Wednesday, March 30, 2011

Undian Kelayakan Piala Dunia 2014 dan Kelayakan Olimpik 2012..

Baru sebentar tadi, undian telah dijalankan untuk menentukan perlawanan-perlawanan kelayakan peringkat Asia untuk Kelayakan ke Piala Dunia 2014 di Brazil dan Kelayakan Olimpik 2012 peringkat kedua di London..


Untuk kelayakan Piala Dunia 2014, seperti yang telah diketahui, Harimau Malaya terpaksa melalui peringkat kelayakan pertama kerana ranking kita yang rendah..Untuk peringkat ini 16 pasukan dengan ranking terendah di Asia akan bertemu sesama sendiri sebelum layak ke Peringkat kedua..Kita boleh dikatakan mempunyai harapan yang cerah apatah lagi dalam 16 pasukan tersebut, Malaysia mempunyai ranking yang kedua tertinggi selepas Vietnam..Untuk perlawanan kelayakan peringkat Skuad Harimau Malaya akan menentang Chinese Taipei@ Taiwan..Ini boleh dikatakan antara undian yang temudah yang boleh kita harapkan, namun kita tak boleh terlampau yakin..kerana bola itu bulat..Perlawanan akan berlangsung secara timbal balik dengan perlawanan di tempat sendiri adalah pada 29 Jun ini dan perlawanan di tempat lawan pada 3 Julai..Jika kita berjaya melepasi halangan pertama ini, kita akan bertemu pula dengan jiran seberang tambak kita, Singapura..Jika melihat pada prestasi semasa dan bukan ranking dunia, Harimau Malaya sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk menang ke atas pasukan The Lions ni..Kita merupakan Juara ASEAN dan Singapura bukan lagi kuasa besar bola sepak ASEAN..kecuali jika mereka terus mendaftarkan pemain asing ke dalam skuad mereka..Jika itu berlaku, mungkin kita akan berdepan dengan masalah..Harapnya kita akan mampu layak ke Peringkat ketiga Kelayakan Piala Dunia ini..Untuk perlawanan ini pula, kita akan bertandang ke Singapura pada 23 Julai dan bermain di tempat sendiri pada 28 Julai..Semoga Harimau Malaya akan terus mengaum dan melepasi peringkat-peringkat Kelayakan ini..




Selepas melepasi halangan pertama iaitu Pakistan dengan agregat 2-0, anak buah Ong Kim Swee akan berdepan pula dengan Lubnan @ Lebanon untuk peringkat kedua Kelayakan Olimpik London 2012..Sekali lagi kita bernasib baik kerana dapat mengelak daripada bertemu kuasa-kuasa besar bola sepak Asia seperti Arab Saudi, Jepun, Korea Selatan dan Australia..Lubnan berada di ranking ke 151 dunia, namun kita tak boleh mendabik dada kerana ranking kadang kala tak memberi makna apa pun..Yang penting anak-anak buah Ong Kim Swee perlu meningkatkan prestasi mereka untuk melepasi perlawanan ini..

Semoga anak-anak buah King Raja dan Ong Kim Swee akan dapat melepasi perlawanan-perlawanan ini..Ini merupakan undian yang mudah untuk kita, oleh itu sudah semestinya seluruh rakyat Malaysia akan berharap agar Skuad Harimau Malaya ini akan terus menggapai kejayaan selepas Piala AFF Suzuki yang lalu..Dengan undian-undian sebegini, tiada alasan yang boleh diberikan andai kita gagal kerana ini merupakan undian yang paling mudah bagi Skuad Harimau Malaya..Namun, tak guna dapat undian mudah kalau home game stadium kita kosong atau tak penuh, betul tak? oleh itu, wahai peminat-peminat Harimau Malaya, kosongkan aktiviti anda pada tarikh-tarikh yang berkenaan, kerana kita akan ke stadium untuk menyokong Harimau Malaya kebanggaan kita!!Aummmmm!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Sunday, March 27, 2011

Review: Harimau Malaya vs Etoile FC


Hari Sabtu yang lepas pada pukul 8 malam, Skuad Harimau Malaya kita telah bertandang ke Stadium Jalan Besar, di Singapura untuk perlawanan persahabatan menentang sebuah kelab Perancis yang bertanding dalam saingan Liga Singapura, Etoile FC. Harimau Malaya mengganas dulu dengan Ahmad Fakri Saarani menjaringkan gol pertama dengan satu tandukan hasil hantaran Asraruddin Putra dari sebelah kiri. Bersambung babak kedua, giliran Etoile FC pula menjaringkan gol dengan satu rembatan cantik dari luar kotak penalti oleh pemain tengah mereka Hicham Bouchemial.


Malaysia sepatutnya boleh score lebih dari satu gol, tapi digagalkan oleh penjaga gol lawan. Ashaari Samsudin, Nor Shahrul Idlan dan Shahrizal Saad ade peluang nak score tapi goal keeper Etoile FC dapat save..Perlawanan ni mulanya aku tak berapa nak sokong, sebab tak membantu ranking kita..tapi bile fikir balik, perlawanan macam ni bagus jugak , sebab kita boleh try player-player baru..Dalam game macam ni, at least pressure die kurang..Performance player-player baru macam Shahrizal Saad (Johor FC,penyerang), Rizal Fahmi (Kelantan, Pertahanan) dan Azidan Sarudin (Selangor,pemain tengah) nampak meyakinkan..Rizal Fahmi yang menggantikan Aidil Zafuan dan Azidan Sarudin yang masuk menggantikan Amar Rohidan nampak ade potential, tapi Rizal Fahmi terutamanya mungkin agak susah sikit untuk menggantikan Aidil, Muslim dan Fadzli Shah yang dah lama bermain untuk Skuad Kebangsaan..



Malaysia main dengan bagus walaupun seri..Kita kena ingat, K. Rajagobal buat 10 pertukaran, so konfirm rentak permainan dan taktikal agak terganggu..Kedua, kita bermain di atas astro turf ataupun padang rumput tiruan..Lain rasanya daripada main atas padang rumput biasa..Movement bola, lantunan die berlainan..kalau tak biasa memang susah, berbanding dengan Etoile FC yang dah biasa main atas padang tu..Corak permainan Etoile FC aku dah dapat baca, diorang banyak main long ball ke depan sebab tau kita susah nak challenge body..Nampaknya, pemain-pemain kita, terutamanya pertahanan kena pegi gym dan besarkan badan..Mungkin trainer kita boleh pegi Manchester United punye training facility dan tanya camne care diorang buat Ronaldo dan Nani yang dulu kering jadi sasa macam sekarang..Kalau dapat bagi player kita badan bagak pon bagus..barula takde alasan kate kite punye fizikal tak mampu challenge dengan player luar..

Aku tau, mesti ade orang yang miss game Sabtu lepas..sebab tak banyak iklan yang bagitau pasal game ni..Astro patut iklankan game ni kat setiap saluran diorang..Aku dapat tau pon daripada facebook member..kalau tak, memang aku ternganga jela..Kedua, mesti ada yang tak dapat tengok sebab join Earth Hour..Bukan aku tak sokong, tapi aku lebih rase nak sokong Malaysia daripada sokong Earth Hour ni..hehe..Lagipun aku buat Earth Hour tiap-tiap malam mase nak tido..kan tutup lapu jugak tu?

Seperti biasa, Ultras Malaya tetap menyokong Harimau Malaya..aku rase, sepanjang aku tengok game tu, aku dengar suara diorang je dalam stadium tu..Macam biase, aku salute effort korang dalam mengembalikan semangat menyokong Harimau Malaya..Insya Allah kalau ade masa dan kewangan yang stabil, aku akan try join game-game away Malaysia bersama-sama Ultras Malaya..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Friday, March 25, 2011

Preview: Harimau Malaya vs Etoile FC


Tepat pada pukul 8 malam ni, Skuad Harimau Malaya akan bertarung di Stadium Jalan Besar di Singapura dalam perlawanan persahabatan menentang Kelab Liga Singapura, Etoile FC. Etoile FC dibarisi oleh pemain-pemain berbangsa Perancis dan merupakan Juara bertahan Liga Singapura. Agak mengecewakan kerana kita terpaksa mengadakan perlawanan persahabatan dengan sebuah kelab sedangkan kita merupakan juara ASEAN..



Tujuan perlawanan persahabatan bukan semata-mata untuk latihan atau menghiburkan penonton, ia juga merupakan salah satu cara untuk menaikkan ranking pasukan.. Ranking yang lebih tinggi akan memudahkan sesebuah pasukan dalam apa-apa pertandingan..Contoh, kelayakan Piala Dunia dan Olimpik..Seperti Kelayakan Piala Dunia, Ranking Harimau Malaya yang agak rendah (no 28 dalam Asia), menyebabkan kita terpaksa melalui pertandingan kelayakan peringkat pertama, sedangkan negara-negara yang sudah kita tewaskan seperti Indonesia, Vietnam dan Hong Kong boleh terus ke peringkat ke-2..Mata untuk menaikkan ranking hanya boleh didapati melalui perlawanan menentang negara..Perlawanan menentang kelab-kelab, samada Liga Singapura atau liga luar (EPL contohnya) tidak dapat membantu menaikkan ranking kita..

Apa-apa hal pun, kita tetap perlu menyokong Skuad Harimau Malaya..Kerana ini bukan salah mereka..Ini salah FAM..Menentang team mana pun, kita perlu dan wajib menyokong pasukan kesayangan kita ini..Mereka berjuang untuk nama negara..Syukur kerana Astro Arena akan menayangkan perlawanan persahabatan ini..inilah tanda mereka sentiasa menyokong Harimau Malaya..sebelum ni, tak pernah ada saluran TV yang menayangkan perlawanan persahabatan Skuad Harimau Malaya kecuali kalau menentang kelab-kelab EPL..So, dengan menayangkan perlawanan ini membuktikan bahawa Astro Arena bersungguh-sungguh untuk menaikkan bola sepak negara sepertimana bersungguh penerbitnya Dez Corkhill (seorang Mat Saleh) memperjuangkan martabat bola sepak negara menentang Ross dan Orangeman yang merupakan rakyat Malaysia..Proud of u man..



Bagi yang duduk kat Johor tu, jemput-jemputla ke Stadium Jalan Besar untuk menyokong Harimau Malaya..Kalau main kt Stadium Shah Alam, bolehla guna alasan jauh..ni walaupun kat Singapura, tapi dekat je kan?Aku tau, mesti ramai rakyat Singapura akan datang menyaksikan perlawanan ni..mereka mungkin tak menyokong Etoile FC, tapi Etoile FC ni mewakili mereka dan mereka mesti nak saksikan kehebatan Juara ASEAN dengan mata kepala mereka sendiri..Ultras Malaya sudah pun mengesahkan kehadiran mereka dengan mengadakan trip ke sana..Respek!

So, marilah kita at least duduk depan tv dan menyaksikan perlawanan ini biarpun tak dapat hadir ke Stadium Jalan Besar..Gegarkan malam sabtu anda dengan sokongan terhadap Skuad Harimau Malaya..Lupakan sekejap Euro 2012 Qualifier tu dan berikan fokus 100% terhadap Harimau Malaya kebanggaan kita!!Aumm!!!



-Tanah Tumpahnya Darahku-

Tuesday, March 22, 2011

Julai-Bulan Bola Sepak Kebangsaan

Hari ni aku terpandang sesuatu yang menarik di ruangan Sukan Kosmo..Page belakang sekali..Bagi yang tak dapat beli or memang tak baca Kosmo meh aku nak bagitau..Mengikut laporan akhbar tersebut, Julai ini kalendar bola sepak Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar akan jadi padat..Kenapa?sebab diberitakan bahawa dalam bulan tersebut, kita akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan 2 kelab dari England, iaitu, Chelsea dan Liverpool..


Chelsea telah mengesahkan kehadiran mereka ke Malaysia dan perlawanan akan berlangsung pada 21 Julai..Dikatakan bahawa Liverpool pula akan menentang Harimau Malaya 3-4 hari selepas tarikh tersebut..Chelsea sebelum ni pernah datang ke Malaysia..Yang aku ingat, masa ada EPL Asian Cup, di mana Chelsea(zaman Abramovich baru pegang), Newcastle United dan Birmingham City datang berentap bersama skuad Harimau Malaya untuk merebut Piala EPL Asia (tahun berape, tak ingat, tapi Chelsea menang)..Kemudian pada tahun 2008, Chelsea menewaskan Harimau Malaya 2-0 di Stadium Shah Alam..dalam game tu, Malaysia banyak kali boleh score..tapi malas sebab nanti kate tak respek pelancong plak..Liverpool pulak banyak kali kate nak datang, tapi tak datang..Diorang rajin pegi Singapore..Maybe sebab penaja diorang arak..Kita kan negara Islam..mane bley..so, sekarang da tukar penaja Standard Chartered, bolehla datang..


Kedatangan diorang ni ada pro dan kontranya..Berkemungkinan besar diorang datang, sebab diorang tau Bola Sepak kita semakin maju..tapi mungkin jugak sebab nak besarkan fan base(especially Chelsea)..Sebab, tau2 jela, Malaysia ni kubu kuat penyokong Manchester United..Player kita boleh try bergasak dengan pemain-pemain handalan dunia..Nak tengok gak Apek tepis rembatan Gerrard dengan Lampard..Muslin challenge header dengan Drogba n Andy Carroll..Safee melepasi kawalan John Terry dan Carragher..Atau Mat Yo(Idlan Talaha) menewaskan Petr Cech dan Pepe Reina..Tapi berkemungkinan besar juga kita akan berhadapan dengan pemain-pemain reserve yang bagi aku adalah satu penghinaan terhadap pemain dan penyokong..Dan berkemungkinan besar juga, kita akan berhadapan dengan pemain-pemain yang tak fit sebab diorang baru lepas bercuti..



Aku berani jamin, stadium akan penuh dengan penyokong-penyokong..tapi bukan penyokong Malaysia..especially game lawan Livepool..Aku tak nak kutuk or hina coz ini negara demokrasi..Aku tau ramai akan kondem diorang n kate diorang tak patriotik..N diorang akan balas kate diorang tetap sokong Malaysia walaupon pakai jersi kelab luar..aku tak salahkan diorang..Aku berani jamin, kalau Malaysia lawan Kelantan pon, situasi akan sama jugak..Cume sometimes aku rase sedih pada orang-orang yang menyokong kelab luar, tapi tak nak sokong Malaysia..ada yang kate, sokong Malaysia tak best sebab main ntahpape..siap kutuk-kutuk..orang macam tu yang patut kite marah..orang-orang yang tak sedar die duduk kat Gombak, bukan kat Liverpool...konon2 oversea punye orang..Chait!!

Ape-ape pun, diharap skuad Harimau Malaya akan bagi pengajaran kat player-player luar ni sket..Diorang ingat datang sini nak naikkan fitness je?ingat kite ni ayam ke?kita Harimaula!!!Buat anak-anak buah King Raja, tolong baham burung dengan Singa Biru ni..tunjuk kat dunia, yang Harimau Malaya bukan team belasahan..Walaupun perlawanan ni tak melibatkan ranking, tapi maruah tetap perlu dijaga!!sekurang-kurangnya, berikan persembahan masa kita kalah 3-2 kat Manchester United!!Majulah Harimau Malaya!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Saturday, March 19, 2011

Etoile FC?Perlawanan Kelas A?

Akhbar hari ini mengesahkan perlawanan persahabatan kedua pasukan Harimau Malaya adalah menentang sebuah kelab Perancis, iaitu Etoile FC..ETOILE FC!!!!


Etoile FC ni tidak bermain di Ligue One (Liga Utama Perancis), tetapi bermain di Liga Singapura dan merupakan Juara pada musim lepas dan kini di tangga ketiga S-League..FAM dikatakan pada mulanya telah menghantar surat jemputan kepada 6 negara untuk mengadakan perlawanan persahabatan, namun ditolak..Agak menyedihkan kerana Harimau Malaya yang merupakan juara ASEAN tidak mampu menjemput pasukan ternama untuk mengadakan perlawanan persahabatan..Bahkan, dikatakan Sri Lanka pun menolak jemputan kita!!WTH?!!! Indonesia sebelum ni pernah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Belanda dan Uruguay, jadi mengapa kita tidak mampu mengajak pasukan-pasukan ternama untuk mengadakan friendly dengan kita?dalam keadaan rakyat Malaysia masih lagi bersemangat pasca Piala AFF Suzuki, kita terpaksa menerima berita bahawa menjadi Juara ASEAN seakan-akan masih tidak cukup untuk menarik minat negara-negara kuasa besar bola sepak untuk hadir..Aku masih tak percaya Malaysia tak mampu ajak team-team besar lawan kita..Adakah FAM hantar jemputan lambat sangat?adakah FAM lupa nak bagitau kita juara ASEAN? adakah kerana kita takde artis macam Julia Perez yang sanggup pakai coli laser?Mengapa oh Mengapa?!!


Biarpun Etoil FC ni dikatakan dianggotai oleh orang-orang Perancis, diorang main Liga Singapore!Liga yang lagi kecik dari kita!!Ye, diorang Juara bertahan, tapi ape bezanya buat friendly lawan Juara Liga FAM?dahlah main kat Singapura..Ye, aku sangat kecewa dengan perlawanan ini..Ini bukan standard untuk juara ASEAN..Juara tak sepatutnya dilayan sebegini..Etoil FC ni kalau team-team liga Super kita okla kalau nak buat friendly..Ini negara tau tak!!!FAM sepatutnya sudah mula merangka perlawanan persahabatan Kelas A mulai sekarang selepas masalah ni..Skuad senior kita nak main kelayakan Piala Dunia, skuad under-23 nak lawan untuk kelayakan Olimpik..Tolong bagi mereka pendedahan yang lebih berguna..Kami taknak tengok Harimau Malaya kami yang tercinta dihina sebegini..

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Tuesday, March 15, 2011

Ada apa pada nama?





Names are important in football. Names become popular and they have fans following every move of the big names. According to Oxford dictionary, “name” (noun) is a set of words by which a person or thing is known, addressed, or referred to.

In football, names can be of clubs, teams, players and other personalities associated with the sport of football. Fans follow the “big” names without actually knowing the team or persons.
The mention of these names brings excitement to crowds and these are factors which has helped football, the world’s beautiful game, to become one of the most popular sports in the world.


Recently there has been some interesting discussion about names of players. The discussion began when Malaysian Olympic squad player Wan Zaharulizam Wan Zakaria’s name was written as “Kecik” in the official start list of the match against Pakistan on Feb 23.
The start list was issued by Asian Football Confederation (AFC) appointed Match Commissioner from Lebanon, M.Ramdan. He used Wan Zaharulizam’s nickname as registered in his registration with the continental body.


Six years ago, AFC introduced a registration system name AFC-AC under which all players playing in official tournaments are registered. The details on the registration include full name, given name and nickname of any particular player.


Wan Zaharulizam was registered in the system when he played in the AFC Under- 16 Championship. The registration will be in the system from the time a player is registered and officials issuing start lists can use nicknames, if they decide to do so.


All players are aware of this registration and they also know that their nicknames have been registered and can be used. They also have the right to change or cancel their nicknames from the registration, if they choose to do so.


Mr Ramdan could have assumed Malaysia is used to this practice. Surely there are those who have no problems accepting it and there are those who feel that it is not necessary.


The rationale behind using nickname or popular names could be so that they could be easily identified by fans when playing in international tournaments. These nicknames then can become commercial names that could bring income for the players concern.


One such nickname which has become a house-hold name is Brazilian star, Ricardo Izecson dos Santos who is known as Kaka the world-over. He started playing at the age of eight and they have been calling him Kaka since then.


In 2004, Kaka was chosen as the Ambassador for United Nations World Food Program. A nickname belonging to an unknown eight year old player is now world renown.
Another star who became popular with his nickname was Manuel Francisco dos Santos, also known as “Garrincha” or “little bird” in Portuguese.


While it is not fair to compare Kaka or Garrincha with Kecik, it would be good if we see the potential ahead for a player who can one day reach star status and his nickname becomes a brand name.
However, there are those who feel that names are sensitive and one should always respect the name given by his parents. Obviously this is a valid argument.


There are those who feel that Kecik is not suitable for the player concern. They did not indicate whether they would accept another nickname. At the end of the day, it comes down to changing how we look at things. Some changes are necessary, some could be done differently and others maybe not necessary for now.
Either way, if one cannot change then we should not go around telling others to change.

What is in a name? Plenty.

-Dipetik dari laman web www.FAM.org.my

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Suhaizi officiates in Indonesian Super League

Malaysian referee, Suhaizi Shukri on Sunday became the first foreigner to officiate an Indonesian Super League match as part of an experiment to improve the domestic game. 

In the match Persija Jakarta defeated Persiba Balikpapan 5-1 to move into the top three of the ISL. with a thumping 5-1 victory over Persiba Balikpapan. 

Judging by this one match held at the Gelora Bung Karno, seems to be a success. 

Following repeated protests from clubs about bad refereeing by local officials, the league administrator, Liga Indonesia, announced in January that it planned to use international match officials. 

Suhaizi was the first overseas ref to be entrusted with the job, and Bambang Irianto, the director of referees for the Indonesian Football Association (PSSI), said more would follow. 

“We’ve been asking the Asian Football Confederation to recommend more referees to officiate games here. It’s a part of our efforts to improve the league,” Bambang told the PSSI Web site. 

PSSI secretary general Nugraha Besoes said Australia, Malaysia and Singapore had already agreed “to each send 10 referees for the Super League.” 

The game passed off without major incident and Suhaizi was delighted to have been chosen to officiate the match. 

Persija coach Rahmad Darmawan said it was about time the domestic league made use of foreign referees. 


-dipetik dari www.fam.org.my


-Tanah Tumpahnya Darahku-“I don’t think it’s about the quality of local officiating. It’s just that they are under great pressure from the fans and sometimes they can’t handle that,” he said. “This development will hopefully encourage [local] referees to improve their standards.” 

Entry meraban..

Sebenarnye untuk carik topik untuk entry baru ni, aku da mati akal..so, aku browsing laa kt internet..pusing sane, pusing sini..masuk website tu, website ni(bukan yang satu kaler,korang jgn pikir bukan2)..Nak cari info pasal next match Harimau Malaya ni sebenarnye lagi susah dari cari next match untuk Three Lions(England)..WTH?Aku ni orang Malaysia, tapi nak cari info pasal perlawanan negara yang berjuta batu jauhnya bak kate Alleycats lagi senang dari negara sendiri..



Aku sibukla bukak website FAM..cube nak carik next match untuk Malaysia untuk direviewkan..Jangan kate next match, update terkini national team pon ciput je info die..Senarai pemain terbahagi kepada tiga iaitu under 23, under 19 dan under 18..wth?ini ulasan yg ditulis kat bio player under 23 "Malaysia National Under-23 football team represents Malaysia in international football competitions in Olympic Games, Asian Games and SEA Games, as well as any other under-23 international football tournaments. For 2009, the under 23 team will be competing in Laos Sea Games in December.".. Sea Games?Laos?kurun bile punye ni?adoi...memang takde sape2 yg jage website FAM ni ke? mane pergi bio senior team yg menang Piala AFF Suzuki?kalau korang bukak fixture die pulak, lagi haru..Yg ade, jadual tahun 2009..2009 tau!!aku sebenarnye teruja nak tau team mane yg akan kite jumpe untuk next international match, sebab dengar cerita kite nak adekan friendly bertaraf A, yang bermaksud lawan team2 besar..Ade bace kat paper, perancangan awalnye kite nak lawan Scotland dan Iran..tp kansel sebab salah satu negara tarik diri dan penganjur tak nak cari negara pengganti..damn...

Ape-ape pon aku harap, siapa2 yang ade kt FAM tu tolongla update website tu..ye, aku tau ade info2 terkini jugak, macam pasal pengadil Malaysia yang mengadili Liga Indonesia dan pasal kejayaan pasukan muda kita di Lahore..tapi takkan tu je?update pemain2 kebangsaan, perlawanan, pon penting..peminat nak tau semua tu..Kalau takde mase, aku boleh updatekan kalau nak..tapi dengan syarat aku nak seat VIP untuk semua game Malaysia..boleh?haha...

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Wednesday, March 9, 2011

Preview Pakistan Vs Malaysia





Semalam majoriti Rakyat Malaysia, cube menyelesaikan kerja awal untuk pulang ke rumah dengan harapan untuk berehat dan menyelesaikan semua tugas sebelum duduk di hadapan kaca TV pada pukul 11 malam..Anak-anak kecik ditidurkan dengan cepat dan remote control dipegang oleh bapa-bapa dan anak-anak muda yang dahagakan aksi skuad Harimau Malaya..

Namun, niat itu terbantut kerana masalah satelit yang menyebabkan tiada siaran langsung disiarkan samada di Astro Arena ataupon TV 1..Tiadalah suara Haji Hasbullah Awang atau Haji Zainal Abidin Rawop berkumandang di udara negara Malaysia..Maka, terpaksalah rakyat Malaysia menonton ulangan Champions League Arsenal VS Barcelona, ataupon menonton drama-drama Melayu..Semuanya kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan..









Janganlah kite menyalahkan Astro Arena atau RTM kerana kegagalan menyiarkan perlawanan ini..Ada yang kate, kalau dah tau, macam ni, jangan iklankan awal2..Dont be stupid, kalau tak iklankan awal2, macam mane korang nk tau ade game?Takkan nak iklankan 10 minit sebelum game?game pukul 11, kalau iklankan kul 10.50, tak ke korang dah tido?Anggaplah ni macam korang dah janji nk date dengan awek korang, tp last2 minit, kereta korang rosak..benda nk jadi kan?at least diorang bagitau awal2 tak dapat siarkan, so, takdela korang berjage, and suddenly takde game..memang korang lagi akan menyumpah..

So,semalam, alternatif yang digunakan oleh peminat Harimau Malaya adalah dengan cuba mencari streaming dari TV Pakistan, termasukla aku..tapi takde..So, ramaila peminat2 Skuad Kebangsaan cari maklumat melalui Facebook Football Pakistan.Com..Nasib baik admin die update scoreline..So, dapatla info..Namun, ape yang mengecewakan adalah sikap rakyat Malaysia..Mereka membanjiri laman itu dengan kata-kata kesat dan menghina Pasukan bola sepak Pakistan bahkan mengutuk orang Pakistan itu sendiri..Ye, mungkin mereka tidak faham Bahasa Malaysia(tapi ade jugak yg kutuk gune English), tapi Bahasa menunjukkan bangsa..Bukankah Indonesia menggunakan cara yang sama ketika Piala AFF Suzuki dulu, dengan membanjiri fanpage Nike Malaysia dan menyerang kita dengan kata-kata hina?dan ape reaksi kite?kite marah bukan?so, jika anda benar2 menyokong Skuad Harimau Malaya, elakkan melakukan perbuatan demikian..Tumpukan sokongan anda pada pasukan kita tanpa perlu merendah-rendahkan pasukan lain, apatah lagi menghina bangsa lain! True supporter will only focus on their team..

Apa-apa pun tahniah buat anak buah Ong Kim Swee kerana berjaya mengikat Pakistan 0-0 di tempat mereka, sekaligus mara dengan agregat 2-0..Skuad Olimpik negara akan berdepan dengan kuasa-kuasa besar Asia dalam pusingan yang seterusnya..Diharap, Harimau Malaya akan terus mengaum dan mengganas di Sukan Olimpik London 2012..Harimau di Wembley? Tidak mustahil!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Pengumuman dari Astro Arena!

Dukacita dimaklumkan siaran langsung perlawanan Pra Kelayakan Olimpik (pusingan kedua) di antara Skuad Olimpik Pakistan menentang Skuad Olimpik Malaysia pada 9 Mac 2011 ( Rabu) di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan pada jam 10:30 malam ini terpaksa dibatalkan atas sebab masalah teknikal yang dihadapi oleh penyiar televisyen tempatan Pakistan. -sumber dari Astro Arena..

ini bermakna kita hanya mampu berdoa dan berharap akan kejayaan pemain-pemain Harimau Malaya kita..Bagi yang ada line internet yang laju, mungkin boleh try streaming..Adakah ini salah satu taktik kotor Pakistan?hmm..ape-ape pun, all the best untuk anak-anak buah Ong Kim Swee..

-Tanah Tumpahnya Darahku

Tuesday, March 8, 2011

Seruan buat Pencinta Harimau Malaya

Esok akan berlangsung perlawanan Harimau Malaya menentang The Green Shirts pada pukul 10.30 malam di Astro Arena..Buat semua penyokong dan peminat Skuad Harimau Malaya, ayuh kita bersatu dan beramai-ramai mendoakan kejayaan buat anak-anak muda kebanggaan negara..


Apa kata esok, bagi yang bekerja dan bersekolah(kerana anda memakai pakaian formal), bawalah Bendera Malaysia atau ape2 barang yang menunjukkan semangat kecintaan anda terhadap Skuad Harimau Malaya..Bagi yang belajar di kolej, sarungkanlah jersi Harimau Malaya anda..Itulah yang sekurang-kurangnya mampu kita lakukan..At least, kita mampu menyebarkan semangat Harimau Malaya kita kepada orang lain..Biar orang kagum melihat semangat kita..Kalau diorang kutuk2 anda, anda boleh suruh mereka pergi duduk negara lain..If your not proud of your own country, then who will?oleh itu, ayuh!!kita semarakkan perjuangan kita!!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-

Thursday, March 3, 2011

Seruan untuk pencinta Harimau Malaya!

Tanggal 9 Mac ini, anak buah Ong Kim Swee akan ke Pakistan untuk 2nd leg Kelayakan Olimpik London 2012..Berbekalkan 2 gol, pemain-pemain muda ini akan cuba untuk menggandakan jumlah jaringan, sekaligus layak ke peringkat seterusnya.. Pakistan sudah semestinya akan menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah dan sokongan dari penyokong-penyokong The Green Shirts. Meskipun selesa dengan bekalan 2 gol, Harimau Malaya mesti bermain secara positif dan tenang..Kita tidak boleh terlalu bergantung harap kepada bekalan itu kerana dalam bola sepak, anything can happen..Walaupun penat menghadapi saingan Liga Super dan Piala FA, anak-anak muda ini tetap bersemangat untuk mencipta sejarah layak ke Sukan Olimpik London 2012..


Ok, kalau masa game tu kat Stadium Shah Alam, bolehla kite pegi, tapi ni kat Pakistan, camne nak pegi..Itu bukan masalah..tak perlu keluar duit banyak2 untuk naik kapal terbang pegi Pakistan (tapi kalau ade yang pegi, aku memang respek)..Ape kate korang buat viewing party..Bukan party kelab-kelab malam..Ini kira macam berkumpul untuk menonton perlawanan tu..Teringat aku masa semi-final dan final Piala AFF Suzuki haritu, semua kedai makan penuh..Syarikat-syarikat besar berlumba-lumba nak taja event untuk menonton perlawanan tu..Siap masuk surat khabar gambar PM kita tengok bola dekat area Bukit Bintang..But now?yang ade hanyelah viewing party untuk Manchester United vs Liverpool..oleh itu, kita tak payahla harapkan syarikat-syarikat besar yang memang dah jelas dan nyata bahawa diorang semata-mata lalang dan tukang kipas, kita buatla sendiri..




Kalau tak nak pegi kedai sebab makanan tak sedap, buatla kat rumah..Ajak kawan-kawan atau sedara mara, pakai jersi Malaysia, kibar Jalur Gemilang, pusing-pusingkan mafla yang korang beli kat stadium, pakai head band Malaysia harge RM 2 yang belambak mase kat stadium aritu, conteng-conteng muka ke, baru ade spirit..Bagi yang ke kedai plak, lagi best, dapat member sorak ramai2..order teh tarik segelas, dok dekat 2 jam..kan murah tu..haha..bagi yang duduk area-area setapak bolehla join aku kat A. Malik Danau Kota 9 Mac ni..konfirm aku akan ade kat sane..Ape yang aku nak cakap ni, kita tunjukkan bahawa kita bukan lalang atau glory hunter macam kompeni-kompeni besar ni..Kita terus menyokong Harimau Malaya walau ape pon berlaku..Menang atau kalah, kita teruskan sokongan..Berlatar belakangkan ulasan Haji Hasbullah Awang (harap2 RTM siarkanla) kita akan menyumbangkan semangat pemain ke-12 kepada anak-anak muda Ong Kim Swee ini..Harimau Malaya takkan gentar!!

-Tanah Tumpahnya Darahku-