereka Akan dapat pulangan yang Banyak dengan Hanya memaparkan logo company Mereka di depan jersey klfa.

    ReplyDelete
  6. Cari sponsor sikit sikit, lama lama Jadi lah bukit. Kalau satu company dah sponsor 100,000 ringgit. Bayangkan Ada Lima sponsor. Dah setengah juta dah. Tambah Geran 500,000. Dah sejuta. Tak payah mintak Banyak. Mintak je sikit sikit. Pergi cari Banyak company. Mesti Ada yang nak sponsor tu. lama lama kangtung KLFA pun berjuta juta la. Kita buat small step Dulu. Mana tau, satu hari klfa Jadi team terkaya dekat Malaysia, ASEAN, Asia, dan juga dunia. Tapi start kecil kecil Dulu la.

    P/s: teringin nak tengok Nike sponsor jersey kl.

    ReplyDelete
  7. Mohon pihak KLFA update website Mereka. Website KLFA tak Banyak info. Team liga premier punya website pun lagi update. And mohon Letak email KLFA dekat website tu. macam mana sponsor nak contact Kalau email pun tak Ada. -_- Kalau boleh wujudkan twitter KLFA. Facebook dah Ada dah. Kalau Ada twitter lagi bagus. Kalau mak attract fans, KLFA kena lah guna social media.

    ReplyDelete
  8. mana nak cari jersi KLFA, baru nak menyumbang =D

    ReplyDelete
  9. Sekarang musim 2015,KL kembali bernafas.Ditaja oleh syarikat automobil nasional,Proton...satu perkembangan yang bagus.Apapun special thanks to bro admin KL Hawks Die Hard Fans yg bersusah payah membentuk kembali taem musim 2015 ni.Dorang yang memainkan peranan dari segi perubahan management dan menarik sponsor...Salute kat dorang,very low profile...korang boleh like page fb KL Hawks Die Hard Fans

    ReplyDelete