Tuesday, April 19, 2011

Kebanggaan Malaysia...


Hari ni telah dikhabarkan bahawa 3 orang pegawai FAM telah dilantik menganggotai beberapa jawatankuasa dalam Konfederasi Bola Sepak Asia,AFC..pegawai-pegawai tersebut ialah Naib Presiden FAM,Dato' Hamidih Mohd Amin (AJK Pertandingan AFC), Dato' Astaman Abdul Aziz (AJK Pengadil AFC) dan Ednan Othman (AJK Tatatertib AFC)..

Ini merupakan satu penghormatan bagi Malaysia kerana ia membuktikan kredibiliti dan kebolehan pegawai-pegawai FAM..Walaupun bukan FIFA, tapi AFC pon kire besarla jugak..Asia tu..benua terbesar..3 orang pulak tu..kalau setakat sorang mungkinla tak berape nak bangge..tapi ni sekali 3 orang..tapi Malaysia memang top sebenarnya..Sebelum ni wakil FAM pertama yang dilantik adalah bekas Penolong Setiausaha FAM, Datuk Nyap Kim Yeong..

Sebelum ni kita ade Subkhiddin yang jadi referee dalam pertandingan-pertandingan anjuran FIFA dan AFC..Bahkan ada pengadil kita di liga Indonesia..so, memang terbukti kemantapan kita dalam pengurusan bola sepak..tapi tak semua ye..walaupun aku puji, tapi aku puji sebab ini satu penghargaan..masih tetap ade kelemahan dalam FAM ok..so,sekarang kita tunggu Skuad Harimau Malaya pulak untuk membuktikan kehebatan kita dalam bola sepak..

No comments:

Post a Comment