Tuesday, February 15, 2011

Dimana Siaran Langsung?


Hari Sabtu yang lepas merupakan hari di mana rakyat Malaysia menjadi saksi kepada jaringan menarik Wayne Rooney dalam perlawanan derbi Manchester..Tapi berape ramai yang tau pada hari yang sama, ade perlawanan derbi yang berlangsung di Malaysia? Derbi Lembah Klang yang menemukan jiran setempat Kuala Lumpur dan Selangor yang juga menjadi perlawanan terakhir Safee Sali untuk Selangor. Selain perlawanan itu, ada lagi perlawanan yang menarik, antaranya seperti Perak bertemu Negeri Sembilan, Kelantan melawan Johor FC dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak perlawanan tersebut, cuba teka, game mane yang ade live kat TV? Habuk pon takde!!

Kita ade RTM, Media Prima dan Astro sebagai saluran TV di Malaysia (tidak mengambil kira TV Al-hijrah kerana ia menumpukan kepada agama). Jadi sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku. Di mana peranan media yang semasa pasukan Harimau Malaya ke pentas final Piala AFF berebut nak siarkan? Media-media yang bila World Cup dan Euro sibuk berebut nak jadi Saluran Rasmi, tapi bila Liga Super buat bodoh. Sabtu lalu tidak kedengaran suara 'merdu' Haji Hasbullah Awang mahupun ulasan penuh selamber "macam berborak dengan member" Zainal Abidin Rawop. Yang kedengaran hanya ulasan pengulas dari England untuk perlawanan Manchester United VS Manchester City.



Kalau dulu, RTM merupakan penyiar rasmi untuk Liga Super. Maka kita dihidangkan dengan rancangan-rancangan bual bicara seperti Sebelum Wisel dan Wisel Penamat untuk kita mengetahui maklumat mengenai pasukan kegemaran kita. Tapi, semenjak Astro mengambil alih hak sebagai penyiar rasmi Liga Super, tiada lagi rancangan-rancangan sebegitu di RTM. Adakah RTM merajuk? Astro pula dah macam melepaskan batuk di tangga. Apa logiknya Astro Arena menyiarkan perlawanan hoki ketika ade perlawanan Liga Super yang sedang berlangsung? adakah kerana takut rating rendah kerana bertembung dengan Manchester derby? Jika Astro tidak bersungguh-sungguh dalam hal ni, lebih baik hak penyiaran dipulangkan semula kepada RTM atau berikan kepada syarikat lain yang lebih berminat. Astro mempunyai banyak saluran, untuk sukan sahaja, mereka ada Astro Arena, Astro Supersport1,2 dan 3. Tak kan satu pon tak boleh tunjuk game Liga Super Malaysia? Kenape FIFA Under-20 punye game boleh tunjuk?



Astro dan RTM dan mungkin Media Prima bersama dengan FAM dan MSL sepatutnya duduk berbincang mengenai perkara ini. Peranan media dalam menaikkan imej bola sepak Malaysia sangatlah penting. Rakyat Malaysia kini sudah mula acknowledge bola sepak Malaysia semenjak kemenangan di Piala AFF Suzuki yang lalu. Rakyat sudah mula mahu mengambil tahu mengenai pasukan kebangsaan dan negeri masing-masing Inilah masanya untuk media memainkan peranan. Jangan biarkan semangat ini lupus dek kerana masalah-masalah sebegini. Kalau susah sangat, wujudkan satu saluran khas untuk menayangkan bola sepak Liga Super ini. Mungkin satu saluran baru yang indipenden yang tidak bergantung kepada Astro, RTM mahupun Media Prima yang memang khusus untuk Liga bola sepak Malaysia. Kami rakyat Malaysia mahukan yang terbaik untuk bola sepak Malaysia. Kepada penggiat media di Malaysia, dengarkanlah keluhan kami yang tidak seberapa ini. Berikanlah yang terbaik demi bola sepak Malaysia.

-Tanah Tumpahnya Darahku-


No comments:

Post a Comment