Thursday, December 13, 2012

Review: Thailand vs Malaysia

Kita gagal ke final. Kita gagal pertahankan mahkota kita. Kita gagal membalas dendam kepada Singapura. Aku rabak. Ye, aku rabak. Aku sedih. Aku kecewa. Aku marah. Dari saat ref melayangkan kad kuning kepada Fadhli Shas, aku dah mula maki ref. Kesalahan pertama pada minit ke-8. Terlalu awal untuk melayangkan kad kuning. Kesalahan tu sebenarnya cukup sekadar sepakan percuma dan amaran. Tapi pengadil nampak terlampau gembira untuk melayangkan kad. Tak lama selepas itu Mahali pulak dapat. Sama jugak, kesalahan pertama. Aku dah mula mencarut. Celaka betul ref ni. Dekat nak habis first half, bala menimpa. Fadhli Shas dilayangkan kad merah. Dari segi hukum, ya dia boleh dilayangkan kad kuning sebab cuba menanduk pemain lawan. Ya, bola sepak semakin pondan. Kesalahan bodoh sebegitu memang boleh dilayangkan kad. Itu satu hakikat yang perlu kita terima. Tapi jika ref bijak, dia tidak perlu layangkan kad, cukup sekadar amaran. Tapi mungkin ref ni gembira dapat kad baru, so dia pun layangkan kad kepada Fadhli Shas.

Bila mula saat ni, RG telah melakukan satu kesalahan. Satu benda yang RG ni aku nampak, adalah dia kadang kala terlampau yakin dengan pemain dan taktikal. Aku pergi friendly lawan PDRM. Dalam game tu, Raja cuba bermain dengan 10 orang. Apa yang menariknya, dia keluarkan Fadhli Shas, sama seperti apa yang terjadi dalam game tadi. Dia letakkan Amar di posisi CB. Sama macam tadi bukan? Adakah RG cuba copy apa yang dilakukan oleh Italy ketika berhadapan dengan Sepanyol di Euro 2012? Ada beza lawan friendly dengan PDRM dan perlawanan Semi Final menentang Thailand. Kekuatan pasukan dan tekanannya berbeza. Sepatutnya RG masukkan Faizal atau Zubir dan alihkan Bun ke tengah. Dalam perlawanan seperti ini, kesilapan taktikal membawa padah. Sama seperti ketika di SNBJ apabila RG cuba mencari gol kedua dan mengubah formasi ke 4-4-2 sedangkan 4-5-1 sudah cantik ketika itu.

Biarpun kita marah dengan ref, kita perlu salute Thailand. Mereka memang layak ke Final. Mereka bermain dengan hebat. Mereka menjaringkan gol dalam setiap game atau orang putih kata 'Scoring for fun'. Ya, mereka melayan kita dengan buruk dan juga mungkin kad merah Fadhli Shas memudahkan lagi kerja mereka, tapi mereka sememangnya kuat. Datsakorn mengawal permainan dengan baik dan Teerasil tenang di depan pintu gol. Thailand mempunyai keyakinan untuk menang. Mereka tahu mereka ada keupayaan untuk menang. Lihat hantaran mereka. Lihat cara mereka mengawal bola. Lihat first touch mereka. Lihat cara mereka membuka permainan, menukar dari satu side ke side yang lain. Mereka bermain dengan penuh disiplin dan keazaman. Tahniah kepada Thailand.

Kepada Rajagobal, sudah sampai masa pasukan dibina bukan lagi di sekitar Safiq Rahim. Dari perlawanan pertama, aku tidak melihat Safiq mampu memikul jawatan kapten lagi. Tiada kata motivasi, tiada inspirasi yang diberikan kepada rakan sepasukan. Bagi aku, sudah sampai masa posisi Safiq digantikan dengan Baddrul Bakhtiar. Baddrul rajin,kreatif dan pandai control tempo. Lihat saja Sukan SEA 2011. Bahkan, penyokong Indonesia sendiri mengatakan bahawa Indonesia perlukan pemain bijak seperti Baddrul. Sudah-sudahlah pilih anak emas tu. Kalau berani drop Safee, beranikan juga drop Safiq. Juga, hantarlah scout atau turun sendiri ke stadium melihat perlawanan liga. Baru tau siapa perform dan tidak perform. Turun juga ke match pihak lawan untuk melihat kelemahan dan kekuatan mereka. Ada masanya kita boleh yakin dengan pasukan sendiri, tapi bukankah lebih baik jika dikaji juga corak permainan pihak lawan? Pengurus ternama seperti Alex Ferguson juga turun untuk scout pemain dan juga pihak lawan, jadi kenapa RG tak nak buat?

Aku juga tau akan mula suara suara yang suruh RG panggil Nazmi Faiz untuk main. Tidak. Jangan panggil dia lagi. Dia masih dalam proses belajar di Portugal. Dia belum naik ke 1st team Beira Mar lagi. Biarkan dia di sana. Kalau nak panggil, panggil Irfan Fazail. Letakkan Irfan,Badd dan Gary dalam satu team. Sukan SEA 2011 dah nampak betapa hebat kombinasi 3 pemain ni.

Ya, aku boleh tulis panjang lagi. Aku boleh membenci. Aku boleh mengeji. Tapi cukuplah. Aku tau, marah macam mana pun, Harimau Malaya tetap team aku. Aku tetap akan turun ke stadium. Aku tetap akan sokong. Kepada RG, repairlah team ni sebelum kelayakan Piala Asia 2015. Banyak benda nak kena repair ni. Kalau kau nak orang sokong Malaysia dan percayakan kau, droplah anak emas tu.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

5 comments:

  1. hai.. nice review from u. n i trus follow u bile baca url awk. same to me. sy memang frust sesangat.smpai menangis sensorg bile hotfm buka lagu selamanya Harimau Malaya pg tadi. tp i mmg takkan berhenti dari menyokong HM. semoga lps ni team kita akan lebih mantappp!

    ReplyDelete
  2. aku setuju dengan ulasan ini. jom baca ulasan tentang perlawanan ini dari kaca mata aku pulak. http://shaymaggo.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. setuju...Irfan Fazail & Baddrol adalah kapten bawah 22 &23..Dah la Amri & Indra yg lbih experience pun x disenaraikan,kapten plak bg kat Safiq..kali terakhir kita berdepan situasi kekurangan pemain adalah ketika menentang China,dan Safiq totally lost control terhadap emosi rakan sepasukan..

    Tak setuju bab Nazmi Faiz tu...walau die HANYA beraksi utk pasukan remaja Beira Mar,dia cukup utk mengatasi standard bola sepak Asia Tenggara..buktinya,sebelum ke Beira Mar dia beraksi sgt hebat mengemudi barisan tengah Malaysia.kalau dibandingkan antara Irfan,Nazmi,Baddrol & Safiq,saya nampak Nazmi sgt jauh mengatasi yg lain.Safiq berada di tempat ke3,jika berada di tahap terbaiknya..

    solusinya,we hav to start put our trust on our young stars macam Irfan,Nazmi,Wan Zaharulnizam,Wan Zack,Rozaimi utk membarisi skuad utama negara SEKARANG, supaya kita akan memiliki pemain2 "experienced & seasoned campaigner" menjelang Piala Asia 2015 nanti yg berusia bawah 27 tahun..bukannya baru nak buat debut kejohanan pada umur 30!

    dalam masa sama,jangan buang SEMUA pemain veteran..masih ada pemain yg masih ada stamina tinggi dan konsisten menjaringkan gol seperti Amri Yahyah,Indraputra dan Hai-O..pengalaman mereka dan ketenangan mereka diperlukan dlm perlawanan2 bertekanan tinggi seperti peringkat kalah mati.juga utk mengawal tempo..

    Bab anak emas tu aku sokong sgt..kehadiran Shakir Shaari & Azamuddin Akil diharap petanda akan lebih ramai lagi pemain yg deserves tempat dlm skuad HM akan dipanggil lepas ni..
    antara nama2 yg saya cadangkan ialah:

    -Norfarhan Mohd
    -Badri Razi
    -S Subramaniam
    -P Vinod
    -Zairo Anuar Zailani

    *bukan nak suruh masuk,cuma cadangan je.kalau ada yg lebih baik,teruskan la.

    ReplyDelete
  4. copy paste macam kt sokerleaks je...

    ReplyDelete
  5. Celaka betul sokerleaks tiru! Natang!

    P.s: Tengok nama penulis blog ni dengan penulis entri kat sokeliks.

    ReplyDelete