Wednesday, February 29, 2012

Review: Harimau Malaya vs Azkaleros

Setelah lama, barulah Harimau Malaya bimbingan King Raja dapat friendly match lawan international team. Walaupun sekadar Filipina, tapi perlu diingat, Filipina antara pasukan yang semakin meningkat naik kat rantau ASEAN. tengok jela masa Piala AFF 2 tahun lepas. Walaupun sekadar sampai semi-final, tapi itu cukup untuk bukak mata semua team kat Asia Tenggara. Dengan beberapa player yang bermain kat England, Filipina dikatakan bakal memberi saingan dalam Piala AFF tahun ni.

Keputusan perlawanan Harimau Malaya vs Azkaleros, 1-1. Filipina score dulu, Ahmad Shakir Ali score gol penyamaan last minit. Perlawanan berlangsung kat Filipina. Last international game, kita lawan India, kat tempat lawan jugak.

Persoalannya, bila pulak nak friendly kat tempat sendiri. Rasanya agak lama jugak Harimau Malaya tak main kat SNBJ untuk International  Friendly. Pastinya ramai peminat nak tengok kelibat Safee Sali and co main kat tempat sendiri.

Cakap pasal friendly, aku teringat janji FAM nak adakan friendly kelas A setiap bulan. Setakat ni, aku tak nampak pun? Setakat ni baru game lawan Filipina and India. Kalau tak, hari tu nak lawan Arab Saudi tapi kansel sebab diorang tak bagi jawapan. Maybe sebab agak susah nak dapatkan team yang free untuk lawan tiap2 bulan. Tapi at least 2 bulan sekali or 3 bulan sekali okla. Especially Piala AFF dah dekat and kita dah target nak layak ke Piala Asia secara merit. So, kita kena start from now. India dan Filipina both ranking lagi rendah dari kita, dah masa kita kena fight dengan team yang rank lagi atas.

It's time for us to be serious about this. Pertahankan takhta sebagai Juara ASEAN dan layak ke Piala Asia secara merit. Failure is not an option.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, February 22, 2012

Review: Harimau Muda vs Jepun: Good bye London. Picture mode















These are some pictures taken today. Enjoy. And tell me if you're in any of it.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Review: Harimau Muda vs Jepun: Good bye London.

4-0. Maka dengan ini, berakhirla game kat laman sendiri bagi Harimau Muda.Ada lagi satu game, tapi kat Syria. So, pendek kata, game malam ni, game penutup bagi kita kat SNBJ. Lepas ni boleh fokus untuk defend Piala AFF Suzuki pulak. haha.

Ok, apa yang kita boleh dapat secara keseluruhannya daripada game malam ni. Dari observation aku yang datang agak awal ke stadium, stadium agak terisi malam ni. Crowd yang datang agak ramai for a mid week game. Aku dah pergi semua game qualifier olympic, dari 1st game lawan Pakistan lagi, so malam ni agak ramai yang datang. Some rumors spreading yang ada tiket2 free dihulur. Well, if ada duit, maybe people can provide free tickets. Maybe orang yang bagi tiket free tu ada niat baik untuk tolong bagi penuh stadium. But hopefully benda ni takkan selalu dibuat. Lama-lama nanti orang semua sibuk tunggu tiket free je. Better guna duit tu untuk tolong promote and tingkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia untuk datang support.

Ok, itu satu. One thing yang buat aku rasa seronok is most supporters bertahan sampai habis game. Walaupun dah kena 4 gol, mereka masih lagi stay. And apa yang impressive adalah bila dah dekat hujung game, semua orang follow chant 'Selamanya' budak-budak Ultras. Something yang tak pernah berlaku as i recall. Ultras or not Ultras, semua bersatu untuk menyatakan sokongan kepada anak-anak buah Coach Ong Kim Swee yang tak berbelah bagi. We may loose the game, but i see it as a morale win. Why? sebab nampak perubahan pada penyokong. Dari segi jumlah yang hadir dan semua bertahan sampai habis game. Dari segi penyokong, kita dah berjaya. Hopefully benda ni akan berterusan. 

Aku tak nak cakap pasal game sangat, that one, korang boleh baca kat paper besok okay? So, kepada semua penyokong yang hadir, terima kasih dan tahniah kerana hadir and support Harimau Muda. It was a wonderful journey. From Shah Alam to Bukit Jalil. We can say good bye to London now. Harimau Muda must learn all the mistakes from this journey and train harder to be better for the future. For all the supporter, remember this, " You dont need a reason to support the team, you just need PASSION".

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Tuesday, February 21, 2012

Seruan Buat Penyokong

Ok, here's another preview untuk menjemput seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai kelapangan untuk hadir. Especially kepada peminat tegar pasukan yang beraksi dalam Champions League atau Europa League. Yup, tak kisahla korang support team EPL,Spanish Primera Liga, Serie A, Bundesliga, Liga Belanda or any league in Europe.

Well, mesti ramai antara korang yang bersengkang mata untuk menonton perlawanan pasukan kesayangan korang kan. Main pukul 2-3 pagi. Tapi demi semangat korang tahankan mengantuk atau tidur dulu lepas tu bangun awal untuk tengok game team favourite korang. Besok tu pergi kerja or pergi kelas mata kuyu and mengantuk gila right?Semangat ni nak tengok Champions League.

Tapi kenapa agaknya, bila JUARA asean, JUARA sukan sea main stadium tak penuh? bukan main pukul 2-3 pagi pun. Main pukul 8.30 malam. Habis dalam pukul 11. Pada yang duduk negeri lain tu aku fahamla. Yang duduk dekat dengan stadium? Kenapa kita tak boleh layan JUARA asean dan JUARA sukan sea macam mana kita layan Champions League? kita dah CHAMPION dah.

So, kepada semua. Instead of menjerit2 kat atas kerusi kat rumah or kat mamak mana-mana, jemputla datang ke stadium. Trust me, its addictive. and takkan sama dengan korang tengok kat TV or screen. Ye, memang takde replay, tapi  korang tak nak ke nanti dah ada anak, and something magical happened, korang boleh cakap yang korang ada masa tu.

Marilah warga Malaysia, kita penuhkan stadium untuk final home game untuk kelayakan Olimpik ni. Kita bagi samurai tu menggigil tengok stadium penuh. Bagi diorang menggeletar tengok semangat kita. Biar diorang balik Jepun dengan mimpi yang ngeri tengok sokongan padu kita. Ayuh,sarungkan jersi keramat itu dan turun berikan sokongan buat pejuang-pejuang kita!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, February 20, 2012

Preview: Harimau Muda vs Samurai: Will you be there?

Home Game terakhir untuk Harimau Muda. Ye, kita dah terkeluar dari saingan untuk layak ke London. and lawan yang bakal kita jumpa adalah satu daripada gergasi bola sepak, bukan setakat di Asia, tetapi juga di dunia. Masa game kat Jepun, Harimau Muda tewas 3-0. Tapi time tu, kita boleh tewas lebih teruk kalau bukan sebab ketangkasan kapten, Khairul Fahmi.

Persoalannya bukanlah samada Harimau Muda akan menang atau tidak, tapi tanya diri sendiri, adakah anda akan hadir ke stadium memberi sokongan? Jawapan yang paling mudah dan paling popular adalah TIDAK. Mengapa, sebab Harimau Muda dah confirm tak layak. Senang kan jawapan tu. But i'd say it wont make a difference if Harimau Muda layak sekali pun sebab jawapan je akan tukar, iaitu Ala, dah konfirm layak. Other answer adalah, hujung bulan, takde duit, kerja and macam-macam lagi. Well, bab duit, hujung bulan and kerja tu munasabahla. Itu aku faham, but in the end, if the game awal bulan and time weekend pun wont make any difference pun. Why? Well, masa game lawan Bahrain kat SNBJ, awal bulan and weekend pun stadium tak penuh jugak. 

Then, ada jugak yang mintak tiket tu free sebab Harimau Muda dah tak layak dah pun. Pfffttt. Nonsense! Itu permintaan paling bodoh. Ingat kalau bagi free tu penuh? Masa friendly lawan Selangor, kosong je stadium? Free kot? Well, orang yang mintak free tu aku berani jamin, tak pernah turun stadium pun untuk sokong Harimau Muda. Mungkin ramai yang akan kata aku main tuduh, well, if you're a true supporter, you will come no matter what, and without any excuse. Datang ke stadium adalah untuk support team, so alasan mintak free sebab tak layak tu memang stupid.

So, kepada anda yang ada perancangan ke stadium Rabu ni, tahniah. I will be there too. Aku dah pergi dari first game Kelayakan Olimpik ni, so aku nak terus datang dan sokong anak-anak buah coach Ong! Tak kira apa yang berlaku, aku akan terus menyokong. Ramai yang predict kita akan kalah, tapi aku dapat rasakan something akan berlaku. Apa pu yang berlaku aku takkan kecewa, bahkan aku bangga dengan pencapaian anak-anak muda ni. So, diharap ramai yang akan datang dan memenuhkan Stadium Bukit Jalil Rabu ni. Sama-samalah kita berikan sokongan padu kepada Harimau Muda. It was a great journey nevertheless.

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Sunday, February 5, 2012

Review: Harimau Muda vs Bahrain: I'm in England not Malaysia.

Well, first aku nak tanya, berapa ramai yang tau result game Malaysia vs Bahrain tadi kalau nak dicomparekan dengan result Chelsea vs MU? maybe ramaila yang akan jawab tahu. Next question, berapa ramai yang tengok Malaysia vs Bahrain berbanding EPL tadi? berapa ramai yang bersorak masa Hazwan Bakri score? Aku tak nak jawab, korang tolongla jawab. Hahah..

Aku agak kecewa tonight. Kecewa bukan kerana result, tapi kecewa kerana sikap rakyat Malaysia. Aku datang ke sebuah kedai mamak dengan harapan untuk bersama-sama menyokong pasukan kesayangan aku, Malaysia. Awal-awal aku sampai, aku tengok majoriti hadir dengan jersey MU or Chelsea and hanya segelintir yang pakai jersi Harimau Malaya. Fine. Aku okay as i think bak kata diorang dulu, pakai jersi apa pun tak apa, sebab jiwa tetap Malaysia. Then the game commenced. Dah mula aku dengar rungutan2 dari rakyat Malaysia yang perasan England. Dah ada yang resah dan tarik muka sebab tak tunjuk game EPL. Suddenly, Bahrain score kerana kelalaian barisan pertahanan. 1-0 to Bahrain. Time ni rakyat 'England' semua dah mula menjerit2 mintak tukar channel. Kerana suara majoriti, mamak tu tukar tunjuk game EPL. Maka dengan itu rakyat England ber IC Malaysia semua bersorak kegembiraan macam menang loteri.

Diorang lupa. Diorang lupa yang tengah lawan Bahrain tu anak-anak muda dari negara diorang sendiri. Diorang lupa yang tengah lawan Bahrain tu lah bagi diorang rasa gembira masa menang pingat emas Sukan SEA dulu. Diorang lupa yang Malaysia dah lama tak layak ke Peringkat Kumpulan Kelayakan Sukan Olimpik. Diorang tak sedar yang game MU vs Chelsea ada setiap tahun. Diorang tak sedar bahawa yang tengah lawan Bahrain tu tengah sedaya upaya menaikkan nama negara tanah tumpah darah diorang. Well, maybe semua yang aku kata ni tak relevan sebab diorang semua rakyat England.

Untuk post kali ni, aku tak nak usik pasal game. Kita kalah 2-1. Kita tak layak. That's it. But i really wanna comment about our supporters. Orang2 yang duk tengok EPL ni la yang menjerit2 mintak cuti masa Harimau Muda menang gold medal Sukan SEA. Ye,aku mengaku aku pun tengok EPL, but why cant we switch off on supporting EPL and unite untuk support perjuangan anak-anak muda Malaysia ni? Kenapa mesti bersorak2 mintak tukar channel? if boleh keep faith bila MU ketinggalan 3-0, kenapa tak boleh keep faith bila Malaysia ketinggalan 1-0?

Pada tahun di mana kita menjadi tuan rumah Piala AFF Suzuki dan bakal mempertahan kejuaraan tersebut untuk pertama kali, macam ni supporter kita? if tak pergi stadium aku fahamla, ini tengok kat TV pun perangai macam ni? Seriously, check your IC. You're not from London or Salford, you're a Malaysian moron. Support your national team first!

Fortunately, dekat dengan kedai mamak tu ada satu kedai makan melayu yang bukak Harimau Muda vs Bahrain. So, aku dengan ada lebih kurang 6 orang pelanggan lain dapatla bersorak masa Hazwan Bakri (budak KL ni!!)  score and sama2 kecewa masa Gary Steven Robbat terlepas bola dan membolehkan Bahrain score gol kemenangan. It was an incredible journey. Aku akan pastikan aku akan terus bersama Harimau Muda sampai final qualifier game diorang. Aku dah tengok since 1st round of qualifiers and aku akan terus menyokong Harimau Muda.

Kepada orang-orang England kat Malaysia, please check again your IC. If korang rasa IC korang tu tulis warganegara Malaysia, balikla ke pangkal jalan. Bukan aku kata tak boleh support team EPL, tapi pandai2la prioritize. Country comes first peeps. Kalau tak boleh menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang.

Kepada Coach OKS dan Harimau Muda, tahniah dan terima kasih kerana perjalanan yang menakjubkan ni. Terima kasih di atas usaha kalian untuk mengharumkan nama negara. Kalau dulu, kita takut nak lawan negara arab, but now, they are afraid of us. Tengok masa 2nd half and masa kita score, they look scared. We have the talent in the team.I can see a bright future dalam team ni. Short of key players macam Fadhli Shas, Syahrul Azwari,Fandi Othman, Izzaq Faris, tapi kita tetap memberi saingan. Thank you for this incredible journey Harimau Muda.!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Saturday, February 4, 2012

Just to hypen up!

Just a recap to hypen up the Harimau Muda vs Bahrain match! watch this clip peeps!! enjoy!

http://mobtv.my/lifestyle-442.html

Preview: Harimau Muda vs Bahrain part 2

Anak2 buah coach Ong akan kembali meneruskan perjuangan untuk layak ke Sukan Olimpik 2012 dengan menentang pak-pak Arab dari Bahrain kat gelanggang diorang. Dari segi possibilty untuk layak tu memangla agak payah, but hey, jangan jadikan itu alasan untuk tidak menyokong mereka. Aku tau esok ada game MU vs Chelsea, but pandai-pandai korangla pilih mana yang penting.

Apa yang aku tengok masa friendly Harimau Muda dengan Selangor maybe tak cukup untuk aku buat kesimpulan sebab its just a friendly match yang sangat friendly. But hopefully diorang boleh kekalkan corak permainan macam diorang lawan Bahrain masa kat Bukit Jalil and jangan loose concentration macam time game tu jugak. For me, penentu kemenangan kita adalah pertahanan dan midfield. Wan Zack, Guru, Fandi, Nazmi Bieber(aku pun tak tau kenapa aku masih nak panggil dia Bieber),Irfan Fazail, Muslim, Amir Saidin, Zubir dan Mahali. Aku tau diorang akan terima asakan bertali arus dari Bahrain. They must stay composed and relaxed all the time. Jangan gelabah. And masa game lawan Selangor tu aku tengok OKS letak Fakri kat midfield, so probably Fakri akan diletak kat midfield la kot. 4-5-1 maybe dengan Shakir Ali lone striker kat depan. Fakri ni agression dia bahaya sikit, masa lawan Selangor dia tackle macam game betul. Its a good thing, but kena control a bit and tak boleh terlampau ikut perasaan.

Nazmi macam biasa, jentera penggerak. Aku tengok masa lawan Selangor dia main atas sikit, macam support striker. My personal opinion is dia kena ke bawah sikit, letak dia terlampau ke atas mengurangkan influence dia terhadap game. Dia boleh pass, long pass, through ball. Pendek kata dia kreatif and rajin. Tapi itu opinion aku la, i guess OKS knows him better right? Shakir Ali nampak a reborn man lepas dia join Negeri Sembilan, nampak lebih tajam. So, hopefully he'll come good.

Unfortunately kita takkan dapat melihat kelibat Syahrul Azwari yang aku rasa satu kehilangan sebab skill and speed dia sangat ditagih untuk kita lancarkan counter attack. Kita juga takkan dapat melihat ketenangan Fadhli Shas di bahagian pertahanan.

One thing yang aku harapkan dari semua peminat Harimau Muda adalah, keep faith with them. Biar apa pun, teruskan sokong. Ingatlah, kalau kita tak boleh menyokong ketika kalah, jangan bersorak ketika menang. Let's have faith with them. Ayuh rakan-rakan, lupakan bola sepak luar dan satukan jiwa kita untuk perjuangan Harimau Muda!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, February 1, 2012

Is this what we call a friendly match?

Ok, its been a while since aku menulis. Macam tipikal pulak mukadimah aku ni. haha. Ok, sambung semula. Minggu ni kita ada dua friendly untuk peminat bola sepak tempatan. Harimau Muda vs Selangor dan Harimau Malaya vs Kelantan. Satu persoalan yang membuatkan aku terfikir, adakah pasukan kebangsaan negara lain pernah adakan friendly menentang kelab dalam negara sendiri? tak payah cakapla pasal Man United vs England, AC Milan vs Italy atau Real Madrid vs Sepanyol, tapi dalam ASEAN sendiri, pernah tak Thailand vs BEC Tero Sasana, Indonesia vs Pelita Jaya? aku tak taula if ada, tapi setakat ni aku tak pernah dengar lagi.

Aku sempat pergi tengok Harimau Muda vs Selangor kat Bukit Jalil semalam. It just dont feel right. Well, since aku bukan supporter Selangor, its easy for me to choose which team i support. Fans Red Giants macam mana pulak? juga Fan Kelantan yang lawan Harimau Malaya malam ni? to who do you show your support? negeri atau negara?

Setakat ni sebenarnya dah banyak kali Harimau Malaya dan Harimau Muda buat friendly lawan team negeri. I dont know the reason why. Adakah untuk cuba pemain baru? apa yang player boleh belajar dalam game ni? Both team akan bermain berhati-hati dan for me aku tak rasa player dapat apa-apa pendedahan dalam game ni.

Is it hard untuk FAM dapatkan negara lain untuk adakan friendly dengan kita? well, untuk bulan ni katanya ada 2 game iaitu lawan Arab Saudi dan Filipina. Well, let me remind you one thing, game lawan Arab Saudi tu masih belum konfirm ye. Macam mana boleh tak konfirm lagi sedangkan tarikh game dah dekat? Stupid right? and both games main away. Bila la agaknya dapat tengok Harimau Malaya kat home ground kita. Well, nampaknya hanya game Harimau Muda vs Jepun je yang ada untuk kita menggila kat stadium.

BTW, Harimau Muda akan bertandang ke Bahrain untuk sambung perjuangan mereka untuk layak ke London tahun ni. Jom kita doakan kejayaan mereka dan teruskan menyokong mereka walau di mana kita berada!

-Tanah Tumpahnya Darahku-