Thursday, September 27, 2012

Jersi nombor 10. : Part 1

       



          "Mak, Mokhtar pergi kelas dulu ya?"
          Mokhtar terus sarung kasut dan berlari pecut ke keluar. Tanpa sempat menyalam tangan ibunya, Mokhtar bergegas menunggang motor. Mak Mah hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai anak lelakinya seorang itu. Nasib baik sempat dia memasukkan bekal nasi lemak ke dalam beg anak bujang kesayangannya itu.

...............................................................................................................................................................

          Sudah 2 tahun sejak kerajaan Megalopolis mengharamkan sukan bola sepak. Semuanya terjadi kerana berlakunya rusuhan besar-besaran antara penyokong dua pasukan terbesar Megalopolis iaitu Borussia Fussball dan Real Calcio. Rusuhan itu memakan nyawa seramai 200 orang dan mengakibatkan kerugian besar terhadap Megalopolis. Semuanya berpunca apabila ayam tambatan Borussia Fussball, Abdul Ghani menjaringkan gol dalam masa kecederaan dalam final Piala Megalopolis. Penyokong Real Calcio mengatakan Abdul Ghani berada dalam posisi offside sedangkan dia tidak.Pemain-pemain Real Calcio yang kelab mereka merupakan juara sebanyak 55 kali Piala Megalopolis tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil dan bergaduh di atas padang. Panas di padang merebak ke penyokong. Tak lama kemudian, ia merebak ke seluruh negara. "Football is more than just a game" kata seorang jurulatih tersohor bola sepak England, dan pada hari ini ia terbukti apabila ianya bagaikan satu agama hingga mampu membawa kekacauan.

................................................................................................................................................................
         "Hoi!"
          Mokhtar tersedar dari lamunan.
         "Kau nak main ke tak nak?" Tanya Redhuan.
         "Sabarlah kejap sial, aku tengah ikat tali kasut ni". Jawab Mokhtar.
         "Pundek apa ikat tali kasut lama nak mampus, ke kau nak aku ikatkan?Hahahah!"
         "Babilah kau. Hahahaha!" Jawab Mokhtar dan terus bangun.
          Redhuan dan Mokhtar merupakan rakan baik yang sama-sama kehilangan bapa mereka dalam insiden berdarah itu. Mereka yang berkongsi tarikh lahir yang sama begitu akrab dan bagaikan adik beradik. Bapa Redhuan, Hassan Sani merupakan antara pemain bola sepak terhandal ketika zaman bola sepak masih dikira permainan halal di Megalopolis.

         "Hari ni kita lawan team mana Wan?" Tanya Mokhtar
         "Lawan team Gajah Mada. Katanya hebat team ni dalam scene underground area 33" Redhuan jawab.
         "Ah, kau ni ye ye je. Minggu lepas kau cakap macam tu jugak. Last-last kita titik diorang 14-0".
         "Hahahaha. Betullah diorang terer, tapi kita lagi terer. Hahahahahhaa!"
...................................................................................................................................................................

          Sejak bola sepak diharamkan, ramai yang mula menubuhkan liga underground kerana terlampau minat dengan bola sepak.Kebanyakan pasukan yang menyertai liga underground ini terdiri daripada golongan belia. Sememangnya bola sepak merupakan permainan yang 'berhantu' hinggakan hukuman berat yang kerajaan Megalopolis kenakan untuk sesiapa yang terlibat dalam sukan bola sepak boleh dipandang enteng oleh golongan ini.

         Mokhtar dan Redhuan antara yang aktif dalam liga ini. Mereka dan beberapa kawan rapat menubuhkan Borussia Calcio, iaitu gabungan peminat Borussia Fussball dan Real Calcio yang tidak gemarkan keganasan yang berlaku. Rekod mereka setakat ini, 18 perlawanan, semua menang dengan Mokhtar merupakan penjaring terbanyak dengan 10 gol.

...................................................................................................................................................................
         "Woi, korang ni nak kutuk kitorang pun berlapiklah sikit. Time nak kickoff ni korang kutuk?Memang cibai ah korang ni kan."

          Mokhtar dan Redhuan memang selalu begitu. Orang kata mind game. Membuatkan fokus lawan hilang kerana terlampau marah. Setakat ini, memang taktik mereka berjaya, dan untuk kali ni, mereka berjaya lagi. Borussia Calcio menang 5-0 dengan Mokhtar menjaringkan hatrik.

        " Mokh, aku dapat berita budak Inter Juve kena sumbat dalam penjara semalam. Dia kantoi dengan bond". Kata Zainal, rakan penyerang Mokhtar untuk Borussia Calcio.
        " Ye ke?makin ramai dah aku rasa kena sumbat sekarang. Kita ni selamat lagi ke?" Tanya Redhuan.
        "InsyaAllah selamat. Setakat ni okay je. Kita janganlah menonjol sangat. Lay low je." jawab Mokhtar.
        "Aku tak taulah Mokh. Aku takut jugak ni. Karang kalau kena sumbat, sia-sia je."
        "Nal, kita kena buktikan yang bola sepak ni bukan benda haram. Kau tau tak, bola sepak ni sebenarnya boleh jadi medium untuk menyatukan manusia. Cuma kadang-kadang kita emosi terlebih. Sebab tu jadi rusuhan tu. Kita kena bersihkan imej bola sepak ni balik!"

(Bersambung)

1 comment:

  1. kenapa aku baca cerita ni dan rasa macam ada elemen 'the hunger games'?

    anyways... can't wait for part 2. ngee...

    =)

    ReplyDelete