Malam semalam, Malaysia dengan jayanya menewaskan Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam. Kedua-dua gol boleh dikatakan 'Made in Shah Alam' kerana kedua-dua player adalah pemain Selangor yang biasa bermain di Stadium Shah Alam iaitu Safiq Rahim dan Amirulhadi. K. Rajagobal menggunakan taktik yang bijak dengan bermain passing football dan mengabaikan hantaran jauh dan bola tinggi kerana ketinggian pemain2 Hong Kong.
Aku dan 3 orang teman telah berada di Stadium dari pukul 4 untuk membeli tiket (walaupun pukul 5 barula diorang terhegeh2 nak jual). Setelah selesai makan dan solat, dalam pukul 7.30 kami masuk ke dalam Stadium. Friendly ni ramai jugak tengok berbanding zaman-zaman sebelum kita menang Piala AFF Suzuki dan semua yang datang menyokong Malaysia. Kalau friendly yang melibatkan team-team besar memang ramai macam masa lawan Manchester United, Chelsea, Brazil, tapi berapa ramai yang sokong Malaysia?
Ultras Malaya seperti biasa memeriahkan Stadium, namun sorakan mereka kadangkala ditenggelamkan oleh Pasukan Rebana Selangor. Personal opinion aku ialah, mereka patut bergilir-gilir. I'm not against Selangor or Pasukan Rebana Selangor, tapi aku lebih prefer sorakan berbanding paluan gendang sebab sorakan lebih memeriahkan dan menaikkan semangat kerana dalam sorakan ada kata-kata semangat. Walaupun jumlah mereka lebih sikit berbanding ketika Final di Bukit Jalil Disember lalu, sorakan mereka sepanjang 90 minit tetap bermakna.
Safee Sali disambut bagaikan hero dalam perlawanan malam tadi. Walaupun dia tidak menjaringkan gol, dia akan tetap dikenang sebagai hero Malaysia kerana membantu Malaysia menang dala Piala AFF yang lalu. Dia juga diberikan sambutan bagaikan hero kerana menjadi Pemain eksport pertama Malaysia ke Liga Super Indonesia. Apa yang membanggakan adalah setelah habis perlawanan, Safee berlari mengelilingi stadium sebagai tanda penghargaan kepada penyokong. Sekali imbas, dah macam ini perlawanan terakhir Safee pulak.Haha.
Malaysia sebenarnya memiliki banyak peluang untuk menambah jumlah jaringan tetapi tiang menjadi penghalang. Antaranya cubaan Safee Sali dan S. Kunanlan. Walaupun fizikal pemain-pemain Hong Kong lebih besar dan tinggi termasuklah seorang pemain import, Malaysia tetap berjaya menewaskan mereka sekaligus membenam mitos kita tak mampu menang dengan pasukan berfizikal besar. Corak permainan Malaysia dan keyakinan pemain-pemain Harimau Malaya memang hebat. Menggabungkan passing game dan skil, mungkin K. Rajagobal peminat Arsenal atau Barcelona.
Apa yang agak mengecawakan aku adalah, dalam perjalanan pulang ke rumah, aku bukak semua radio yang ada, dari Hitz.FM ke Muzik FM, takde satu pon yang bercerita pasal kemenangan Malaysia. Mane pergi tagline radio Harimau Malaya? nampak sangat diorang ni poser. Entah-entah tak tau pun ada game Malaysia malam ni sebab sibuk nak tengok England vs Denmark or Perancis vs Brazil. Memangla team yang kita lawan tu Hong Kong tapi supportla bola sepak Malaysia. Padahal masa lepas Piala AFF, semua sebok nak jadi Radio rasmi Harimau Malaya. Hak tuih! Selagi media kita macam ni, susah untuk kita memajukan bola sepak kita. Apa-apa pun kepada semua yang datang ke Stadium dan menyokong Harimau Malaya, You're the best and RM20 well spent!
-Tanah Tumpahnya Darahku-
No comments:
Post a Comment