Blog ini diadakan khusus untuk menunjukkan kecintaan dan menjadi catatan untuk permulaan baru pasukan emas harimau Malaya yang bangkit kembali..
Sunday, February 20, 2011
Preview: Malaysia U-23 vs Pakistan U-23: First Step to London
Rabu ini bermulalah perjuangan pasukan bawah 23 negara dalam langkah menuju ke London 2012. Untuk sesiapa yang pernah miss entri sebelum ni, Malaysia akan menentang Pakistan di Stadium Shah Alam, Rabu ni. Anak buah Ong Kim Swee sudah semestinya mahu mengulangi sejarah wira-wira terdahulu yang berjaya layak ke Sukan Olimpik. Setakat ini Malaysia hanya layak dua kali ke Olimpik iaitu pada tahun 1976 di Munich dan 1980 di Moscow, namun Malaysia menarik diri dari Olimpik Moscow di atas dasar politik. Skuad yang dianggotai pemain-pemain ternama seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Wan Jamak dan ramai lagi masih tidak dapat ditandingi lagi.
Persediaan untuk perlawanan kelayakan Olimpik ini sudah dimulakan sejak Januari lagi dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Thailand (tewas) dan Singapura (menang). Pakistan walaupun menduduki ranking yang lebih rendah dari Malaysia, tidak boleh dipandang enteng. Dalam bola sepak, apa-apa mungkin terjadi. Bak kata pepatah, Bola itu bulat. Anak buah Ong Kim Swee sudah semestinya tidak boleh tewas. Berbekalkan pengalaman mereka bermain di Slovakia dan juga sebilangan dari mereka yang bermain dalam Skuad senior Harimau Malaya, mereka sepatutnya mampu menewaskan skuad The Green Shirts ini tanpa masalah.
Dibantu oleh pemain-pemain seperti penjaga gol no.1 negara, Khairul Fahmi Che Mat, Perancang Kedah, Mohd Faizal Abu Bakar,penyerang Kedah Ahmad Shakir Mohd Ali dan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Fakri Saarani, Malaysia sudah semestinya lebih mantap berbanding Pakistan. Namun kecederaan yang menimpa penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris sudah semestinya merencatkan sedikit perancangan Ong Kim Swee.
Kelibat Wan Zack Haikal sudah semestinya dinanti. Kehebatan beliau yang sering dikatakan oleh Ong Kim Swee dinanti dan diharapkan mampu menjadi tunjang utama Skuad Harimau Muda ini. Apa-apa pun diharapkan peminat-peminat Skuad Harimau Malaya akan memenuhi Stadium Shah Alam, Rabu ini untuk memberi semangat kepada pasukan kebangsaan kita. Marilah kita meneruskan sokongan kepada mereka. Dengan adanya sokongan berterusan, Perjalanan ke London ini mampu direalisasikan!
-Tanah Tumpahnya Darahku-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment