Friday, February 11, 2011

Dari Kajang ke Jawa Barat: The Story of Safee Sali


Isnin ini, bermulalah lembaran baru bagi seorang wira. Pemergian Safee Sali ke Indonesia Super League menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat-peminat bola sepak tempatan. Ramai yang menyokong namun ada juga yang membantah. Pihak yang menyokong kata bagus die pergi sane sebab boleh menimba pengalaman, yang membantah pulak cakap pergi Indonesia same je macam main kat Malaysia, baik xpayah pergi. Personal opinion aku ialah, elok die pergi sementara ade peluang. Apatah lagi Kelab-kelab Indonesia main dalam AFC Champions League berbanding team-team Malaysia yang masuk AFC Cup pon taknak sebab takut terlampau banyak game kena main dan sebab kite takde player import. So, Safee, pemergian kau aku restui.



Safee Sali, anak kelahiran Kajang, Selangor ini dilahirkan pada 29 Januari 1984. Pemain yang sering memakai jersi nombor 10 ini pernah bermain untuk pasukan Kuala Lumpur (2003-2005), Sarawak (2005-2006) dan Selangor (2006-2011). Penggempur utama Skuad Harimau Malaya ini telah menjaringkan sejumlah 20 gol  untuk Skuad Harimau Malaya dalam 45 penampilan untuk Skuad Harimau Malaya (ini termasuk untuk skuad under 23). Perlawanan senior pertama Safee Sali untuk pasukan senior Harimau Malaya adalah menentang New Zealand pada 19 Februari 2006. Beliau menjaringkan gol pertama untuk skuad kebangsaan dalam perlawanan kedua menentang New Zealand.



Safee Sali menyarung jersi keramat nombor 10 yang pernah dipakai oleh legenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari, untuk Selangor dan Malaysia, malah akan turut memakai nombor yang sama untuk Pelita Jaya. Safee telah menggondol anugerah penjaring terbanyak kejohanan untuk Pestabola Merdeka 2008 dan Piala AFF Suzuki yang lalu.


Tiga gol jaringan Safee Sali yang membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kali tidak akan dilupakan seluruh rakyat Malaysia. Penyerang berbadan sasa ini boleh dikatakan striker Malaysia yang paling hampir dengan Allahyarham SuperMokh, rembatan kaki kirinya ketika on the run dalam perlawanan kedua Final menentang Indonesia mengingatkan kita kepada jaringan-jaringan yang pernah dilakukan oleh Allahyarham SuperMokh. Buat Safee Sali, good luck untuk karier anda di Indonesia. Naikkanlah nama Malaysia di sana dan semoga anda kembali ke Malaysia sebagai pemain yang lebih hebat. Kami rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda di sana!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

No comments:

Post a Comment