Sunday, October 30, 2011

JADUAL KELAYAKAN PIALA ASIA U-19 2012 : KUMPULAN F


KELAYAKAN PIALA ASIA U-19 2012 : KUMPULAN F

31 October 2011 16:00
MALAYSIA-VIETNAM Thong Nhat Stadium

... 02 November 2011 19:00
LAOS-MALAYSIA Thong Nhat Stadium

06 November 2011 16:00
MALAYSIA-DPR KOREA Thong Nhat Stadium

08 November 2011 16:00
MYANMAR-MALAYSIA Thong Nhat Stadium

Saturday, October 29, 2011

Review: Penutup TIrai Liga Bola Sepak Malaysia 2011

Ye..maka dengan ini tamatla Liga Bola Sepak Malaysia untuk 2011.. Sebagai penutup tirai, kita disajikan dengan pertembungan best Terengganu lawan Negeri Sembilan..Well, ramai orang termasuk aku sendiri rasa Terengganu boleh menang..tapi macam biasala, bola itu bulat ditambah lagi dengan gemuruh main kat Final Piala paling berprestij di Malaysia..

First half, dah nampak Skuad Jang mengasak bertubi-tubi..Dari kiri kanan, crossing datang..Memeningkan kepala pertahanan Terengganu..Pace Kajang Express, S Kunanlan, trickery dan workrate yang mantap dari Shahurain dan ketenangan dan ketegapan Hai O..Kucar kacir defend Ganu..Tapi Ganu pon hebat juge..Ashaari, Manaf, Hadi, Joseph Kalang, bila dapat bola, passing dan movement diorang cantik..diorang dah dapat baca pergerakan masing-masing..Tapi 1st half berakhir 0-0..

Sambung second half..Mula-mula Negeri Sembilan nampak macam nak teruskan plan diorang dengan mengasak habis-habisan..tapi Terengganu plak yang nak mengganas..Habis diasaknye kubu Negeri Sembilan sampai pening Farizal, Aidil, Zamani n Irwan dan rakan-rakan..Akhirnya gol di pentas final muncul jugak..Manaf Mamat berusaha melepasi pertahanan Negeri Sembilan..Semangat dia memang mantap..passing pada Ashaari a.k.a Saha dan Saha terus rembat..Deflect kena kaki defend Negeri Sembilan, melambung melepasi jangkauan Farizal Marlias..1-0..

Negeri Sembilan dah mula pening..Terengganu terus menyerang..Punyela sedap berbalas serangan, sekali Negeri Sembilan dapat free kick..Free Kick Kuna takdela bahaya mana pun..Basic menjadi seorang GK adalah handling dan malam ni Sharbinee fail teruk,..dahla fumble cross dari free kick yang lemah, fumble sampai masuk dalam gol..adoi..1-1..

Lepas gol tu boleh nampak dah siapa akan menang..Negeri Sembilan makin bersemangat, Terengganu moral dah down..Memang biasa bila simple mistake macam tu boleh menjatuhkan moral pasukan..apatah lagi diorang dah terbayangkan piala..Negeri Sembilan terus asak, dan satu cross yang cantik disambut dengan lipat yang cantik dari Hai O..3 kali ke final dan 3 kali score..2-1..

So, dengan itu, Negeri Sembilan merupakan JUARA PIALA MALAYSIA 2011..Tahniah diucapkan kepada Coach Azraai Khor dan anak-anak buah dia..Kalau tengok performance, diorang layak menang..So, tahniah aku ucapkan..

Pada peminat bola sepak Malaysia, masih ada game lagi..jangan risau..Besok Skuad Sukan SEA kita akan bertemu Laos kat Stadium Shah Alam jugak..so marilah kita penuhkan stadium macam tadi!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Friday, October 28, 2011

Post Marah Final Piala Malaysia 2011

Ok..aku masih nak ulas pasal tiket final Piala Malaysia ni..ada yang setuju dan (ramai) ada yang tak setuju..Harga RM 50 untuk final?aku dah buat tinjauan dengan (boleh tengok kat link ni http://mobtv.my/current_affairs-329.html ) orang ramai berkenaan hal ni..ada yang kata tak patut sebab terlampau tinggi, ada yang kata tak sesuai sebab padang macam haram dan ada jugak yang kata mahal sebab taraf bola sepak kita belum capai standard eropah untuk letak harga melambung..Walau apa pun alasan diorang, ia tetap berpaksikan pada satu keputusan yang sama iaitu HARGA TIKET TERLAMPAU MAHAL..

FAM mula-mula bagi alasan kos membaiki padang..lepas tu tambah plak dengan alasan Persatuan Negeri setuju..lepas tu tambah lagi alasan untuk kos-kos lain..lepas semua alasan tu tak boleh pakai, diorang guna ayat pancing baik punye, " Pasukan kesayangan anda dah masuk final, takkan tak nak sokong, sokonglah pemain-pemain yang dah berpenat lelah"..ayat merayu + gertak pada supporter..Oi FAM bodoh, kalau diorang boikot Final tu, bukan sebab team diorang, tapi sebab korangla bahalol!!!  Maybe ada segelintir yang bukan penyokong kuat pun, yang jenis sokong bila masuk Peringkat Kalah mati atau even worse yang sokong bila final je..Tak percaya? Cuba perhati betul2, kenapa bila final n main kat SNBJ atau Shah Alam yang jauh beribu batu stadium mesti penuh..tapi bila main kat home ground time Peringkat Kumpulan, Stadium kosong? Tapi aku tak marah or salahkan supporter ni..Cuma diorang ni la yang akan menyebabkan supporter lain merana..Supporter yang dari awal sokong..Sebab diorang ni beli n tak kisah dengan tiket2 yang mahal yang dikeluarkan oleh FAM, supporter2 tegar yang akan jadi mangsa..Diorang mestila tak kisah, diorang beli time final je..Yang tengok dari awal dah habis duit banyak dah..

Ada jugak yang masih menyebelahi FAM dalam hal ni dengan menggunakan alasan patriotik..Meh sini abang cerita dengan cara mudah bagi adik2 faham pasal harga tiket ni.. Ok, korang anggap FAM tu sebagai penjual ayam, bola sepak tu ayam, and kita penyokong pembeli ayam..Final tu ibarat raya.. Setiap kali raya, harga ayam naik ikut suka hati..time2 orang nak sangat ayam harga naik..sekali dua ok la, tapi kalau tiap kali naik apa cerita?Tak ke orang marah? naik mendadak plak tu! so, konfirmla orang marah kan sebab time nak ayam sangatla harga dia naik..cuma beza ayam dengan bola sepak ialah, kalau ayam naik harga, kita boleh suarakan  kepada pihak berwajib..Menteri boleh suarakan benda ni..Bola sepak? mana boleh!! Menteri dah bersuara pun diorang boleh buat bodoh..Orang kat Parlimen dah bising2 pon diorang buat bodoh jugak..FAM adalah satu-satunya persatuan sukan yang tak boleh ditegur!! Mana orang tak marah!!! FAM tak pernah nak dengar suara peminat, yang diorang tau, nak peminat datang stadium, diorang kaut untung..itu je!mana pernah diorang pentingkan peminat..bila peminat lari, diorang kata tak patriotik!! padahal puncanya diorang!!

Sorie if Post aku kali ni agak mengamuk..memang aku tengah mengamuk dengan FAM ni..Kepada rakan-rakan yang terus memboikot dan akan berkumpul untuk suarakan bantahan pada FAM kat luar stadium malam ni, my spirit is with you..keep it up brothers..aku akan cuba join korang nanti..teruskan menyokong Harimau Malaya dan bola sepak Malaysia tapi bukan pentadbiran FAM yang masih bodoh sombong..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, October 24, 2011

FAM bunuh minat penyokong!!

Ok..sekarang kita dah tau siapa masuk final...venue n tarikh pon dah tau..konfirm jang2 kat nogoghi dengan awe2 kat ganu dah ready nak serbu Stadium Shah Alam kan?semua dah plan nak tido mane, nak makan kat mane, pukul brape nak gerak n of course kat mane nak celebrate lepas menang..betul tak?haha..tapi dah semangat nak pegi tengok pasukan kesayangan kat final Piala Malaysia yang berprestij ni, tiba-tiba kita dikejutkan dengan harga tiket yang melambung!!

RM 50 untuk final Piala Malaysia tahun ni!!harga paling mahal dalam sejarah Piala Malaysia!! sebelum ni RM 50 ni untuk grand stand je!! well, mungkin ada yang kata, ala beli tiket tengok team luar datang boleh plak bayar mahal2...korang kena bezakan jenis penonton yang pergi..yang pergi tengok team EPL tu dah sah2 orang2 kat bandar yang duduk dekat n berkemampuan nak tengok..bukan nak kate jang2 kat negeri sembilan n awe2 kat Terengganu tu tak berkemampuan, tapi kalau korang kira balik kos diorang nak datang, menginap makan n duit tiket,harga jadi lebih mahal dari tengok EPL..mau dekat RM 300 lebih..tiket tengok team EPL hari tu baru RM 100 something..

Aku kesian tengok fan Terengganu n Negeri Sembilan..dahla venue final buat kat Stadium Shah Alam, lepas tu harga mahal plak tu..I have nothing against Stadium Shah Alam except for itu home ground team rival aku..Tapi kapasiti die tak sebesar SNBJ..so maksudnya tak ramai yang boleh datang..n now tiket mahal plak..maybe FAM pikir sebab sikit, so kalau letak harga biasa, diorang tak untung, so diorang letak sampai RM 50..stupid ass hole...

Alasan FAM adalah diorang nak guna duit tu untuk repair padang...haha,.yang tu funny..aku journalist ok..so aku tau untuk repair padang dah ada peruntukan..jangan keluar ayat2 bodoh boleh tak?korang ingat fan kat Malaysia ni stupid? FAM selalu bising pasal supporter tak ramai datang stadium, well, korang ingat dengan buat camtu supporter akan lagi datang?orang lagi larila sial!!!So, dont blame the fans if they turn their back against Malaysian football cause you're the one killing it FAM..

Haritu friendly lawan Nepal korang letak harga RM30..korang memang pandai nak buat duit..mempergunakan semangat penyokong yang tengah membara untuk letak harga tinggi..Sialla, phui!!!

So, kepada penyokong di luar sana, aku tak mintak korang boikot or anything..Just if korang tak puas hati dengan harga tiket yang bodoh ni korang try dulu suarakan pendapat korang kat FAM dengan cara call 03-78733100 or email media@fam.org.my..


If still tak jalan, well, we can always boycott the game..Suarakan pendapat kita..itu hak kita..bola sepak adalah sukan rakyat..jangan biarkan FAM membunuh bola sepak Malaysia..Biar persatuan yang tak boleh kena tegur tu tau kemarahan kita!!!Selamanya Harimau Malaya!!




-Tanah Tumpahya Darahku-

Sunday, October 23, 2011

Preview:Finale Piala Malaysia 2011!!

So, sekarang kita dah tahu siapa yang bakal berjumpa siapa di Stadium Shah Alam untuk penutup tirai Bola Sepak Malaysia on the 29th of October ni...Sang Penyu vs Sang Rusa..Satu perlawanan yang sudah semestinya perlu ditonton tak kirala anda sokong mana..Yang penting, sokonglah bola sepak Malaysia..haha..

Ok, Skuad Terengganu bimbingan Irfan Bakti memang terbaekkk..Juara Piala FA, Tempat kedua liga n sekarang, berjaya ke final Piala Malaysia setelah menumpaskan dua pasukan gergasi..Red Warriors dan Red Giants diayamkan dengan begitu mudah..Apa yang menarik pasal Terengganu ni adalah, mereka memiliki jentera serangan yang paling hebat..Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya, Ashaari Shamsuddin n Joseph Kalang Tie..combination play diorang memang hebat..Diorang tak bergantung harap pada satu player semata2..bila hadi tak boleh score, stilll ade Manaf, Ashaari n Joseph..Tengok gol Manaf masa kat Shah Alam..rileks je guna kaki belakang..n gol Ashaari masa lawan Kelantan n Selangor kat Terengganu..Volley bertaraf dunia..So, boleh dikatakan Terengganu merupakan calon pilihan..

N. Sembilan..Tiga tahun berturut2 ke final Piala Malaysia..Sekali menang, sekali kalah n tahun ni konfirm diorang nak menang kan? takkan nak kalah lagi..Kalau nak bandingkan dengan Terengganu, N.Sembilan punye line up star studded..Penuh star..Dari GK sampaila ke Striker..Hampir separuh dari team N.Sembilan ni main untuk Harimau Malaya, atau pernah main untuk Harimau Malaya..Farizal, Aidil, Kuna, Shukor Adan, Zamani,Hai-O n Zaquan..So, dari line up, diorangla paling gah..Ditambah pulak dengan mendapat sentuhan Azraai Khor yang pernah bawak Kedah ke zaman kegemilangan n pernah bimbing Harimau Muda kat Slovakia..

So, dua-dua team seimbang..Untuk menang piala, team anda penuh star atau attack anda hebat tak menjamin kemenangan..Yang penting fokus n siapa lebih mahukan kemenangan..Kadang2 Final boleh dimenangi oleh satu detik gemilang atau orang putih kate sheer brilliance or ia juga boleh dimenangi dengan satu stupid mistake..So, same2 la kita nantikan Final Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam on the 29th nanti..I know i will be watching..either kat Stadium or kat TV masih tak pasti..Apa-apa hal marilah kita sokong bola sepak Malaysia!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, October 17, 2011

something to ponder about..27 Ogos 1972..

http://sokernet.blogspot.com/2011/10/27-ogos-1972-jerman-barat-3-0-malaysia.html




-sumber dari sokernet.blogspot.com

Preview: Semi Final Piala Malaysia 2011

Jumaat lepas, terjawabla sudah siapa yang ke separuh akhir saingan Piala Malaysia 2011 tahun ni..Terengganu, Selangor, N.Sembilan dan T-Team berjaya menewaskan lawan masing-masing untuk layak..So, dengan itu, di separuh akhir nanti Terengganu akan menentang Selangor, dan N.Sembilan akan fight dengan T-Team..

Selangor yg tengah semangat dengan Misi 33 diorang mula nampak taring setelah permulaan yang slow dalam kempen PM tahun ni..Selamber je diorang beat Perak kat Stadium Ipoh..Amirul Hadi dan Safiq Rahim mula menunjukkan form yang gempak sama macam main untuk Harimau Malaya..Malangnya Amri Yahyah takkan dapat main semi-final nanti..Namun begitu, jangan pandang rendah pasukan yang akan diorang jumpa kat Semi Final nanti..Terengganu..Sang Penyu yang berjaya menewaskan Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan dengan selamber..setelah menang kat tempat sendiri dengan agregat 3-1, ramai yang menjangka Terengganu akan tercekik kat Stadium Sultan Muhammad IV..Tapi diorang dengan selamba sumbat 2 gol untuk menjarakkan diri dari Kelantan..Terengganu tahun ni memang ganas..attacking diorang sedap..Diorang tak harapkan Hadi Yahaya semata-mata..Gandingan Ashaari, Manaf n JKT sangat uuuummmmppph..ditambah pulak dengan defend yang mantap..Marzuki,kapten Terengganu memang hebat..Rasanya susah nak cari defender kat Malaysia ni yang tinggi macam dia..Maybe King Raja boleh try die untuk Harimau Malaya..

Game lagi satu pulak bakal menemukan Negeri Sembilan dengan sebuah pasukan kelab iaitu T-Team..Negeri Sembilan ada ramai star yang mampu mengubah permainan..Dengan Farizal Marlias sebagai Penjaga gol, Aidil Zafuan dan Shukor Adan di bahagian pertahanan,Hairuddin Omar dan Zaquan Adha di bahagian Serangan (tak campur Rita Rudaini n Ayu Raudhah lagi tu..haha), Negeri Sembilan nampak mantap..Tapi T-Team nak cuba mengulangi pencapaian MPPJ sebagai satu-satunya pasukan kelab yang berjaya menang Piala Malaysia..T-Team tak kurang hebatnye..dengan barisan bekas-bekas pemain Malaysia seperti Rosdi Talib, Indra Putra Mahyuddin dan Nor Farhan, T-Team ada ramuan yang cukup untuk menang..

So, 1st Match akan berlangsung pada hari Selasa dan timbal balik pada hari Sabtu..Adakah sejarah akan tercipta dengan 2 pasukan dari Terengganu bakal berentap di Final?atau N.Sembilan dan Selangor akan merencatkan perancangan 2 pasukan dari pantai timur itu? Segalanya akan terjawab nanti..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, October 13, 2011

Preview: Second Round QF Piala Malaysia 2011

Ok..Peringkat pertama suku akhir dah lepas..Selangor, T-Team, Terengganu,Felda United berjaya menang first game menewaskan Sabah, Perak, N.Sembilan dan Kelantan..Selangor n Terengganu terutamanya pasti berpuas hati dengan bekalan selesa yang bakal dibawa ke gelanggang lawan..apatah lagi pihak lawan mereka merupakan pesaing terdekat untuk Piala Malaysia tahun ni..

Kelantan terutamanya, bakal turun dalam serba kekurangan setelah kehilangan 3 tonggak utama kerana kad merah..ketinggalan 3-1, Red Warriors menghadapi tugas sukar untuk menang ke atas Terengganu walaupon bakal bermain di gelanggang sendiri..Gile Astro Arena ayat aku..haha..Tapi ini Piala Malaysia, anything is possible..so, kalau Terengganu terlampau yakin pon tak boleh..same jugak macam Selangor..overconfidence boleh menjadi musuh..silap hari bulan, diorang yang kena tibai dengan Perak..

Felda United n T-Team pulak masih belum selesa..Sabah n N. Sembilan mesti nak menang jugak..so, masih ada 90 minit termasuk masa tambahan untuk semua pasukan..So, same2 kita nantikan keputusannya esok..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Friday, October 7, 2011

Review: Harimau Malaya vs Kanggaroo

Ok..aku nak cakap banyak pon tak guna..sebab aku tak dapat tengok game ni..busy kat parlimen cover belanjawan 2012..aku mengharapkan update dari twitter semata-mata..n bila balik tengok some video from sokernet..so, aku tak dapat gambarkan camne corak permainan Malaysia..but dari feedback n video yang aku tengok, ramai yang kecewa..

Well, daripada video gol2 yang aku tengok kat sokernet.com, hampir kesemua gol berpunca daripada defensive lapse..bahasa mudahnya, adalah pertahanan 'tidur'..senang sangat player Australia passing dalam kawasan Malaysia..simple passing..Midfield aku tengok malas nak back up defender..Supposedly diorang kena tolong tutup ruang yang ada..jangan bagi player Australia ruang langsung..kawal rapi setiap player die..

One more problem, defend tak alert dengan defensive line..ade certain time, patut boleh buat offside trap, tapi tertinggal sorang player kat belakang..Samada player tu tak dengar atau takde orang yang shout..Kapten especially, kena jerit supaya alert dengan offside trap..Semua gol Australia tu gol mudah!!bukannya diorang dribble sampai gol..simple passing game je..mudah je diorang cut through defend kita..

So, kesimpulannya, banyak lagi kita kena perbaiki kalau nak lawan team-team macam Australia ni..Masih jauh jurang kita denga diorang..untuk lepas ni, kita lawan team2 yang rank lebih sket je dari kita..jangan terus ke top 50..maybe boleh lawan New Zealand ke..tak pon Slovakia..orang kata pelan-pelan kayuh..jangan nak terus drastik..

Dan kepada yang sibuk mintak King Raja bawak player baru, now die dah bawak n kita kalah..aku takkan terkejut kalau diorang still tak puas hati..bila guna player lama, kata King Raja pilih kasih..now dah bawak player baru, marah sebab dropkan player lama..Haih..payahla nak layan "coach2" world class ni...Lantak korangla..ape2 pon aku still support King Raja!!!Selamanya Harimau Malaya!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, October 6, 2011

Besok kita makan daging kanggaroo!!

Disebabkan aku dah pernah post preview Malaysia vs Australia sebelum ni, so ni bukan preview die..Just nak ingatkan korang game esok adalah pada pukul 5 Petang kat Astro Arena 801 unless korang ade duit nak pergi Australia..atau korang student kat Australia..

Rasanye dah lame kite tak tengok gandingan Mat Yo n Safee Sali..so, game ni mesti best..mungkin kita dapat tengok gandingan Shahrul n Safee a.k.a SAS ni macam dala final Piala AFF Suzuki yang lalu..banyak player baru yang King Raja nak cuba..antaranya, Joseph Kalang Tie @ JKT yang akan diletakkan di posisi Safiq Rahim..Selalunya JKT ni main wing time kat Terengganu, tapi untuk game ni ada ura-ura dia bakal diletakkan di Central Midfield..

Selain tu, captain armband bakal diberikan kepada Norhafiz Zamani Misbah..Ini disebabkan ketiadaan Safiq dan Aidil Zafuan..Lepas tu kita ada Wan Zaharul Nizam @ Kecik dan Yong Kuong Yong, player dari KL(City Boys)..Kalau letak diorang kat Wing mesti best..Baru ade pace n trickery..bagi pening sket defend Australia..Kanggaroo mana boleh kejar harimau..

Setakat ni, ramai star Australia tak main untuk game ni..Mula-mula kata semua akan main, tapi tiba-tiba semua plak tak main...Harry Kewell dan Brett Emerton dilepaskan sebab nak bagi diorang dapat serasikan dengan team baru diorang (Both baru join A-League atau Liga Australia) dan Tim Cahill (Everton) dan Mark Schwarzer (Fulham) tercedera..mungkin betul, mungkin tidak..tapi Australia masih ada player-player lain yang hebat yang membolehkan mereka muncul Naib Juara time Piala Asia hari tu..

So, apa-apa pon jomla kita berikan sokongan padu walaupon diorang jauh dari kita..Jauh tak bermakna kita tak boleh bagi sumbangan right?So, jom kita gegarkan mana-mana mamak dan berikan ngauman terhebat kita supaya kita boleh tumpaskan Australia sama macam tahun 1992 dulu!!!Aummmmmmm!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-