Tuesday, December 11, 2012

Preview: Malaysia vs Thailand Round 2

Perlawanan berkesudahan seri 1-1 di SNBJ. Kita tidak tewas. Ya, away goal itu mainkan peranan. Persoalannya, kenapa belum mula bertarung, ramai yang sudah meramal bahawa Malaysia akan tewas? Banyak suara yang tiba-tiba muncul dan menjadi tukang tilik nasib dan bomoh. Pandai betul mereka meramal. Kita tidak tewas di SNBJ. Kita seri. Siapa kata kita tidak boleh menjaringkan gol di Thailand? Adakah mereka ada mesin masa dan telah pergi ke masa hadapan untuk melihat perlawanan tersebut?

Sangat kelakar apabila ada sesetengah pihak ini, bila pasukan EPL mereka ketinggalan, mereka yakin pasukan mereka akan buat come back dan menang perlawanan. Biarlah ketinggalan 1-0,2-0,3-0, hatta 4-0 sekalipun. Itu masa tengah perlawanan tu mereka yakin lagi. Ini belum mula perlawanan lagi dah hilang keyakinan. Apa cerita? Bahkan, pihak media pun seakan menganggap keputusan seri di SNBJ sebagai petanda kita akan tewas di Thailand.

Tidak bolehkah jika kita terus berfikir secara positif dan bersikap optimistik? Semasa kita tewas 3-0 menentang Singapura pun dah ramai yang meramal kita akan terkeluar dari peringkat kumpulan lagi. Tapi lepas kita menang menentang Laos 4-1, tiba-tiba tukar ramalan. Ramai betul Nostradamus dalam masyarakat kita. Ke kita semua ni macam orang Mayan boleh main ramal-ramal ni?

Apa kata kita tukarkan pemikiran negatif itu dan terus menyokong pasukan Malaysia. Ada lagi 90 minit atau lebih jika perlawanan ke masa tambahan. Ingat, Porto menyingkirkan Manchester United di Stadium Old Trafford dalam perjalanan mereka ke final dan menjulang Piala Juara Juara dulu. Kita merangkul pingat emas Sukan SEA di tempat lawan, jadi kenapa kita tak boleh buat jugak untuk Piala AFF kali ni? Dengan sokongan padu dan doa dari kita di Malaysia, tiada yang mustahil. Jadi, jangan putus harapan. Teruskan menyokong Harimau Malaya!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

3 comments:

  1. encik nizam,
    mungkin kerana mereka yang pesimis nie terlalu berharap yang bola di malaysia ni sudah sangat maju
    hingga terlupa we are still finding ways to move ahead of the rest in south east asia.

    i hope we will fight for the place in the final.

    and that win shall give the fans another one more chance to chant, yel yel (LOL) at our very own BUKIT JALIL!

    keep on putting your entry here son!

    ReplyDelete
  2. Yakin BOLEH, insyaAllah BOLEH
    Yakin TAK BOLEH, insyaAllah TAK BOLEH
    Main kena Yakin
    Sokong kena Yakin
    Bola bulat, kalau tak yakin kalahlah kita
    Tapi kalau yakin boleh menang, insyaAllah MENANG la kita
    Yang penting kena yakin then main dengan terbaik
    Saya dambakan Harimau Malaya tunjuk permaianan bermutu
    Dengan kemenanagan 2-1 insyaAllah
    Go For It !!

    ReplyDelete
  3. HM TETAP BOLEH. CUMA KEKALAHAN KEPADA SINGAPURA MERUPAKAN SATU KESILAPAN KEPADA RG. HM BAGAI PAKU NAK DITUKUL DULU BARU MASUK. ANDAI BUKAN KEMARAHAN PENONTON/PENYOKONG SEMANGAT JUANG PEMAIN HM TAK AKAN BERKOBAR. JUSTERU JANGAN MENUDING JARI KEPADA PENYOKONG KERANA TANPA PENYOKONG YANG MEMBERIKAN KERITIKAN HM TAK AKAN BANGKIT SEPERTI SEKARANG. TERUSLAH MEMBERI SOKONGAN TERHADAP HM...

    ReplyDelete