Monday, February 28, 2011

Hitam, Kuning dan Biru : Kisah Kulit Sang Harimau

Pasukan Malaysia dikenali di seluruh dunia sebagai Skuad Harimau Malaya, atau kalau orang putih, die panggil kite 'The Tigers'.. Sebab tulah jersi home kite berwarna kuning hitam, tak kisahla jalur hitam ataupon ade sikit-sikit kaler hitam..namun sekarang nampaknye kite sudah mula kurang memakai jersi hitam kuning yang selama ini sinonim dengan Pasukan Harimau Malaya kita..Kita sudah mula banyak menggunakan jersi biru atau away kit..Jersi biru ni dulu hanya berwarna biru semata-mata, namun sejak Nike menjadi sponsor kepada skuad Harimau Malaya, mereka telah mengubah jersi biru ini mengikut warna bendera Malaysia..


Sejak kita memenangi Sukan SEA pada tahun 2009, kita sudah jarang menggunakan jersi Hitam Kuning dengan alasan jersi itu tidak membawa tuah..Memang kalau kita lihat pada pencapaian skuad kebangsaa kita pada hari ini, kebanyakan perlawanan yang dimenangi adalah menggunakan jersi biru atau away kit, contohnya ketika Sukan SEA 2009, perlawanan persahabatan menentang Korea Selatan pada tahun 2010, dan juga ketika menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun lepas..Kita tewas pada Indonesia 5-1(opening game) dan seri 0-0 dengan Vietnam (Semi-Final) ketika menggunakan jersi hitam kuning..So, adakah kenyataan bahawa jersi hitam kuning ni takde luck? bagi aku, itu karut..Kita dah lame menggunakan jersi hitam kuning ni, dari zaman Datuk Ghani Minhat, ke zaman Allahyarham Mokhtar Dahari sampaila ke sekarang.. Dulu kita layak ke Olimpik 1976 dan 1980, menang Pingat Gangsa kat Sukan Asia Teheran, menang Pingat emas Sukan SEA, semua pakai jersi kuning hitam atau kuning sahaja..So, macam mana kita boleh kate jersi ni takde luck..Jersi hanyelah pakaian yang membezakan setiap pasukan..Kecuali kalau korang main bola petang2, yang membezakan pasukan adalah sape kena gol dulu bukak baju..



Namun, benda ni sebenarnye bukan ade kat Malaysia je, team-team terkenal pon ade jugak hal-hal macam ni. Sebagai contoh, pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson pernah menyuruh pasukannya tukar jersi warna lain masa half time dengan alasan jersi tu takde luck dan juga die pernah ban jersi away berwarna hitam Manchester United selepas kes Eric Cantona mengkarate kick seorang peminat pasukan lawan..Perancis pon ade jugak kepercayaan diorang, rakyat Perancis percaya jersi Perancis sepatutnya ada line merah melintang kat tengah2 jersi diorang, sebab tu mase diorang terkeluar awal mase Piala Dunia 2002, diorang kate takde luck sebab takde line merah tu..Tapi mase out Piala Dunia tahun lepas, ade line merah..so?pikir-pikirla sendiri..



Lagi satu perkara yang membezakan jersi sekarang dan yang lepas2 adalah penggunaan kembali bendera Malaysia di dada baju.. Design-design Nike sebelum ini menggunakan logo FAM di dada..Peminat-peminat jersi berbelah bagi..Ada yang kata sepatutnya logo FAM digunakan sebab negara-negara lain pon gunakan logo persatuan bola sepak masing-masing..ada yang kate Jalur Gemilang patut digunakan sebab player main untuk negara bukan untuk persatuan..Untuk aku,aku prefer penggunaan bendera..sebabnya mudah, kalau gune logo, player akan nampak eksklusif, seakan-akan mereka adalah hak milik FAM..tapi dengan penggunaan bendera Malaysia a.k.a Jalur Gemilang, ia menunjukkan player adalah hak milik negara, bermain untuk negara, so rakyat Malaysia akan rase mereka berjuang bersama-sama player2 ni..

Berbalik kepada penggunaan home atau away kit Malaysia, kita sebagai penyokong kena pilih kita nak pakai kaler ape..ini disebabkan kite kena ade satu warna yang sama..Kan tak meriah kalau kat stadium warna bercampur-campur..Cuba kalau semua penyokong menggunakan warna yang sama, nampak tersusun dan sikit sebanyak pemain lawan akan rase gerun..Kalau ikutkan Ultras Malaya (sorie kepade sape yang tak minat Ultras Malaya), kaler rasmi kite adalah hitam kuning, tak kiralah player kite pakai kaler ape, lagipon gelaran kite Harimau Malaya..Jadi buat peminat bola sepak tanah air, jangan lupe temujanji kite 9 Mac ni..Walaupon tengok depan TV(sape yang pegi tengok kat Lahore, memang aku respek), marilah kite menyarungkan jersi kebangsaan dan kibarkan bendera kita!!Aummm!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Friday, February 25, 2011



Buat anda yang baru nak berjinak-jinak dengan Ultras Malaya, ini adalah antara Chant yang mereka nyanyikan ketika di stadium.. Bolehlah copy dan print kalau2 nak follow Ultras mase gi stadium.. Jangan risau, diorang lagi suka kalau ramai join diorang..Diorang bukan berlagak punye orang.. Ultras bukanlah satu kelab eksklusif yang korang perlu isi borang atau bayar yuran keahlian.. yang penting korang betul-betul semangat untuk memberi sorakan kepasa pasukan Harimau Malaya dan ade stamina sebab diorang ni akan menyanyi dan bersorak sepanjang 90 minit perlawanan..Rehat kejap mase half time dan sebelum kick off..So, please enjoy..

CHANTS ULTRAS MALAYA
1. BERJUANGLAH
Ole-Ole..
Ole-Ole-Ole-Ole
Berjuanglah
Pahlawanku…
Satukanlah Tekad Semangatmu
Kami Rela..Korban Nyawa
Demi Daulat Negara Tercinta (ulang balik dari mula sampai abis)


2. BANGKITLAH
Ayuh Bangkit Bersama
Demi Nusa Dan Bangsa
Kan Ku Julang Namamu Oh Tanah Airku
Malaysia Yang Satu
Kan Kujulang Namamu Oh Tanah Airku
Malaysia Yang Satu
MALAAAYSIAAAA!!!
Ooooooooooooooooo
Oooooooooooooooooo
Ooooooooooooooooooooo


3. OH MALAYSIA
ooooooooooooooooooooooo
oooooooooooooooooooooooooooo
oooooooooooooooooooooooooooooooooo
Oh Malaysia Engkau Tetap Dihati
Oh Malaysia Gunung Sanggup Didaki
Oh Malaysia Lautan Kurenangi..Berjuang Dan Berbakti Untuk Ibu Pertiwi
Oh Malaysia Tanah Tumpah Darahku ..
Ku Korbankan Nyawaku
Hidup Mati Untukmu…00000
Ooooooooooooooooooooooooo
Ooooooooooooooooooooooooooooooooo (Ulang Dari Mula Sampai Abis)



4. MANGGIS
Ku Coba, Coba Melempar Manggis
Manggis Ku Lempar, Mangga Ku Dapat
Ku Coba, Coba Melamar Gadis
Gadis Ku Lamar, Janda Ku Dapat!


4. INILAH BARISAN KITA:
Inilah Barisan Kita,
Yang Ikhlas Berjuang,
Siap Sedia Berkorban
Untuk Ibu Pertiwi
Sebelum Kita Berjaya
Jangan Harap Kami Pulang
Inilah Sumpah Pendekar Kita
Menuju Medan Bakti
Andai Kata Kami Gugur Semua
Taburlah Bunga Di Atas Pusara
Kami Mohon Doa
Malaysia Berjaya
Semboyan Telah Berbunyi
Menuju Medan Bakti


5. PENING LALAT
Kita Semua Sepakat
Bersorak Beri Semangat
Mengharap Kemenangan Untuk Malaysia
(Ulang)



6. TAK TAKUT
Ale Ale Ale O
Sikit Kita Tak Takut
Ale Ale Ale 0
Kau Datang Kita Gempur
Ale Ale Ale O
La La La La La La La La (4x)



7. TUNJUK BELANG
Ole Ole Ole Ole Ola
Ole Ole Ole Ole Ola
La La La La La La La La La La
La La La La La La La La La La
Kita Masuk Padang
Dia Cuma Pandang Pandang
Kita Tunjuk Belang
Dia Lari Lintang Pukang



8. WE LOVE YOU
We Love You
We Love You
We Love You
Oh Malaysia We Love You
We Love You, We Love You
Ooooooooooo (4x)


-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, February 23, 2011

Review Kelayakan Olimpik 2012: Pakistan Jatuh ditimpa eskalator



Malam tadi Skuad Harimau Malaya sekali lagi meneruskan kecemerlangan dengan menundukkan sekumpulan penjual karpet dengan 2 jaringan yang menarik daripada 2 orang pemain tengah skuad kebangsaan iaitu Wan Zaharulnizam dan Mohd Irfan Fazail. Sekali lagi aku berjaya ke Stadium untuk menonton ditemani sepupu aku Mohd Syahidan b. Shaari. Apa yang aku tengok pasal skuad bimbingan Ong Kim Swee ini adalah mereka tiada pemain kreatif yang mampu memberi ancaman. First half aku menyumpah2 kerana Malaysia mengamalkan corak permainan zaman-zaman dulu, dengan long pass ke Striker. Tiada posession, pemain malas, pemain tunggu bola dan bercelaru. Second half ada improvement walaupon tiada gol. Gol-gol yang dijaringkan memang cantik, namun harus diingat bahawa kedua-dua gol berpunca dari kesilapan pertahanan Pakistan. Jika Ong Kim Swee tidak berusaha mengatasi masalah ini, Skuad muda kita akan berdepan masalah jika bertemu pasukan yang lebih kuat seperti Jepun, Korea Selatan atau mana-mana negara Arab.


Sepanjang permainan, banyak kali pahala aku kurang dan dosa aku bertambah kerana banyak perkataan kurang enak dan carutan yang keluar dari mulut aku dek pemain Pakistan yang sangat lembik. Berlaga sikit, berguling macam kena tembak. Mungkin pemain Malaysia sepatutnya sudah tahu taktik Pakistan kerana naik eskalator pun diorang boleh jatuh (rujuk suratkhabar hari Selasa) inikan pula berlaga dengan pemain-pemain kita yang sasa. Tapi selembik-lembik diorang, diorang pandai kungfu jugak. Tak percaya? tanya Khairul Fahmi yang kena terajang dengan pemain Pakistan. Padan muka kena red card.

                                                                           

 VS







Malam ni aku berpeluang mendekati dua pasukan penyokong yang menggamatkan stadium. Mula-mula aku dapat merasai menjadi sebahagian daripada Ultras Malaya. Mereka sangat friendly. Diorang memang semangat ajak penyokong skuad Harimau Malaya untuk join diorang. Walaupon korang tak tau chant diorang or pergerakan, dont worry, korang akan dapat tau on the spot coz diorang ade untuk lead. Aku yang memang buta kayu bab-bab menari ni terus jadi terer. Hahaha..Thumbs up to them coz semangat menyokong pasukan Malaysia dan terus bersorak sepanjang 90 minit permainan. Next, aku join pulak kumpulan rebana ubi Selangor. Diorang ni selalu ada untuk game2 Selangor. Game Malaysia aku tak sure diorang selalu ade or tak sebab ini kt Shah Alam, so mestila diorang ada. Diorang ni terdiri daripada pakcik-pakcik ataupun dikira golongan senior. Diorang ni kira orang yang bagi kiu untuk penyokong bersorak. Korang boleh kate aku bias coz dalam entri aku yang lepas aku ade cakap aku lebih suka dengar sorakan berbanding ketukan gendang, tapi malam ni menguatkan lagi fakta tu. Aku duduk dengan Ultras sekejap je, tapi aku lebih terasa semangat berbanding duduk sepanjang 90 minit dengan pasukan rebana. Serius. Yang lebih mendukacitakan aku adalah, ada sebilangan pemain gendang yang mempersendakan chant dan movement Ultras dan setiap kali Ultras cuba mengajak penyokong bersorak bersama mereka, pasukan rebana ini seakan-akan mengacau dengan sengaja memainkan rentak rebana yang memerlukan penyokong bersorak sedangkan ketika itu mereka sedang berehat. Mungkin disebabkan perbezaan ideologi di mana Ultras diterajui oleh orang muda dan Pasukan Rebana ditunjangi oleh golongan senior. Walau ape pon, keduanya patut bertoleransi kerana kedua-duanya diasaskan untuk menyokong pasukan Harimau Malaya. Tidak perlu ada persengketaan kerana apa yang penting adalah skuad Malaysia. Kepada penyokong-penyokong yang membanjiri stadium malam tadi, terima kasih dan tahniah kerana terus menyokong Harimau Malaya. Next stop, Lahore!

p.s: sorie takde gamba coz aku tak bawak kamera kali ni.


-Tanah Tumpahnya Darahku-


Sunday, February 20, 2011

Preview: Malaysia U-23 vs Pakistan U-23: First Step to London


Rabu ini bermulalah perjuangan pasukan bawah 23 negara dalam langkah menuju ke London 2012. Untuk sesiapa yang pernah miss entri sebelum ni, Malaysia akan menentang Pakistan di Stadium Shah Alam, Rabu ni. Anak buah Ong Kim Swee sudah semestinya mahu mengulangi sejarah wira-wira terdahulu yang berjaya layak ke Sukan Olimpik. Setakat ini Malaysia hanya layak dua kali ke Olimpik iaitu pada tahun 1976 di Munich dan 1980 di Moscow, namun Malaysia menarik diri dari Olimpik Moscow di atas dasar politik. Skuad yang dianggotai pemain-pemain ternama seperti Soh Chin Aun, Santokh Singh, Wan Jamak dan ramai lagi masih tidak dapat ditandingi lagi.



Persediaan untuk perlawanan kelayakan Olimpik ini sudah dimulakan sejak Januari lagi dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Thailand (tewas) dan Singapura (menang). Pakistan walaupun menduduki ranking yang lebih rendah dari Malaysia, tidak boleh dipandang enteng. Dalam bola sepak, apa-apa mungkin terjadi. Bak kata pepatah, Bola itu bulat. Anak buah Ong Kim Swee sudah semestinya tidak boleh tewas. Berbekalkan pengalaman mereka bermain di Slovakia dan juga sebilangan dari mereka yang bermain dalam Skuad senior Harimau Malaya, mereka sepatutnya mampu menewaskan skuad The Green Shirts ini tanpa masalah.




Dibantu oleh pemain-pemain seperti penjaga gol no.1 negara, Khairul Fahmi Che Mat, Perancang Kedah, Mohd Faizal Abu Bakar,penyerang Kedah Ahmad Shakir Mohd Ali dan penyerang Negeri Sembilan, Ahmad Fakri Saarani, Malaysia sudah semestinya lebih mantap berbanding Pakistan. Namun kecederaan yang menimpa penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris sudah semestinya merencatkan sedikit perancangan Ong Kim Swee.



Kelibat Wan Zack Haikal sudah semestinya dinanti. Kehebatan beliau yang sering dikatakan oleh Ong Kim Swee dinanti dan diharapkan mampu menjadi tunjang utama Skuad Harimau Muda ini. Apa-apa pun diharapkan peminat-peminat Skuad Harimau Malaya akan memenuhi Stadium Shah Alam, Rabu ini untuk memberi semangat kepada pasukan kebangsaan kita. Marilah kita meneruskan sokongan kepada mereka. Dengan adanya sokongan berterusan, Perjalanan ke London ini mampu direalisasikan!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Tuesday, February 15, 2011

Dimana Siaran Langsung?


Hari Sabtu yang lepas merupakan hari di mana rakyat Malaysia menjadi saksi kepada jaringan menarik Wayne Rooney dalam perlawanan derbi Manchester..Tapi berape ramai yang tau pada hari yang sama, ade perlawanan derbi yang berlangsung di Malaysia? Derbi Lembah Klang yang menemukan jiran setempat Kuala Lumpur dan Selangor yang juga menjadi perlawanan terakhir Safee Sali untuk Selangor. Selain perlawanan itu, ada lagi perlawanan yang menarik, antaranya seperti Perak bertemu Negeri Sembilan, Kelantan melawan Johor FC dan banyak lagi. Dalam banyak-banyak perlawanan tersebut, cuba teka, game mane yang ade live kat TV? Habuk pon takde!!

Kita ade RTM, Media Prima dan Astro sebagai saluran TV di Malaysia (tidak mengambil kira TV Al-hijrah kerana ia menumpukan kepada agama). Jadi sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku. Di mana peranan media yang semasa pasukan Harimau Malaya ke pentas final Piala AFF berebut nak siarkan? Media-media yang bila World Cup dan Euro sibuk berebut nak jadi Saluran Rasmi, tapi bila Liga Super buat bodoh. Sabtu lalu tidak kedengaran suara 'merdu' Haji Hasbullah Awang mahupun ulasan penuh selamber "macam berborak dengan member" Zainal Abidin Rawop. Yang kedengaran hanya ulasan pengulas dari England untuk perlawanan Manchester United VS Manchester City.



Kalau dulu, RTM merupakan penyiar rasmi untuk Liga Super. Maka kita dihidangkan dengan rancangan-rancangan bual bicara seperti Sebelum Wisel dan Wisel Penamat untuk kita mengetahui maklumat mengenai pasukan kegemaran kita. Tapi, semenjak Astro mengambil alih hak sebagai penyiar rasmi Liga Super, tiada lagi rancangan-rancangan sebegitu di RTM. Adakah RTM merajuk? Astro pula dah macam melepaskan batuk di tangga. Apa logiknya Astro Arena menyiarkan perlawanan hoki ketika ade perlawanan Liga Super yang sedang berlangsung? adakah kerana takut rating rendah kerana bertembung dengan Manchester derby? Jika Astro tidak bersungguh-sungguh dalam hal ni, lebih baik hak penyiaran dipulangkan semula kepada RTM atau berikan kepada syarikat lain yang lebih berminat. Astro mempunyai banyak saluran, untuk sukan sahaja, mereka ada Astro Arena, Astro Supersport1,2 dan 3. Tak kan satu pon tak boleh tunjuk game Liga Super Malaysia? Kenape FIFA Under-20 punye game boleh tunjuk?



Astro dan RTM dan mungkin Media Prima bersama dengan FAM dan MSL sepatutnya duduk berbincang mengenai perkara ini. Peranan media dalam menaikkan imej bola sepak Malaysia sangatlah penting. Rakyat Malaysia kini sudah mula acknowledge bola sepak Malaysia semenjak kemenangan di Piala AFF Suzuki yang lalu. Rakyat sudah mula mahu mengambil tahu mengenai pasukan kebangsaan dan negeri masing-masing Inilah masanya untuk media memainkan peranan. Jangan biarkan semangat ini lupus dek kerana masalah-masalah sebegini. Kalau susah sangat, wujudkan satu saluran khas untuk menayangkan bola sepak Liga Super ini. Mungkin satu saluran baru yang indipenden yang tidak bergantung kepada Astro, RTM mahupun Media Prima yang memang khusus untuk Liga bola sepak Malaysia. Kami rakyat Malaysia mahukan yang terbaik untuk bola sepak Malaysia. Kepada penggiat media di Malaysia, dengarkanlah keluhan kami yang tidak seberapa ini. Berikanlah yang terbaik demi bola sepak Malaysia.

-Tanah Tumpahnya Darahku-


Friday, February 11, 2011

Dari Kajang ke Jawa Barat: The Story of Safee Sali


Isnin ini, bermulalah lembaran baru bagi seorang wira. Pemergian Safee Sali ke Indonesia Super League menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat-peminat bola sepak tempatan. Ramai yang menyokong namun ada juga yang membantah. Pihak yang menyokong kata bagus die pergi sane sebab boleh menimba pengalaman, yang membantah pulak cakap pergi Indonesia same je macam main kat Malaysia, baik xpayah pergi. Personal opinion aku ialah, elok die pergi sementara ade peluang. Apatah lagi Kelab-kelab Indonesia main dalam AFC Champions League berbanding team-team Malaysia yang masuk AFC Cup pon taknak sebab takut terlampau banyak game kena main dan sebab kite takde player import. So, Safee, pemergian kau aku restui.



Safee Sali, anak kelahiran Kajang, Selangor ini dilahirkan pada 29 Januari 1984. Pemain yang sering memakai jersi nombor 10 ini pernah bermain untuk pasukan Kuala Lumpur (2003-2005), Sarawak (2005-2006) dan Selangor (2006-2011). Penggempur utama Skuad Harimau Malaya ini telah menjaringkan sejumlah 20 gol  untuk Skuad Harimau Malaya dalam 45 penampilan untuk Skuad Harimau Malaya (ini termasuk untuk skuad under 23). Perlawanan senior pertama Safee Sali untuk pasukan senior Harimau Malaya adalah menentang New Zealand pada 19 Februari 2006. Beliau menjaringkan gol pertama untuk skuad kebangsaan dalam perlawanan kedua menentang New Zealand.



Safee Sali menyarung jersi keramat nombor 10 yang pernah dipakai oleh legenda bola sepak Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari, untuk Selangor dan Malaysia, malah akan turut memakai nombor yang sama untuk Pelita Jaya. Safee telah menggondol anugerah penjaring terbanyak kejohanan untuk Pestabola Merdeka 2008 dan Piala AFF Suzuki yang lalu.


Tiga gol jaringan Safee Sali yang membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki buat pertama kali tidak akan dilupakan seluruh rakyat Malaysia. Penyerang berbadan sasa ini boleh dikatakan striker Malaysia yang paling hampir dengan Allahyarham SuperMokh, rembatan kaki kirinya ketika on the run dalam perlawanan kedua Final menentang Indonesia mengingatkan kita kepada jaringan-jaringan yang pernah dilakukan oleh Allahyarham SuperMokh. Buat Safee Sali, good luck untuk karier anda di Indonesia. Naikkanlah nama Malaysia di sana dan semoga anda kembali ke Malaysia sebagai pemain yang lebih hebat. Kami rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda di sana!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, February 9, 2011

Malaysia VS Hong Kong Review:dari Bukit Jalil ke Shah Alam


Malam semalam, Malaysia dengan jayanya menewaskan Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam. Kedua-dua gol boleh dikatakan 'Made in Shah Alam' kerana kedua-dua player adalah pemain Selangor yang biasa bermain di Stadium Shah Alam iaitu Safiq Rahim dan Amirulhadi. K. Rajagobal menggunakan taktik yang bijak dengan bermain passing football dan mengabaikan hantaran jauh dan bola tinggi kerana ketinggian pemain2 Hong Kong.


Aku dan 3 orang teman telah berada di Stadium dari pukul 4 untuk membeli tiket (walaupun pukul 5 barula diorang terhegeh2 nak jual). Setelah selesai makan dan solat, dalam pukul 7.30 kami masuk ke dalam Stadium. Friendly ni ramai jugak tengok berbanding zaman-zaman sebelum kita menang Piala AFF Suzuki dan semua yang datang menyokong Malaysia. Kalau friendly yang melibatkan team-team besar memang ramai macam masa lawan Manchester United, Chelsea, Brazil, tapi berapa ramai yang sokong Malaysia?



Ultras Malaya seperti biasa memeriahkan Stadium, namun sorakan mereka kadangkala ditenggelamkan oleh Pasukan Rebana Selangor. Personal opinion aku ialah, mereka patut bergilir-gilir. I'm not against Selangor or Pasukan Rebana Selangor, tapi aku lebih prefer sorakan berbanding paluan gendang sebab sorakan lebih memeriahkan dan menaikkan semangat kerana dalam sorakan ada kata-kata semangat. Walaupun jumlah mereka lebih sikit berbanding ketika Final di Bukit Jalil Disember lalu, sorakan mereka sepanjang 90 minit tetap bermakna.



Safee Sali disambut bagaikan hero dalam perlawanan malam tadi. Walaupun dia tidak menjaringkan gol, dia akan tetap dikenang sebagai hero Malaysia kerana membantu Malaysia menang dala Piala AFF yang lalu. Dia juga diberikan sambutan bagaikan hero kerana menjadi Pemain eksport pertama Malaysia ke Liga Super Indonesia. Apa yang membanggakan adalah setelah habis perlawanan, Safee berlari mengelilingi stadium sebagai tanda penghargaan kepada penyokong. Sekali imbas, dah macam ini perlawanan terakhir Safee pulak.Haha.


Malaysia sebenarnya memiliki banyak peluang untuk menambah jumlah jaringan tetapi tiang menjadi penghalang. Antaranya cubaan Safee Sali dan S. Kunanlan. Walaupun fizikal pemain-pemain Hong Kong lebih besar dan tinggi termasuklah seorang pemain import, Malaysia tetap berjaya menewaskan mereka sekaligus membenam mitos kita tak mampu menang dengan pasukan berfizikal besar. Corak permainan Malaysia dan keyakinan pemain-pemain Harimau Malaya memang hebat. Menggabungkan passing game dan skil, mungkin K. Rajagobal peminat Arsenal atau Barcelona.



Apa yang agak mengecawakan aku adalah, dalam perjalanan pulang ke rumah, aku bukak semua radio yang ada, dari Hitz.FM ke Muzik FM, takde satu pon yang bercerita pasal kemenangan Malaysia. Mane pergi tagline radio Harimau Malaya? nampak sangat diorang ni poser. Entah-entah tak tau pun ada game Malaysia malam ni sebab sibuk nak tengok England vs Denmark or Perancis vs Brazil. Memangla team yang kita lawan tu Hong Kong tapi supportla bola sepak Malaysia. Padahal masa lepas Piala AFF, semua sebok nak jadi Radio rasmi Harimau Malaya. Hak tuih! Selagi media kita macam ni, susah untuk kita memajukan bola sepak kita. Apa-apa pun kepada semua yang datang ke Stadium dan menyokong Harimau Malaya, You're the best and RM20 well spent!

-Tanah Tumpahnya Darahku-




Monday, February 7, 2011

Malaysia VS Hong Kong


Kepada semua penyokong tegar Harimau Malaya, konfirm korang dah tau Rabu ni ade friendly lawan team dari Asia Timur, iaitu Hong Kong.

Ok, ape yang kite tau pasal Hong Kong selain daripada filem-filem Jackie Chan, Jet Li dan Stephen Chow? ok, Persatuan Bola Sepak Hong Kong (HKFA) merupakan persatuan yang bertanggungjawab terhadap bola sepak di Hong Kong. Walaupun Hong Kong kini berada di bawah pentadbiran China, mereka tetap merupakan sebuah negara, oleh itu, mereka layak bermain di peringkat antarabangsa.


Perlawanan antarabangsa pertama Hong Kong adalah pada tahun 1949 menentang Korea Selatan. Kemenangan antarabangsa pertama mereka adalah pada tahun 1953 apabila mereka menewaskan Korea Selatan 4-0. Hong Kong mempunyai sejarah tersendiri dengan melayakkan diri ke Piala Asia dalam 3 daripada 4 edisi awalnya dan berjaya mendapat tempat ketiga ketika Piala Asia dianjurkan oleh mereka.


Pada tahun 2009, Hong Kong menewaskan Jepun untuk meraih pingat emas bola sepak dalam Sukan Asia Timur (lebih kurang macam sukan SEA). So, untuk perlawanan kali ni, kita dapat saksikan pertemuan di antara dua Juara, Juara Asia Timur vs Juara Asia Tenggara.Buat masa ini, ranking Malaysia lebih baik berbanding Hong Kong kerana mereka berada di tangga 146 dan kita berada di tangga ke 142.

Kepada semua penyokong, jangan jadikan alasan ini hanya sekadar friendly sebagai jalan keluar anda untuk tidak bersama-sama ke stadium.dan menyokong pasukan kesayangan kita. Ayuh kita penuhkan stadium sepertimana kita penuhkan semasa perlawanan akhir Piala AFF Suzuki yang lalu. Pemain ke-12 sangat penting untuk mencapai kemenangan!ayuh Harimau,kita gegarkan Stadium Shah Alam!!!


Aummm!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Friday, February 4, 2011

Pemain 'Import'



Agak lame aku tak update blog ni..sorie sebab bizi gile..ok,untuk topik kali ni, kita akan cakap pasal satu topik yang bleyla kate agak berat. Pemain 'import'. 'Import' yang aku maksudkan ni bukanla macam Singapura or Indon(Gonzalez) punye style, tapi merujuk kepada kes2 dimana pemain yang bermain atau tinggal di luar negara, tetapi mempunyai darah Malaysia. Dalam Bahasa Inggerisnya kite panggil 'Granny Rule'.

Kes ni bukanlah satu perkara yang baru. Banyak negara dah buat benda ni, especially United Kingdom yang terdiri daripada negara2 seperti England, Wales, dan Ireland. Sebagai contoh, Ryan Giggs lahir di England tetapi bermain untuk Wales, Vinnie Jones pon same..Atau pemain2 dari Perancis yang tak dapat menembusi skuad Perancis so diorang main untuk negara tok nenek diorang, macam Freddie Kanoute main untuk Mali walaupun die sebenarnye orang Perancis. Kat Asia Tenggara ni pulak, dua negara yang dah mula carik pemain2 yang bermain di liga luar tetapi ada darah negara tersebut macam Filipina dan Indonesia. Filipina dah mula merekrut ramai pemain yang bermain di Liga Inggeris tetapi mempunyai darah Filipina seperti adik beradik Phil dan Jim Younghousband yang pernah berlatih di Akademi Chelsea dan juga Indonesia yang mendapat suntikan semangat dengan ketibaan Irfan Bachdim yang bermain di Liga Eredevisie Belanda.

Seluruh Malaysia kini kecoh selepas penemuan seorang bintang berdarah Malaysia yang kini bermain di Liga Australia, Brendan Gan. Brendan lahir dan tinggal di Australia namun memiliki pertalian dengan Malaysia melalui bapanya yang merupakan rakyat Malaysia yang lahir di N. Sembilan.Brendan kini bermain bersama pasukan Sydney United dan merupakan antara bintang yang menjadi perhatian di Australia. Kalau terlambat, alamatnye Australia akan dapat player ni.



Ramai lagi sebenarnya player kat luar tapi ada darah Malaysia, contohnya seperti Tadashi Takeda. Mamat ni lahir di Pulau Pinang dan kini bermain di Liga Divisyen 2 Jepun. Malangnya die dah kata dia taknak main untuk Malaysia.


Ini pulak Tam Shean Tsung. Die kini sedang berlatih di Akademi Sao Paolo di Brazil. Pemergian beliau ke Brazil sebenarnya ditaja oleh sebuah Kelab Divisyen 1 Jepun iaitu Yokohama FC. Status beliau samada mahu bermain untuk Malaysia atau tidak, masih tidak diketahui.




Yang kat atas ni special sket coz die masih budak. Tapi melihat pada skil dan teknik yang dia ada, die sangat berbakat. Nama die Wan Kuzain Wan Kamal.Dia bermain di sebuah akademi di USA. Die dikatakan mempunyai kebolehan setaraf Messi dan semestinya die merupakan prospek yang menarik untuk Malaysia. Bayangkan kalau Malaysia ada player macam Messi, World Cup is not a dream..


This little fella bernama Ash Hameed dari Selangor. Tak, die bukan salah seorang pelancong yang melawat ke Training Ground Queens Park Rangers, sebuah pasukan yang bakal naik ke BPL dari Liga Championship England. Die berumur 13 Tahun dan selepas membantu Kelab Crest Academy memenangi Middlesex Watkin League Cup, die berjaya memikat kelab QPR untuk memberinya kontrak untuk 2 tahun.


Ah, the one we missed. Shaun Maloney. Aku jumpa die dalam game Championship Manager pada suatu masa dahulu. Anak Scotland kelahiran Miri ni mula-mula aku ingat hanya mitos until aku tengok die main untuk Celtic, Aston Villa dan Celtic balik. Aku ingat it was just a joke until commentator ade sebut dalam satu game mase die main untuk Aston Villa, " This Malaysian born boy". Baru aku sedar, ianya betul. Namun kita terlambat, die sekarang main untuk Scotland. Mamat ni memang bagus. How i wish die main untuk Malaysia.

Kesimpulannya di sini ialah, pemain-pemain 'import' ni perlu dipantau kerana jika betul-betul bagus, kita kena bertindak pantas untuk memanggil mereka. Jangan biar ramai lagi bakat-bakat seperti Shaun Maloney ni terlepas. Let's start with Brendan Gan. Kempen untuk memanggil pemain-pemain ini sudah mula rancak di Internet. Diharap mereka ini mampu membantu menaikkan negara kita bersama-sama pemain-pemain tempatan. Mereka juga boleh menjadi duta dan contoh kepada pemain lain bahawa, pemain Malaysia mampu bermain di Liga Antarabangsa. -Tanah Tumpahnya Darahku-

Brendan sedia timbang tawaran

JIKA Indonesia berbangga dengan pemain natrulisasinya dari Belanda, Irfan Bachdim, kini Malaysia juga mampu menguatkan lagi skuad kebangsaan dengan seorang pemain kelahiran Australia, Brendan Gan.
Pemain tengah Sydney FC itu kacukan Australia/Malaysia kini beraksi dalam Liga A Australia.
Pemain berusia 22 tahun ini dilahirkan dan dibesarkan di Sydney tetapi bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.
Mengikut peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), dia layak mewakili Malaysia.



Baru-baru ini, Brendan sempat menonton aksi skuad bola sepak negara menerusi siaran langsung ketika saingan Piala Suzuki AFF 2010 dan dia mengakui kagum dengan corak serta taktikal yang dipraktikkan ketua jurulatih, K. Rajagobal.
Dalam satu temu bual khas dengan Astro Awani baru-baru ini, Brendan juga menegaskan bahawa kelab yang diwakilinya sekarang memberinya galakan beraksi dengan skuad kebangsaan Malaysia jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan memanggilnya.
Brendan selesa bermain di bahagian tengah, namun dia juga berupaya beraksi di bahagian sayap kanan dan kiri.
Mungkin FAM kini boleh menghantar jurulatih, Rajagobal atau jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee ke Sydney untuk meninjau dan melihat sendiri kemampuan Brendan beraksi dalam saingan Liga A Australia.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad sebelum ini mengesahkan bahawa badan induk bola sepak negara itu akan segera menghubungi Sydney FC bagi mendapatkan butiran terperinci mengenai Brendan sebelum memanggilnya untuk tugasan antarabangsa.

-Sumber dari Kosmo-Online-
-Tanah Tumpahnya Darahku-