Thursday, May 31, 2012

Footie Friday: Preview: Harimau Malaya vs Azkaleros

Sambil mengunyah coklet Mars dan air cincau, aku menulis entri ni. Agak lost sebenarnya, tapi aku gagahkan juga. So, ya, dah lama kita tak ada friendly. Last game aku pergi tengok rasanya Kelayakan Olimpik, Malaysia vs Jepun. Sangat mengujakan. Untuk game Harimau Malaya, last aku tengok adalah last year. Ya, lepas kita di dump oleh Singapore dalam qualifying World Cup, Harimau Malaya banyak friendly di luar negara except against Myanmar di Kota Bharu. Selain tu, kita lawan team liga super. So, finally we have something to look forward to.

Filipina bukan calang-calang team. Rasanya dalam entri pasal friendly masa kat tempat diorang aku pernah highlight kot. But, takpe aku highlight lagi. Filipina atau gelaran mereka, Azkaleros atau Street dogs tengah melalui proses transformasi. Kalau dulu, Filipina tak pandang langsung pasal bola. Selama ni diorang lebih berbangga dengan Juara Boxing, Manny Pacquiao atau awek-awek diorang yang hot. But now, diorang dah mula ikut jejak langkah Indonesia and cari balik player luar yang ada darah Filipina. Adik-beradik Young Husband merupakan bekas player akademi Chelsea. Ada bekas player Fulham, dari liga Eredevisie dan ramai lagi yang dibawa. Betul punya mencari bakat sebab nak compete. Sebab tu lah, dalam Piala AFF Suzuki yang lepas, Filipina mampu mengejutkan Singapura dan Vietnam untuk layak ke Semi-Final namun kalah di tangan Indonesia. Even hari tu pun kita perlukan gol dari Shakir Ali untuk ikat Filipina.

Tapi itu kisah lama, now kita fokus pada esok. Aku tengok, sama macam biasa. Tak ada promosi dari pihak media mainstream. Macam biasalah, tunggu final baru sibuk semua nak jadi penyiar rasmi, jadi radio rasmi Harimau Malaya, TV rasmi. Bullshit ah. Sibuk promote Euro 2012 gamaknya. Yela, kitakan ramai foreigner kat Malaysia ni. Bagi aku, tiada alasan esok. Alasan typical duit tak ada, buat weekdays tak boleh pakai. Gaji dah masuk and game hari Jumaat. So, at least 70% akan penuh stadium.If tak, aku kecewa. So, aku nak ajak korang turun besok. Aku turun besok. Tak kisahlah, korang Ultras ke, makan kuaci ke, saja nak duduk ke, yang penting datang dan tak main AIRHORN bodoh tu. Aku malas tulis panjang, aku nak fokus untuk esok. I'll put some pictures of the game and supporters nanti. Who knows, if korang datang, dapatla masuk blog yang tak seberapa ni. So, marilah kita ke Stadium Shah Alam esok wahai pencinta Harimau Malaya!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, May 24, 2012

Footie Friday - Kisah Revie vs Clough: We need this kind of Show.





Crossed into this video on Youtube. Actually pernah tengok yang dilakonkan semula dalam The Damned United. Brian Clough vs Don Revie. Pada yang tak tau, Brian Clough adalah antara coach legend di England. Dia berjaya mengemudi Derby County untuk menjadi Juara Liga pada tahun 1971. Paling diingati adalah bila dia bawak team Nottingham Forest menjuarai European Cup ( Equivalent of Champions League) pada tahun 1979 dan 1980. Nottingham Forest, bukan MU, Chelsea,Liverpool, Arsenal or Man City. Nottingham Forest masa tu pun bukan team kuat. Masa Clough join Nottingham Forest pada tahun 1974, Nottingham Forest main divisyen 2. Dalam tempoh 6 tahun, dia bawak Nottingham jadi juara Liga and Juara Eropah.

Sebelum join Nottingham Forest, and selepas Derby County, in the middle dia ambil alih job as Manager Leeds United selepas Don Revie blah untuk kemudi England. Leed United under Don Revie bergelar Juara Liga. Tapi Brian Clough ni tak suka cara team Don Revie main. Main kotor katanya. So, as soon as dia join Leeds, dia suruh player buang pingat diorang sebab dia tak suka cara dia main. Brian ni memang terkenal dengan mulut laser dia. So, what happened next? Player yang rata-rata menyayangi Don Revie, semua boikot dia. And performance drop. Cukup 44 hari, Brian kena pecat.

So, in this talk show, Brian bertemu dengan Don Revie. Diorang pun bagi kaw-kaw punya ( aku nak highlight talkshow ni sebenarnya dalam entry ni). No holds barred. In the end, bukan the end of the talk show, tapi ending sebenarnya, Don Revie gagal bawak kegemilangan kepada Three Lions dia letak jawatan (first ever coach to resign and bukan dipecat) dengan cara menjual surat perletakan Jawatan beliau di Daily Mail and end up di Middle East and menjadi Coach UAE,Al-Nasr and Al-Ahly but failed. Brian Clough? Dia jadi Juara Liga and Juara Eropah dengan Nottingham Forest.


Apa yang aku nak highlight is the talkshow. I want somebody to produce this. Or at least buat debat macam KJ vs Rafizi. Aku harap one day akan ada talk show macam ni antara mana-mana coach yang tak puas hati antara satu sama lain. Or maybe fan yang tak puas hati dengan Presiden FAM. Since kita sekarang tengah trend berdebat.Benda macam ni penting, baru terbukak semua. Macam KJ vs Rafizi hari tu. Baru kita boleh tau apa yang betul and apa yang salah. Kalau nak, aku boleh jadi moderator? ha!nampak? Would be awesome if bawak Presiden FAM untuk berdebat or at least panggil Setiausaha Agung FAM. I'm sure ramai nak tanya macam-macam soalan dekat Presiden and S/U FAM.Maybe TSAM vs Azuddin? Would be very nice. Let's hope one day akan menjadi realiti!

-TanahTumpahnyaDarahku-

Monday, May 21, 2012

Tendang Tuesday Part 2: Tribute to Nazmi Faiz




Malam semalam, kecoh di laman sosial. Twitter, Facebook kecoh pasal Nazmi Faiz Mansor sign kontrak dengan S.C Beira Mar. Got some news yang server website S.C Beira Mar sampai crash sebab semua peminat bola sepak Malaysia (dan peminat Nazmi Faiz) masuk. Of coursela IT Department S.C Beira Mar tak expect akan crash sebab stadium diorang pun boleh masuk 4000 orang je, meaning fan base diorang kecik. Diorang tak tau how crazy we Malaysians are dengan berita macam ni. Termasuklah aku. Nasib baik aku masuk awal website tu. Jyeah!



Aku pun duduk menghadap twitter sambil promote new entry. Perkara biasa. And mencanak naik viewers. Tak banyak mana pun, tapi kira banyakla bagi blog kecik macam ni. Thanks to Team Malaysia for the RT. Benda bagus kena kongsila kan? Masuk bakul angkat sendiri. Okay, sambung. Penuh kat Timeline twitter dengan ucapan tahniah pada Nazmi, ramai yang tak pernah nak ambik port pun pasal bola sepak Malaysia turut sama ucap tahniah. Well, pemergian Nazmi ke sana membuktikan kita ada player berkualiti di Malaysia. Safee di Pelita Jaya and now Nazmi ke S.C Beira Mar. Katanya Wan Zack Haikal and Wan Zaharul Nizam akan ke FC Ryukyu di Jepun untuk trial selepas scout diorang berminat melihat aksi diorang di Liga S.



Dalam banyak tweet tahniah, ada jugak yang cuba jadi sarkastik and say, " Nazmi ke sana untuk panaskan bangku simpanan". Dafuq? Can't we just cherish the moment? Aku pernah cakap dulu, pengkritik ni takkan pernah berpuas hati and akan terus mengkritik biarpun kita menang World Cup. Percayalah. For me, just stop slating, and cherish one of the proudest moment in Malaysia's football history. Nazmi bukanlah player pertama beraksi di Eropah. Sebelum ni, kita ada Lim Teong Kim, Akmal Rizal, Rudie Ramli and Titus James Palani yang aku tak tau apa berita sekarang. But still, peningkatan yang sangat drastik dari Nazmi sangat membanggakan. Tahun lepas dia main Harimau Muda B must i remind you. And now, look where he is. Bakal bermain menentang player seperti Oscar Cardozo, Hulk, Pablo Aimar dan ramai lagi star. Maybe dia akan menewaskan goal keeper utama Portugal, Rui Patricio ketika menentang Sporting Lisbon? Who knows right? So, kepada pengkritik, just shut up and live the moment will you?

Aku percaya pada Nazmi. Ya, mungkin dia takkan dapat duduk di bangku simpanan pun untuk season ni. But still, training di peringkat Eropah berbeza dengan training bersama skuad kebangsaan. He will improve and he will play for S.C Beira Mar's first team. Mark my words. Instead of mengkritik, apa kata kita mendoakan kejayaan Nazmi Faiz di sana. Dia dah membanggakan kita rakyat Malaysia. Dia dah membuktikan yang nothing is impossible. Dengan semangat yang tinggi dan usaha, tiada yang mustahil. So, Nazmi, go there and show them that Malaysians are one hell of a footballer. Who knows one day kelab utama Eropah berebut nak beli player dari Malaysia.

One thing i must remind you, pemergian Nazmi Faiz ke sana akan buat semua orang nak tengok Liga Portugal, but please, jangan neglect Liga tempatan. Mana nak tau if ada lagi bakat tempatan yang bagus if kita sendiri tak tengok our own league right? Hopefully, lepas ni semua scout akan datang ke Malaysia untuk melihat liga kita. By that, scout tempatan kena usaha lebih untuk cari talent. So, akan banyak proses pembangunan di peringkat bawah. See, pemergian Nazmi is a good thing.

Nazmi Faiz Mansor, i will never forget that wonderful strike against Bahrain. From the first time aku tengok dia main, aku dah tau, Malaysia ada bintang baru. So, let's all unite and pray for his success. All the best Nazmi!


-Selamanya Harimau Malaya-

Tendang Tuesday: Nazmi Faiz Mansor Signs for S.C Beira Mar


Tengah aku sibuk main twitter, sambil main PES, sambil main FB, sambil dengar lagu, aku dikejutkan dengan tweet dari penulis Sokerleaks bahawa Nazmi Faiz Mansor dah sign contract dengan SC Beira Mar. Aku dah macam " What the tuuuut?" Seriously? Aku rasa macam tak percaya. Aku pun cer gugel pasal berita ni. Punyalah bersepah aku cari info. Finally aku bukak website Beira Mar sendiri. And sah! Nazmi Faiz Mansor dah sign kontrak dengan Beira Mar! What an awesome news!



Ok, fine, mungkin korang tak paham bahasa portugis. This is where Google translate digunakan ye kawan-kawan semua. Headline dia berbunyi begini "Nazmi menandatangani kontrak dengan Beira Mar". Terima kasih google translate. But, the important news is that, finally, we have a Malaysian playing in one of Europe's best league! Well, probably ramai akan kata "alah, Liga Portugal je pun. Kelab bawah pulak tu". Oi, SC Beira Mar main liga utama Portugal ok? Ingat senang ke nak dapat main kat Europe? Plus, Nazmi dapat atas usaha gigih dia sendiri. Dia pergi trial pun sebab ada scout tengok dia main bagus dalam S-League. Suatu kisah dongeng bukan sahaja untuk Nazmi Faiz, but kepada seluruh rakyat Malaysia.

Nazmi Faiz, before Sukan SEA, tak ada siapa pun kenal dia. Main untuk Harimau Muda B. Lepas tunjuk prestasi cemerlang dalam competition di Vietnam, beliau dibawa masuk ke skuad Sukan SEA selepas ramai tonggak utama Harimau Muda A injured. Lepas tu, dia dah tak pandang belakang. Now, dia dah sign contract dengan S.C Beira Mar. Aku nak tulis apa pun, aku tak tau. I'm too excited with this news!

For now, dia belum main skuad utama lagi. But it's okay. I know Nazmi akan berusaha untuk masuk ke skuad utama S.C Beira Mar and he will play for Beira Mar in the Portuguese League. Mark my word. Apa yang kita rakyat Malaysia perlu lakukan adalah berdoa untuk kejayaan Nazmi. He deserved it. Hopefully pengalaman dia di S.C Beira Mar akan membawa sinar kepada Harimau Malaya. Plus, S.C Beira Mar ada announce kata diorang berminat dengan 3 orang lagi player dalam Harimau Muda A and will announce bulan Ogos nanti. Hopefully semua akan terima nasib yang sama macam Nazmi. 

To, Nazmi Faiz or some calls him Nazmi Bieber ( aku pun tak tau kenapa), Good luck and give it your best. Jangan pernah mengalah dan kekalkan semangat Harimau Malaya. Kami di Malaysia akan terus doakan kejayaan anda and hopefully lepas ni Astro boleh tunjuk Liga Portugal ye! 

-Selamanya Harimau Malaya

Saturday, May 19, 2012

Review Final Piala FA 2012: TRW, TSAM dan SNBJ

90 minit. 1 Penalti.1 gol. Kelantan Juara Piala FA 2012. Great match? To be honest, it wasn't a good match. Melihat kepada line up Kelantan, they should score more. Ghaddar, Indra,Mat Yo, Piya, Chanturu. Line up dah attacking, but mengharapkan penalti to score. Itu orang cakap. And aku pun cakap macam tu jugak. Sime Darby, probably over dependant on Ronaldinho?Or maybe nervous main stadium full house. Lain actually main dekat stadium kecik nak berbanding main kat SNBJ. Sime Darby probably ada game plan. Maybe try to hit on the break, well ada one chance where they actually can score, but after doing the hard bit, Ronaldinho failed to do the most simple thing of passing to a teammate. But still, kudos to Sime Darby for being the first club to compete in the FA Cup Finals.

As for Kelantan, they were always the favourites. Star studded line up, better squad on paper, a result other than a win, is a disaster. But the highlight of the match pastinya berkenaan TSAM. Ya,TSAM duduk bersama penyokong. Selepas diban oleh FAM, TSAM tak dibenarkan hadir ke acara rasmi. So, what did he do, dia datang as a fan instead of a FAM Officer. I am not pro or anti TSAM. Even i criticized him for his actions, but if i had to choose between him and FAM, i'd go for him. So, i'd suggest lebih ramai pegawai samada dalam FAM atau FA negeri duduk bersama dengan supporter. Ini duduk nak tempat VIP je. Cuba once and a while keluar duit, beli tiket and duduk dengan penyokong. Baru tau apa kami rasa, kenapa kami tak puas hati dan lain-lain. Ini datang dahlah masuk free, duduk tempat VIP pulak tu. Bila supporter merungut, marah. Cuba faham dan dekati supporter yang keluarkan duit. Jangan ego sangat.

As for the pitch. Secara jujurnya, it wasn't great. Apa yang kelakarnya adalah before ni FAM kata stadium akan ditutup untuk kerja pembaik pulihan, so venue ditukar ke Shah Alam. Suddenly last week diorang buat sambutan ulang tahun UMNO. I never liked when they mix politics with sports especially football. I don't think any party in Great Britain uses Wembley to celebrate their Anniversary? Apa gunanya PWTC? Apa gunanya PICC? We have lots of places untuk dibuat tempat gathering, why the stadium? Seriously, let's kick politics out of football. And now kononnya stadium akan ditutup until Piala AFF. Let me ask you this, do you think FAM akan bagi Arsenal and Man City main dekat Stadium Shah Alam? Come on, ya, they are stupid, but when it comes to money, diorang pandai sikit, especially bila duit tu, duit peminat bola. Tiket mahal, tapi seat sikit or tiket mahal, seat banyak. Go, figure.

Disebabkan FA Cup, Sime Darby dapat supporter. Ramai jugak supporter Sime Darby. So, supposedly next league game kenalah stadium at least half full kan? Seriously, Sime Darby tengah fight dengan ATM and Pahang untuk naik ke Liga Super next season. Janganlah jadi penyokong bermusim ye. So, now, teruskan fokus ke Liga Super and after that Piala Malaysia. Maybe it's time we start taking local football seriously. Fans Sarawak and Kelantan dah. Kita bila lagi? And tahniah kepada The Red Warriors kerana menjadi juara Piala FA 2012.Gomo Kelate Gomo!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, May 16, 2012

Preview: Sime Darby vs Kelantan : Mari jadikan #FinalPialaFA2102 trending di Twitter

Final Piala FA 2012. Sime Darby vs Kelantan. As usual, aku takkan sentuh sangat pasal the line up and stuff. Itu, baca dekat paper. Or any other blogs. Biasalah, blog ni meroyan sikit. or banyak. Depends. This is the first cup final this year. Lepas ni, semua team boleh concentrate on Liga Super dan lepas tu Piala Malaysia 2012. Tak ramai yang pandang sangat Piala FA ni. Kat Malaysia ni, Piala FA dah macam Carling Cup kat England. Orang lagi pandang Piala Malaysia. Maybe sebab history Piala Malaysia sebagai antara competition tertua. Samalah macam FA Cup England. Dia hypekan the history. Giant killing and stuff.

So, sama je sebenarnya actually dengan final Piala FA 2012 tahun ni. David vs Goliath. Usually, kita akan dihidangkan dengan benda yang sama, pertembungan 2 gergasi. Samalah macam Piala lain. Di England, Liverpool vs Chelsea, German menemukan Bayern Munchen dengan Borussian Dortmund, Sepanyol, Barcelona vs Athletic Bilbao, itu pun sebab Barca dah jumpa Real awal-awal. Kalau tak, konfirm Barca vs Real. The unpredictability tu tak ada. Cuma Carling Cup je lain, sebab Liverpool jumpa Cardiff City. But probably because most big team tak ambik berat sangat Piala tu sampailah ke final baru hantar first 11. Usually carling Cup ni tempat groom young players.

Piala FA or Piala Malaysia sejak dua menjak ni actually dah boleh target finalis siapa. Kelantan. Since diorang now antara top team kat Malaysia, so adalah menjadi satu kewajipan untuk diorang at least ke Final Cup Competition. Last year dikecewakan Terengganu. Probably sebab tak ada strength in depth. So, now diorang dah ambik safety measure untuk elak fatigue, diorang tambahkan star player. Indra, Nor Farhan masuk balik. At least takkan terlalu dependant on Mat Yo. Ditambah pula dengan player import especially Ghaddar yang semakin tunjukkan prestasi cemerlang. Walau bagaimanapun, kes TSAM sedikit sebanyak mungkin akan memberikan impact kepada The Red Warriors. Good or bad, bergantung kepada diorang. And now dah diannounce yang TSAM hanya boleh datang atas kapasiti penonton dan duduk dengan supporter. Tak ada layanan VVIP. Maybe time ni dia boleh rasa apa yang fans rasa. Maybe a good thing untuk dia. Who knows right? Ramalan biasa adalah Kelantan akan menang.

But don't write off Sime Darby just yet. Sime Darby merupakan kelab pertama bertanding di Final Piala FA. Sebelum ni MPPJ pun pernah ke final, tapi Piala Malaysia and diorang menang. Menjadi kelab pertama julang Piala Malaysia. And ini bola sepak. If Greece and Denmark boleh defy the odds and menang Euro, kenapa Sime Darby tak boleh menang Piala FA? If nak kata Sime Darby tak power, ingat, diorang dah sampai ke Final.Diorang beat Terengganu kat semi Final.Star player Sime Darby dah semestinya Patrick Ronaldinho. Dengar nama pun orang dah tau power. Ha!nampak?

Well, itu ulasan sikit je. Tak berapa sikitlah. Now, let's go to the main thing. The match itself. Pada hari yang sama or lambat sikit akan berlangsung Champions League final. I wonder, berapa ramai football fans kat Malaysia ni yang excited pasal Final Piala FA berbanding Champions League? Kelantan vs Sime Darby or Chelsea vs Bayern Munchen? i dare to say, lebih ramai kalau berborak, akan highlight pasal Champions League final. Pasal betapa dramatiknya kemenangan Chelsea kalahkan Barca di semi dan Bayern kalahkan Real Madrid. Suruh namakan first eleven both teams pun rasanya tak ada masalah. So, how do you actually beat that? Actually it's not a problem. You can't beat that. But, you can always learn from it. Macam entry aku before ni pasal EPL marketing. Sama jugak dengan UCL. Tengok strategi dia. Sime Darby vs Kelantan boleh dijadikan satu perlawanan epik. David vs Goliath. Kelab kecil menentang Juara Liga Super 2012. Jangan biarkan Final Piala FA ni jadi Final Carling Cup yang orang tak berapa nak pandang sangat. The media kena be fair. Jangan asyik highlight pasal kemenangan Man City, Dalglish kena pecat, Final UCL, Euro and benda lain. EPL dah habis and Euro belum start lagi, tapi kenapa sibuk hype kan? Dah lepas, and too late. Untuk this week sahaja, fokuskan on the FA Cup. Ini tunggu Sabtu barulah ada coverage lebih sikit. Itu pun nanti sekali dengan final UCL. Createkan hype macam Malaysia vs Singapore and Malaysia vs Indonesia. Berapa kali dah aku guna 2 match tu sebagai contoh.

Hype it. Aku sure ramai neutral nak support Sime Darby this Saturday. Perkara biasa bagi manusia untuk support underdog. We love surprises. We love Fairy tale ending. It's in our genes. Macam masa MPPJ menang dulu. Jangan kata orang PJ, orang luar PJ, bahkan negeri lain pun gembira tak ingat dunia. Kita suka bila underdog menang. Macam cerita Rocky IV dengan Real Steel la. So, use it. Bukan tak ada benda nak hype. Untuk buat benda ni, media kena fikir macam kapitalis. Or at least macam marketing. Atau bukan media pun, maybe FAM or Fans yang berminat nak tolong hypekan. Fikir macam mana nak jual benda ni. Orang kita ni suka ikut trend, so, untuk this week jadikan borak pasal Final Piala FA ni sebagai trend. Kat twitter letak hashtag #FinalPialaFA2012 setiap kali tweet. Sebarkan, lama-lama hype lah dia. Nak harapkan media je pun susah.

At least, if tak nak pergi stadium, that's the least we can do. Hypekan Piala FA 2012 ni. Biar trending. Semua fans yang pergi maybe boleh start banter. Menganjing each other macam korang dok menganjing bebudak MU masa Man City menang title. If untuk team berjuta batu jauh korang boleh buat, kenapa yang depan mata tak boleh. Ye dak? So, let's put extra effort on this. Start now until Saturday. Yes, we can.

#FinalPialaFA2012
#SimeDarby
#TheRedWarriors

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Monday, May 14, 2012

Senarai 26 Pemain yang dipanggil oleh King Raja

Senarai 26 Pemain yang dipanggil oleh Datuk K. Rajagobal untuk menjalani latihan pusat bermula 21st May 2012 di Wisma FAM (untuk perlawanan menentang Philippines dan Singapore).

Farizal Marlias (N. Sembilan),
Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan),
Sharbinee Allawee (Terengganu),
Mahali Jasuli (HMA),
Bunyamin Omar (Selangor),
Aidil Zafuan (ATM FA),
Amirizdwan Taj (ATM FA),
Fadhli Shas (HMA),
Asrarudin Putra Omar (Selangor),
Sabree Abu (Kedah),
Faizal Muhammad (Terengganu),
S. Subramanian (Kelantan),
Safiq Rahim (Selangor),
K. Gurusamy (Selangor),
Amar Rohidan (Kedah),
Shakir Shaari (Kelantan),
Ashaari Shamsudin (Terengganu),
S. Chanturu (Kelantan),
Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan),
Khyril Muhymeen (Kedah)
Shahurain Abu Samah (N. Sembilan),
Wan Zack Haikal (HMA),
S. Kunalan (N. Sembilan),
Faiz Subri (PBDKT T-Team),
Shakir Ali (N.Sembilan),
Safee Sali (Pelita Jaya FC),

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, May 9, 2012

Wednesday Wiki: Nazmi dan S.C Beira Mar




Hari ni kecoh dengan news bahawa pemain tengah Harimau Muda yang menjadi fenomena selepas menunjukkan permainan cemerlang pada Sukan SEA 2011, Nazmi Faiz Mansor telah dilamar oleh kelab Portugal. Ramai yang tertanya tanya kelab mana Nazmi bakal main? ada ura-ura kata bekas kelab Cristiano Ronaldo. Maka ramailah yang teka kata Sporting Lisbon. Ada jugak yang malas nak ambik tau, takut macam kes dulu, banyak rumors but in the end tak ada apa pun.

But now, secara rasminya dah keluar statement bahawa Nazmi Faiz telah berjaya menarik perhatian kelab Portugal, S.C Beira Mar dan akan pergi menjalani pemilihan di sana Ahad ini. I must remind you that ia hanya selection. Belum konfirm masuk lagi. Bukan nak menjatuhkan or apa, takut ada yang mengharap and then end up mencaci macam kes Safee Sali dan Safiq Rahim. Kes Nazmi ni lain sikit. Apa bezanya? sama je, selection jugak you say? no, sangat berbeza. Nazmi dipanggil apabila ejen dan scout kelab tersebut melihat permainan beliau di liga Singapura. Safee dan Safiq dipanggil atas kapasiti owner Cardiff rakyat Malaysia.




S.C Beira Mar kini menduduki tangga ke-12 daripada 16 pasukan di Liga Sagres Portugal. Antara bekas pemain terkenal yang pernah bermain di kelab ini adalah Eusebio dan Antonio Sousa. Tak kenal siapa Eusebio? Dia digelar Black Panther dan antara tonggak utama Portugal dan Benfica dahulu. S.C Beira Mar bermain di estadio Municipal de Aveiro. Apa yang menariknya jersi utama pasukan ini sama macam jersi Harimau Malaya. Nickname mereka adalah Auri Negros atau dalam bahasa Inggeris Gold and Blacks.



If nak kata kelab ni tak top, ingatlah ini kelab Eropah. Boleh jadi tempat yang bagus untuk Nazmi mempelajari benda baru dan meningkatkan tahap permainan beliau. One thing pasal generasi sekarang adalah aku rasa mental toughness diorang lebih dari player dulu. Aku tak rasa Nazmi akan rindu nasi lemak or roti canai Malaysia if dia dapat main sana. Lim Teong Kim pernah cakap, dulu time Akmal Rizal main kat Eropah, dia lack mental toughness. Aku rasa Nazmi wont be like that.

Nazmi ada talent and youth on his side. Dia mesti menggunakan peluang ni sebaiknya. Jangan balik unless untuk melawat keluarga time pre-season. Dalam erti kata lain, gunakan peluang tu sebaiknya dan dapatkan kontrak bermain di sana. Jangan  balik empty handed. Kami di Malaysia tahu anda boleh melakukannya dan buktikan anak Malaysia bukan calang-calang. Kita dah mampu sampai ke angkasa lepas, jadi kita mampu juga bermain di Eropah. Hoki dah layak ke Piala Dunia Remaja, dah sampai masa bola sepak tunjukkan belangnya.

Kepada Nazmi, kami mendoakan kejayaan anda. We believe in you and we will support you all the way! do your best, and make us proud! Selamanya Harimau Malaya!

-Tanah Tumpahnya Darahku-


Monday, May 7, 2012

Monday Madness: Kenapa EPL sukses?

Final Piala FA England dah lepas. Liverpool vs Chelsea. Penuh semua kedai mamak and kedai makan yang pasang big screen. Member aku selaku tokey stall DAM Burger kat Setapak tersenyum girang. Customer ramai. Supporter Liverpool dan Chelsea yang aku sure bukan datang dari area Merseyside atau London memenuhi semua meja yang ada. From Rasta TTDI sampailah ke A.Malik di Setapak penuh dengan baju merah dan biru. Habis game, Chelsea menang 2-1. Baju biru gembira, baju merah hampa. Tokey kedai A-Malik Setapak sampai kena pukul.

Well, aku bukan nak highlight pasal final FA Cup. But apa yang aku nak highlight adalah kegilaan rakyat Malaysia terhadap bola sepak di England. Ya, England. Tak boleh nak sebut eropah. Sebab berapa ramai yang tengok Final Copa Del Rey kalau Real Madrid dan Barcelona tak bertemu di final? Berapa ramai yang tengok final Italian Cup? French Cup? German? So, kebanyakan peminat bola sepak di Malaysia berkiblatkan England. That is why bila apa-apa, kita akan comparekan dengan EPL. Tak habis habis kita target nak player Malaysia main EPL. Tak dapat EPL, Championship,League One or Two England jadilah. Maybe sebab kita pernah dijajah oleh British, maka dengan itu kita lebih tertumpu kepada England.

England memang dah lama diikuti oleh rakyat Malaysia, dari zaman Liverpool kuasai liga, ke zaman Manchester United dan Fergie Fledgling, Arsenal melalui whole season unbeaten, Chelsi jadi Chelski dan sekarang Man City bakal kuasai liga. Setiap tahun, liga England bertambah menarik. Menarik tak bererti terbaik. Apa sebenarnya tarikan Liga England sampai kita tergila-gilakan player di sana? Maybe ada yang boleh kita laksanakan di Malaysia?

Well, first adalah kehebatan mereka mempromosikan brand Liga mereka. Aku suka berfikir dari sudut marketing. Produk tak hebat tak apa, asalkan marketing bagus. kalau marketing kau bagus, kau boleh jual aiskrim kat kutub utara dan jadi jutawan. Kenapa aku kata marketing atau promotion mereka bagus? Well, kalau relegation dog fight diorang pun boleh buat kita teruja, padahal bukan team besar, meaning marketing strategy mereka berjaya la kan? Wigan,QPR, Bolton, Blackburn. Kita boleh kenal player mereka lebih dari player kebangsaan kita. Mereka menjual produk mereka dengan bagus. Setiap perlawanan dipromosi dengan bagus, contohnya, setiap season kita disogokkan dengan promo menarik setiap kali ada pertembungan di antara big 4. Kadang-kadang 2 minggu sebelum game pun dah promo. Biarpun in the end game macam tahi, seri 0-0 atau menang 1-0 kerana own goal pun dah mampu buat semua kedai mamak penuh dan semua kedai makan yang baru nak bukak, terkial kial pasang astro.

Pernah kita kisah Cologne kena relegate? Kita tak kisah pun apa jadi kat La Liga unless berkaitan dengan Real Madrid dan Barcelona. Kita tau tak Malaga sekarang macam Man City? Paris St Germain di Ligue One Perancis pun berhabis banyak, beli Javier Pastore, dan cuba memulakan revolusi walaupun sekarang Montpellier lead, bukan Lyon, Marseille atau Lille, tapi Montpellier, tapi kita tak inzal pun?Serie A, Juventus dah berjaya menjulang scudetto ke 30 mereka mengatasi AC Milan, berapa kerat je yang ghairah sambut? Borussia Dortmund yang kekalkan kejuaraan season lepas dengan cemerlang? belum kira liga Belanda yang Ajax menang lagi or Liga Belgium yang balik balik tengok kat berita TV3 pasal Anderlecht je.

So, itu bermakna promosi EPL sangat bagus. Satu benda yang perlu dikaji, dipelajari dan dipraktikkan di Malaysia i think.Bukan aku suruh promosi maksudnya aku nak suruh diorang terpacak duduk TV tengok. Well, maybe pada orang yang jauh atau rakyat Malaysia di luar negara. But cuba kita jadikan setiap pertembungan tu satu benda yang menarik. Media kena mainkan peranan. Kita pernah buat masa Final Piala Suzuki, Kelayakan Piala Dunia menentang Singapura dan Final Sukan SEA. Masa tu kedai makan penuh dengan jersi Harimau Malaya, Stadium Bukit Jalil dihadiri 100,000 penyokong walaupun kapasiti sebenar yang boleh sumbat adalah 80,000 orang. Keghairahan tu ada, tapi mati kat situ je. FAM atau Astro Arena perlu wujudkan satu divisyen khas untuk promosi game di Malaysia. Ini balik balik pun highlight bila team atas bertemu sesama sendiri macam Singapura lawan Selangor, Singapura lawan Kelantan. Dah macam tak ada modal. No, kalau kau pandai market, kau akan dapat cari info berguna untuk promosikan setiap perlawanan. Banyak fakta dan history yang boleh dicari, pendek kata jangan malas. Tapi tanggungjawab bukan sekadar di tangan FAM dan media. FA negeri pun kena mainkan peranan. Letak sekurang-kurangnya satu billboard di setiap daerah di negeri masing-masing. Bagi info perlawanan minggu tu. Peminat mungkin boleh buat zine dan edarkan di stadium Bagi peminat dan penyokong rasa close dengan team. Biar mereka rasa mereka sebahagian dari team tu. Kelantan ada buat semua tu.

Kalau rakyat Malaysia boleh kena player dari kelab bawah EPL macam Wigan, Wolves, QPR, Norwich, Swansea bahkan dari Championship macam Cardiff City, Leicester City, Swindon bahkan Brighton and Hove Albion, tak ada sebab untuk kita tak boleh jual produk atau brand kita sendiri. Kita sekarang dah ada player import, kemasukan Singapondan sedikit sebanyak memberi kelebihan dari segi promosi untuk Liga Malaysia. ATM yang sekarang dah macam Man City pun membantu ditambah pula dengan Sime Darby menjadi kelab pertama layak ke Final Piala FA. Semuanya dah tersedia, cuma tak ada orang atau tak ada usaha untuk menjualnya atau create brand bagi promote Liga Malaysia. I would be honored kalau aku diberi tugas tu, tapi kini aku hanya mampu tolong kat sini je. Well, all football lovers yang menyayangi bola sepak Malaysia, if diorang tak nak buat, kita buat. Kita tolong promote. If ada individu yang rajin, buat Video dan post kat facebook. Bloggers, kita buat preview, review untuk game. Bagi history, biar supporter kenal the player and dapat knowledge pasal liga Malaysia. Work together and we will succeed. Au Revoir.

-Tanah Tumpahnya Darahku-